Wednesday, December 9, 2015

CUTI-CUTI MALAYSIA - PULAU PANGKOR

Salam

Destinasi cuti persekolahan kali ini adalah di Pulau Pangkor, Perak.
Panorama View di Teluk Nipah

HARI PERTAMA

Seperti yang dirancang, kami bertolak tepat jam 9 pagi dari Bukit Beruntung melalui PLUS Highway hingga ke Tol Bidor. Meneruskan perjalanan menuju ke Teluk Intan (Setiawan) terus ke Lumut. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Kami sampai di pekan Lumut sekitar jam 12 tengahari. Kereta diletakkan ditempat parking bertingkat sekitar pekan Lumut. Untuk 4 hari 3 malam sekitar RM45 (tak ingat secara tepat tapi bawah RM50)
Snoorkeling di Pulau Giam

Kami terus menaiki bot untuk ke Pulau Pangkor. Bayaran Pergi-Balik bagi dewasa adalah RM10 dan kanak-kanak (5 – 12 tahun) adalah RM5.  Perkhidmatan bot ke Pulau Pangkor boleh didapati pada setiap 15 minit dan perjalanan memakan masa hampir 1/2 jam.  Untuk makluman, bot akan berhenti sebanyak 2 kali iaitu di Kampung Pinang Kecil dan Jeti Pulau Pangkor. Err jangan tersilap kerana kami lihat ramai pelancong keluar di perhentian pertama dan masuk semula …. Ha ha ha …

Berkayak ke Pulau Giam

Semasa kami sampai di Jeti Pulau Pangkor, kami dapati ramai pelancong beratur menunggu bot untuk pulang ke Lumut…. queue yang sangat panjang…agaknya ramai masuk hari Jumaat dan pulang hari Ahad. Alhamdulillah 'timing' kami baik.... tidak ramai orang! 

Kami terus mengambil perkhidmatan teksi (van warna pink) ke Teluk Nipah dengan bayaran RM20. Perjalanan sekitar 20 minit. Terus check-in di Pangkor Inn, Teluk Nipah.  Sebulan sebelum perjalanan kami telah menempah 2 bilik di Pangkor Inn, Teluk Nipah dengan bayaran RM130 bilik/semalam. Harga chalet di Teluk Nipah biasanya diantara RM70 – RM130 bergantung kepada musim cuti sekolah, cuti umum atau hujung minggu. Pangkor Inn menjadi pilihan kami kerana ada kolam renang kecil (untuk anak-anak) serta berdekatan dengan pantai dalam jarak sekitar 50 meter. Kebanyakan chalet-chalet di Teluk Nipah adalah perniagaan peribadi maka tidak perlulah letak “expectation” yang tinggi. 

Untuk tempahan di Pangkor Inn, Teluk Nipah boleh hubungi no ini +6017 467 3477

Pulau Giam - err teringat Giligan Island

Tiada aktiviti petang kecuali anak2 aku mandi kolam renang walaupun hakikatnya hati sudah tak sabar nak turun ke laut.

HARI KEDUA

Selepas sarapan kami bersiap untuk ke Pulau Giam – Snorkeling. Seronok tengok anak2 berenang sambil bagi ikan makan. Kami lepak di Pulau Giam ini selama 2 jam sambil makan2 – tapau nasi lemak di Teluk Nipah tadi. Setelah puas kami balik ke Teluk Nipah dan kali ini kami ini mencuba naik ‘Banana Water Ride’ ….  Selepas itu, kami kembali berkayak ke Pulau Giam… selama 1 jam. Memang puas hati karana dapat menguji kebolehan anak2 berenang ketika di laut…(ada peluang bawa snorkeling kat Phuket lak hihi)

Letih dan lapar … balik chalet makan tengahari dan tidur….  Sebelah petang pula sekadar lepak2 dan makan di tepi pantai.  Sebelah malam, kami layan ikan bakar…

Secret beach

HARI KETIGA

Pada awalnya kami merancang untuk ke Pulau Giam dan mandi2 disana kerana pantainya agak landai serta lebih menarik. Tetapi abang bot bawa kami ke pantai lain iaitu sebeleh atas dari Teluk Nipah… sekitar 10 minit dengan bot. Pantai ini pasirnya lebih halus serta landai. Oleh kerana pantai ini tidak ramai orang, air kelihatan amat jernih serta kelihatan ikan2 bermain di tepi pantai. Kami lepak disini lebih dari 3 jam. Terasa puas berenang tanpa gangguan bot mahupun orang ramai…maaf aku terlupa nama pantai tu.


Terus kembara memberi erti


Sekadar itu sahaja celoteh cuti-cuti Malaysia kali ini...sampai jumpa lagi. Wassalam.

#Pengembara menempuh pengalaman menghalusi kejadian alam ciptaan Tuhan

SirNoordin
Teluk Nipah, Pangkor

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...