Sunday, June 7, 2009

Perkelahan SMARTS Pangkor ... day 2 & day 3

Day 2... masa training Taekwondo tadi, adik2 SMARTS cuma dapat menumpukan perhatian 1/2 jam aje ... lepas mula tengok laut! He he he pengarah program telah mencadangkan untuk kita menyewa bot. Oleh kerana program ini tiada dalam perancangan asal (tak de budget la) ... tetapi semasa membeli tiket bot ke Pulau Pangkor, kami telah mendapat diskaun yang 'baik' ... dan sedikit peruntungan asal ... kami telah menyewa bot untuk round island ...singgah di Monkey Bay, pulau bebentuk kapla ikan paus, pulau berbentuk kapla buaya ... dan singgah mandi manda di Pulau Giam.
Betapa happy adik2 SMARTS ... dapat naik bot! Peace!!
Di Pulau Giam, airnya amat jernih, tidak berombak dan pantainya agak landai. Puas hati mandi disini. Janji dengan bot pukul 1.00 pm. So ada 2 jam ...perghhh! Gambar di atas adalah hampir keseluruhan peserta2 SMARTS. Rasa macam tak puas mandi aje ... hingga beberapa orang termasuk sir2 nye sekali sakit otot belikat! Janji puas hati... dok gitu?
Aku jangkakan ramai kepenatan petang itu, rupanya dalam diam2 ibu-ibu telah merancang untuk 'shopping' di kilang2 di pekan Pangkor. Aku tak larat ikut ...belikat lak sakit pasal terlebih berendam ..so wakilkan isteri aku je! Ramai gak yang pergi ...2 van gitu... tak pelah , janji enjoy. Aku dan Sir Din tidur dalam chalet... best rehat tanpa ofis call.
Petang itu, adik2 SMARTS masih tak puas mandi ...terpaksa aku hantar 'bay watch' untuk menjaga keselamatan adik2. Thanks Ariff, Zainal, Mahendra and Shanthen! Yang lain2 pula membantu menyiapkan BBQ untuk malam nye pulak.
Ditemani petikan gitar sdr Ariff ... BBQ dimulakan...
Tengoklah sendiri BBQ tu ...jangan kempunan dah! Sotong, Udang, Ikan , Kerang, Ayam dan Kambing menjadi hidangan BBQ ...sorilah Palma Resort ... nasi goreng tak berapa laku!
Ramai yang flat lepas BBQ ... kami pula meneruskan agenda Teh Tarik pula ... relax bro!!

Pagi2 lagi aku terus mandi laut ... mulanya tak ramai ...al maklumlah nak packing.... last2 ramai juga nak melepaskan gian kat air laut.

1030 am paksa adik2 SMARTS naik ...dan bersiap untuk balik ... dapat juga aku tertidur sekejap. Selepas lunch, final breifing serta ucapan pengarah pemalu... program Perkelahan SMARTS Pangkor diakhiri dengan jayanya.
Bergambar beramai2 di Palma Resort Teluk Nipah. Kami meneruskan perjalanan ke Jeti Lumut ... hampir kesemua kami tertidur di sepanjang perjalanan... letih! Dari Lumut kami bertolak ke Bukit Beruntung...berhenti rehat di RnR Ulu Bernam ... bersalaman dan mengakhiri perjalanan disini.

Aku ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada kesemua peserta2 SMARTS Pangkor yang telah bersama2 menjayakan program ini terutamanya Sdr Anwar selaku pengarah program. Ketua2 keluarga dan pelatih2 remaja yang bersama2 bertanggungjawap dalam memastikan keselamatan dan amat berdisipilin disepanjang program ini. Segala salah dan silap disepanjang program ini ...maaf jua kupohonkan!

Dan ... program seterusnya, Perkhemahan di xxxx (sungai) pada November 2009.

Tuesday, June 2, 2009

Perkelahan SMARTS Pangkor... day 1

Alhamdulillah, program perkelahan SMARTS yang julung2 kalinya diadakan telah berjaya dijalankan dengan lancar. Seramai 44 peserta telah mengikuti rombongan ini iaitu 24 dewasa (termasuk warga tua), adik2 remaja dan kanak2 seramai 15 orang serta adik2 dan baby seramai 5 orang. Kelancaran program serta keselamatan amatlah dititikberatkan ... kesemua peserta SMARTS telah menunjukkan disipilin yang amat tinggi.


Pengarah program yang pemalu ..iskk Bro Anwar dibantu oleh aku selaku penasihat serta Sir Sharifudin dan Sir Adam



Walaupun malam Jumaat itu, latihan TKD dijalankan seperti biasa ... semangat ke Pangkor mengatasi kepenatan pagi tersebut. Tepat jam 7.30 pagi, kesemua peserta termasuk Sir Sharifudin dan Sir Adam sefamili telah berkumpul di Restoran Salam Sentosa sambil b'fast. Di pagi tersebut adik Fatin dan ayahnya telah datang untuk membeli T-shirt SMARTS ...untuk dipakai semasa mereka balik kampung. SMARTS sprit!!

Kami telah menguasai restoran tersebut dengan baju hitam SMARTS... untung Mamak tu! Dimulakan dengan Bismillah, aku memberikan 'briefing' perjalanan serta keselamatan kepada semua peserta. Konvoi akan diketuai oleh Bro Anwar dan last man....aku la!! Laluan h/way hingga ke Tol Bidor dan berhenti rehat di RR Teluk Intan (Simpang Ampat). Teh tarik dan kopi untuk penghilang letih. Sekali kali 'briefing' diberikan untuk memastikan 'off-load' bag2 di Jeti Lumut berjalan lancar serta 'parking' kenderaan di pekan Lumut.


Di pekan Lumut, peserta menjamu selera masakan kampung yang begitu mengiurkan sekali ...maklumlah perjalanan 3 jam lebih... Setelah itu aku dan bro Anwar membeli tiket ferry ...alhamdulillah kami mendapat diskaun yang 'baik' sekali. Dapatlah duit tersebut digunakan untuk ke Giam island dengan bot esok ..ha ha ha sebenornya kalau depa tak bagi diskaun... belasah aje!! he he he


Lihatlah betapa meriahnya peserta di atas ferry sambil menyanyi lagu ..arghh apa ntah! Tapi yang pasti lagu gumbira. Peace bro!!

Kugiran pancaSMARTS dari adik2 menyanyi lagu SMARTS yang GEMILANG...

Kami selamat sampai di Jeti Pangkor jam 1.15 petang... dan meneruskan perjalanan dengan van teksi Pangkor ke Palma Beach Teluk Nipah. Check In di chalet ...pastu Free and Easy!!

Bagi adik2 SMARTS, "apa barang tidur kat chalet kan?! Kalau nak tidur kat chalet baik tidur kat rumah aje..."


Adik2 SMARTS tidak dapat mengawal diri telah terjun kelaut dengan seluar jean.... jam masih menunjukkan 3.15 petang. Terpaksa aku mengarahkan 'bay watch SMARTS' bertugas ... dan seperti yang dijangkakan 'bay watch SMARTS' telah menjalan tugas di air laut ...hampehhh berenang la juga...
He he he by 4.30 ptg hampir kesemua peserta SMARTS telah berada di laut hingga jam 7 petang... perghh puas..
Dinner bermula jam 8 malam dihidang dengan ayam masak merah amat mengiurkan... maklumlah lapar yang teramat ... setelah menghabiskan tenaga berenang kuak dada ....
Program suai kenal diadakan dipantai dimulakan dengan ucapan pengarah program ... program suaikenal oleh SirN dan program2 seterusnya oleh Sir Sharifudin... penuh dengan kegembiraan dari setiap peserta termasuk adik2 yang telah hilang fokus melihat dentuman air laut ....
Yang pasti malam itu begitu meriah hinggakan ada yang "menggosok badan dengan tong gas ... rice cooker ..." hanya yang pergi sahaja memahaminya ....
To be continued.

Tuesday, May 26, 2009

Perkelahan di Pangkor ....warm-up

Baru berkesempatan "detail plan" untuk program Perkelahan di Pulau Pangkor 2hari 3 malam. Setakat ini, penyertaan sudah mencecah 41 orang termasuk kanak2 dan baby. Aku menjangkakan masih lagi terdapat penyertaan saat2 akhir cuma ku harapkan masih ada lagi chalet kosong. No promises!

Beberapa program telah dirangka bagi memeriahkan perkelahan ini bermula dari awal lagi. Selain dari latihan Taekwondo, kita juga akan mengadakan program seperti War Games, Galah Panjang, Burung Hantu etc... tidak lah terlalu memenatkan dengan "Free & Easy" selepas lunch hingga petang.

Untuk peserta2 program:

Sila berkumpul di Restoran Salam Sentosa, Bukit Sentosa jam 7.15 pagi dan kita akan memulakan berkonvoi tepat jam 7.45 pagi. Laluan kita adalah Tol B. Berutnung hingga Tol Bidor. Meneruskan perjalanan hingga ke Teluk Intan dan berhenti rehat di RR (Simpang Empat sebelum jambatan). Selepas rehat perjalanan diteruskan ke Setiawan dan Lumut.

Taklimat perjalanan akan diberikan sebelum kita memulakan konvoi. Insyallah.

Saturday, May 23, 2009

Selamat Hari Guru, Sir...


"Hepi Teacher Day, sir"... he he he terharu la pulak! Ada juga yang ingat ... dan sesuatu yang kita suka buat penuh keikhlasan .. tentu nikmatkan!!


Mengajar Taekwondo merupakan suatu bentuk motivasi yang sememangnya cemerlang. Apa yang kita ajar memakan masa yang agak panjang (bertahun2) ... kita secara tidak langsung memberikan bimbingan motivasi dalam membentuk salasiah pelatih2 kita... baik dari segi disipilinnya, ketabahan, tidak mudah menyerah dll.

Semasa kita mengajar Taekwondo, kita juga menerapkan sistem persiapan diri - antaranya sering mengingatkan pelatih2 agar belajar rajin, mengulangkaji, menghormati senior (pelatih kanan dan juga warga dewasa) - antara contoh nilai2 murni yang kita tanamkan dalam pemikiran pelatih2.
Dan, "Selamat Hari Guru jua untuk para-para guruku... dari Noordin Khalid"

Friday, May 22, 2009

Demo Karnival Belia Daerah... part 3 (aku, dia dan ...)

Aku, Dia dan Superbike ku!

He he he ... Superbike aku juga tidak ketinggalan untuk ber"demo"!

Jangan Mare!!

Ramai lagi yang juga berebut2 untuk berposing dengan superbike aku. Ha ha ha

p/s: Bikerz dilarang melihat lama2 ... nanti tak tidur malam!!

Demo Karnival Belia Daerah .. part 2 (Pameran)

Berkat kerjasama ahli-ahli SMARTS... pameran dapat juga diadakan dalam keadaan serba tak cukup. Tetapi bila tengok "jiran-jiran sebelah" yang juga terlibat dengan pameran... rasa2nya SMARTS yang terbaik dari segi bahan-bahan, alatan latihan, flat screen, laptop dan tak lupa patung orang ... he he he

Gambar diatas bro Bob dan bro Rozman sedang bertumus menyiapkan gerai pameran dipagi karnival... akhirnya berebutlah pelatih2 SMARTS dan pengunjung2 bergambar di gerai SMARTS ...

Gerai SMARTS mendapat kunjungan dari YB Mat Isa (Dun Batang Kali) ...

Dan inilah 3 bros yang hebat... bertumpus lumus untuk menyiapkan gerai SMARTS serta berusaha agar SMARTS mendapat sambutan di daerah Hulu Selangor. Tahniah!!

Minggu depan kita gie bercuti di Pulau Pangkor ... yahoooo!!

Monday, May 18, 2009

Demo Karnival Belia Daerah...part1

SMARTS telah dijemput pada saat-saat akhir untuk menyertai Karnival Belia Daerah Hulu Selangor. Dengan persiapan 2 hari untuk menyediakan pelatih2 untuk demonstrasi dan bahan-bahan pameran sememangnya memenatkan. Tambahan pula aku baru pulang dari Brunei ... kelam kabut juga! Lebih memeritkan lagi aku terpaksa berkerja Sabtu dan Ahad menyiapkan tender.
Alhamdulillah dengan bantuan sepenuhnya bro Anwar, bro Razman, Ariff dan beberapa lagi dapat juga bahan2 pameran disiapkan dengan begitu canggihnya. Aku tak banyak membantu kerana kerja aku yang kebetulan banyak la pulak. Lihat gambar2 yang menarik yang sempat aku upload ke sini....
Bermula dengan "basic steps" dan Saju Jirugi, bermula SMARTS dibantu oleh PERTAMA dalam demonstrasi ini. Adik2 kita menunjukkan aksi yang menarik dengan selingan muzik latar "Wong Fei Hong" begitu menaikkan semangat kami!
Dalam gambar adik Wan Syam dan Wan Wahid sedang "free-sparring" dan gambar dibawah adik Faris dan adik Syahmi dalam "one step sparring.
Disudahi dengan acara bergambar beramai2 SMARTS dan PERTAMA ...

Dan Seifu-seifu nya bergambar bersama... Ayah Pin, Iwan, Azhari, Anwar, Razman dan Ariff Sekali lagi diucapkan berbanyak2 terimakasih kepada pasukan PERTAMA yang turut serta dalam memeriahkan acara demonstrasi ini.
Terutamanya kepada bro Anwar dan bro Bob ... jasamu dan semangatmu ... terimakasih tak terhingga dari aku.
Tanpa bantuan kalian SMARTS tak mampu ku gerakkan sendirian. Makaseh

Wednesday, May 13, 2009

ITIL v3 Foundation in Brunei...

Hari ini dah 3 hari aku berada di Brunei dan hari ke-3 merupakan exam day untuk ITIL v3 Foundation. Kali ini seramai 15 orang pelatih dari Brunei Shell Petrolium mengikuti program aku.

Hari pertama agak meletihkan kerana aku sampai di Bandar Seri Bangawan jam 1 pagi dan menaiki kereta ke hotel selama 1.5 jam ... hampir jam 3 pagi aku smpi. Jam 5 pagi dah bangun bersiap untuk ke Brunei Shell petrolium (BSP). Mujur tak tumbang pagi tu ...ngantuk gile.

Aku tinggal di tempat yang bernama Kuala Belait (KB) ... Swiss Hotel. Bandar disini agak senyap dan tidak sibuk kecuali waktu pergi dan balik kerja. Kebanyakan penduduk disini berkerja di BSP. Ramai sahabat2 baru (pelatih2 aku) yang begitu mesra.... jadi balik kerja pasti ada yang bawa aku TTS (Teh Tarik Session). Aku berkenalan dengan Bikerz T-Max ..otai2 Brunei ... 6-7 biji Yamaha T-Max baru2 looo... ganas!!

Yang agak sedih... exam paper kali nampaknya susah betul ..kod baru so set soalan pun baru ..harap2 depa semua pas! Aminnnn....

Esok aku berangkat ke Kota Kinabalu sebelum terbang ke Kuala Lumpur ...

Puas!!

Balik ni nak prepare Smarts untuk majlis hari belia (Ahad ini)...sms dari Bro Anwar....

Thursday, May 7, 2009

Haram Jadah Peragut


Ntah nape tiap kali aku dengar kes ragut, darah aku mendidih tak tentu pasal. Kalau dulu orang ragut untuk duit la ni ragut sekali ambik nyawa. Tak gila ke namanya tu?! Hanya kerna untuk mendapatkan beg tangan ...ntah ada duit ntah tidak!


Apa jadahnya nak ragut orang naik motor atau jalan kaki?! Depa pun tak de duit ...paling banyak duit seringit seringit ..kalau ada warna merah pun tak sampai 5-6 keping. Agaknya tujuan peragut sekarang ialah untuk ambik nyawa bukan duit kot!! Haram ...


Kalau depa tu kaya, depa naik kereta ...ada aircond lagi!! Ni pasal depa pun tak berapa ada la... tu depa jalan kaki dan naik motor!! Akal ada ka?


Tak kasihan ke ibu muda ni ...mengandung pulak tu... diragut nyawanya sekali ... tak kasihan ke anak2 depa kecik2 lagi ... 3 kes ragut dalam seminggu yang mengakibatkan kematian!


Awal tahun ni aku 'present' bab ragut sebagai salah satu topik dalam "Awareness Self Defense program" ... artikel tahun tersebut menyatakan tahun 2006 mencecah 180,000 kes jenayah dan tahun 2007 hampir 200,000 kes jenayah!! (Sori keratan akhbar tersebut ada dlm laptop satu lagi - akan dilampirkan nanti).


Sori dengan gaya bahasa aku... mendidih beb!


Jenayah dapat ditangani dan memerlukan kerjasama dari orang ramai juga... untuk kita tangkap peragut tidak semudah yang dijangkakan sebab mereka juga ada modul operandi masing2. Untuk itu, sebaik2nya kita yang mencegah keinginan untuk meragut, antaranya:

  • bila berjalan pastikan beg tangan anda berada disebelah tepi jalan atau

  • jika berjalan berdua, pastikan beg berada diantara anda berdua.

  • sebaiknya jangan bawa beg tangan ... ?! unless dalam beg tangan ada tukul besi!

  • beg tangan = beg laptop juga boleh dianggap objek menaikkan nafsu peragut

  • beg sandar belakang ... peragut memang tak minat! So, masukkan beg tangan anda dalam beg sandang belakang anda!

  • jika menunggang motorsikal ...jangan letak bag tangan dibahu anda

  • juga jangan letak beg tangan dalam raga motor anda

  • juga jangan ikat beg tangan anda di cermin tepi

  • jika anda melakukan ketiga2 diatas... secara tak langsung anda telah mendorong nafsu peragut dan nescaya anda akan tergolek atas jalan raya.

  • pakai baju yang tertulis, "JANGAN RAGUT SAYA" atau "PERAGUT, ANDA DIPERHATIKAN"

  • sila tambah... jika ide anda munasabah!

Apa ke jadahnya nak ragut haa.... "@#$%^&*&^%$#@#"

Monday, May 4, 2009

Grading Test by GM Dato and GM CS Lim

Tetiba terjumpa gambar2 ni masa ambil grading test tahun lepas... almaklumlah dah berumur nak ambik grading test ...so 4-5 bulan prepare stamina dan "hafazan pattern".

Sir Sharifudin kata, "tak pe Dato faham ..korang yang ambik ni tua2 belaka... he he he". Petang grading tu Sir Sharifudin talipon... kena prepare sket pasal Grandmaster CS Lim dari Advanced Taekwondo, Canada datang dan akan join grading. Perghh mana nak cari stamina petang tu ... so short-cut la ...tongkat ali, redbull, kacip fatima etc semua masuk ... and not to forget muscle panadol!

Malam tu ... "hafazan pattern" aku memang bagus... tak lupa cuma stamina ... meletakkan sedikit harapan agar tak tumbang masa tu... alhamdulillah penat yang amat! Aku rasa 1 steps, self defense ...punya la byk smpi tak terbilang kot... sparring ntah berapa round ...

Walau bagaimana azab masa grading ... manisnya bila memikirkannya! Ha ha ha

Sekurang-kurangnya aku leh cakap, "I being grade by two Grandmaster...."

Friday, May 1, 2009

Pertemuan dengan GM Dato...

"Sdr Noordin sila dtg ke pejabat MGTF untuk ambil sijil 4. Sila sms untuk temujanji. Dato Sabree", ... sms aku terima dari Grandmaster Dato.

Macam tau2 aje yang aku plan nak jumpa GM Dato hari Khamis mlm... alhamdulillah tak payah aku jenuh nak buat appointment ... dah dapat dah pun! He he he

Malam tadi aku bersama 4 orang pelatih dewasa aku gi jumpa Dato di pejabat MGTF serta Sir Sharifudin. Pelatih2 dewasa aku siap bawa kamera ...almaklum 1st time jumpa GM Dato kan. Mulanya nak singgah sekejap pastu nak ke UTM untuk join training tapi biasalah seronok la pulak berborak dengan GM Dato... iyelah citer orang lama!! Pelatih2 dewasa aku juga mengambil kesempatan untuk bergambar bersama beliau. Kami juga mengambil gambar2 didalam dojang ... curi ide untuk dojang Smarts.

err..sapa nak T-shirt Smarts?

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...