Tuesday, May 26, 2009

Perkelahan di Pangkor ....warm-up

Baru berkesempatan "detail plan" untuk program Perkelahan di Pulau Pangkor 2hari 3 malam. Setakat ini, penyertaan sudah mencecah 41 orang termasuk kanak2 dan baby. Aku menjangkakan masih lagi terdapat penyertaan saat2 akhir cuma ku harapkan masih ada lagi chalet kosong. No promises!

Beberapa program telah dirangka bagi memeriahkan perkelahan ini bermula dari awal lagi. Selain dari latihan Taekwondo, kita juga akan mengadakan program seperti War Games, Galah Panjang, Burung Hantu etc... tidak lah terlalu memenatkan dengan "Free & Easy" selepas lunch hingga petang.

Untuk peserta2 program:

Sila berkumpul di Restoran Salam Sentosa, Bukit Sentosa jam 7.15 pagi dan kita akan memulakan berkonvoi tepat jam 7.45 pagi. Laluan kita adalah Tol B. Berutnung hingga Tol Bidor. Meneruskan perjalanan hingga ke Teluk Intan dan berhenti rehat di RR (Simpang Empat sebelum jambatan). Selepas rehat perjalanan diteruskan ke Setiawan dan Lumut.

Taklimat perjalanan akan diberikan sebelum kita memulakan konvoi. Insyallah.

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...