
Ntah nape tiap kali aku dengar kes ragut, darah aku mendidih tak tentu pasal. Kalau dulu orang ragut untuk duit la ni ragut sekali ambik nyawa. Tak gila ke namanya tu?! Hanya kerna untuk mendapatkan beg tangan ...ntah ada duit ntah tidak!
Apa jadahnya nak ragut orang naik motor atau jalan kaki?! Depa pun tak de duit ...paling banyak duit seringit seringit ..kalau ada warna merah pun tak sampai 5-6 keping. Agaknya tujuan peragut sekarang ialah untuk ambik nyawa bukan duit kot!! Haram ...
Kalau depa tu kaya, depa naik kereta ...ada aircond lagi!! Ni pasal depa pun tak berapa ada la... tu depa jalan kaki dan naik motor!! Akal ada ka?
Tak kasihan ke ibu muda ni ...mengandung pulak tu... diragut nyawanya sekali ... tak kasihan ke anak2 depa kecik2 lagi ... 3 kes ragut dalam seminggu yang mengakibatkan kematian!
Awal tahun ni aku 'present' bab ragut sebagai salah satu topik dalam "Awareness Self Defense program" ... artikel tahun tersebut menyatakan tahun 2006 mencecah 180,000 kes jenayah dan tahun 2007 hampir 200,000 kes jenayah!! (Sori keratan akhbar tersebut ada dlm laptop satu lagi - akan dilampirkan nanti).
Sori dengan gaya bahasa aku... mendidih beb!
Jenayah dapat ditangani dan memerlukan kerjasama dari orang ramai juga... untuk kita tangkap peragut tidak semudah yang dijangkakan sebab mereka juga ada modul operandi masing2. Untuk itu, sebaik2nya kita yang mencegah keinginan untuk meragut, antaranya:
- bila berjalan pastikan beg tangan anda berada disebelah tepi jalan atau
- jika berjalan berdua, pastikan beg berada diantara anda berdua.
- sebaiknya jangan bawa beg tangan ... ?! unless dalam beg tangan ada tukul besi!
- beg tangan = beg laptop juga boleh dianggap objek menaikkan nafsu peragut
- beg sandar belakang ... peragut memang tak minat! So, masukkan beg tangan anda dalam beg sandang belakang anda!
- jika menunggang motorsikal ...jangan letak bag tangan dibahu anda
- juga jangan letak beg tangan dalam raga motor anda
- juga jangan ikat beg tangan anda di cermin tepi
- jika anda melakukan ketiga2 diatas... secara tak langsung anda telah mendorong nafsu peragut dan nescaya anda akan tergolek atas jalan raya.
- pakai baju yang tertulis, "JANGAN RAGUT SAYA" atau "PERAGUT, ANDA DIPERHATIKAN"
- sila tambah... jika ide anda munasabah!
Apa ke jadahnya nak ragut haa.... "@#$%^&*&^%$#@#"
No comments:
Post a Comment