Sunday, June 7, 2009

Perkelahan SMARTS Pangkor ... day 2 & day 3

Day 2... masa training Taekwondo tadi, adik2 SMARTS cuma dapat menumpukan perhatian 1/2 jam aje ... lepas mula tengok laut! He he he pengarah program telah mencadangkan untuk kita menyewa bot. Oleh kerana program ini tiada dalam perancangan asal (tak de budget la) ... tetapi semasa membeli tiket bot ke Pulau Pangkor, kami telah mendapat diskaun yang 'baik' ... dan sedikit peruntungan asal ... kami telah menyewa bot untuk round island ...singgah di Monkey Bay, pulau bebentuk kapla ikan paus, pulau berbentuk kapla buaya ... dan singgah mandi manda di Pulau Giam.
Betapa happy adik2 SMARTS ... dapat naik bot! Peace!!
Di Pulau Giam, airnya amat jernih, tidak berombak dan pantainya agak landai. Puas hati mandi disini. Janji dengan bot pukul 1.00 pm. So ada 2 jam ...perghhh! Gambar di atas adalah hampir keseluruhan peserta2 SMARTS. Rasa macam tak puas mandi aje ... hingga beberapa orang termasuk sir2 nye sekali sakit otot belikat! Janji puas hati... dok gitu?
Aku jangkakan ramai kepenatan petang itu, rupanya dalam diam2 ibu-ibu telah merancang untuk 'shopping' di kilang2 di pekan Pangkor. Aku tak larat ikut ...belikat lak sakit pasal terlebih berendam ..so wakilkan isteri aku je! Ramai gak yang pergi ...2 van gitu... tak pelah , janji enjoy. Aku dan Sir Din tidur dalam chalet... best rehat tanpa ofis call.
Petang itu, adik2 SMARTS masih tak puas mandi ...terpaksa aku hantar 'bay watch' untuk menjaga keselamatan adik2. Thanks Ariff, Zainal, Mahendra and Shanthen! Yang lain2 pula membantu menyiapkan BBQ untuk malam nye pulak.
Ditemani petikan gitar sdr Ariff ... BBQ dimulakan...
Tengoklah sendiri BBQ tu ...jangan kempunan dah! Sotong, Udang, Ikan , Kerang, Ayam dan Kambing menjadi hidangan BBQ ...sorilah Palma Resort ... nasi goreng tak berapa laku!
Ramai yang flat lepas BBQ ... kami pula meneruskan agenda Teh Tarik pula ... relax bro!!

Pagi2 lagi aku terus mandi laut ... mulanya tak ramai ...al maklumlah nak packing.... last2 ramai juga nak melepaskan gian kat air laut.

1030 am paksa adik2 SMARTS naik ...dan bersiap untuk balik ... dapat juga aku tertidur sekejap. Selepas lunch, final breifing serta ucapan pengarah pemalu... program Perkelahan SMARTS Pangkor diakhiri dengan jayanya.
Bergambar beramai2 di Palma Resort Teluk Nipah. Kami meneruskan perjalanan ke Jeti Lumut ... hampir kesemua kami tertidur di sepanjang perjalanan... letih! Dari Lumut kami bertolak ke Bukit Beruntung...berhenti rehat di RnR Ulu Bernam ... bersalaman dan mengakhiri perjalanan disini.

Aku ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada kesemua peserta2 SMARTS Pangkor yang telah bersama2 menjayakan program ini terutamanya Sdr Anwar selaku pengarah program. Ketua2 keluarga dan pelatih2 remaja yang bersama2 bertanggungjawap dalam memastikan keselamatan dan amat berdisipilin disepanjang program ini. Segala salah dan silap disepanjang program ini ...maaf jua kupohonkan!

Dan ... program seterusnya, Perkhemahan di xxxx (sungai) pada November 2009.

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...