Friday, April 17, 2020

Nostalgia Trans Banjaran Titiwangsa

Salam hormat 


Post kali ini cerita lain sikit... nak cerita tentang minat sir masuk keluar hutan, mendaki gunung, berkhemah di tepi pantai dan macam2 lagi. Senang cerita, apa sahaja berkaitan 'outdoor' memang mengujakan. Kali ini nak cerita tentang suatu perjalanan selama 10 hari dalam hutan bersama pasukan Polis Htutan - Komando69


Satu satu dari puncak di Banjaran Titiwangsa

Semasa berada di zaman universiti sememang tiada halangan err dalam bahasa lain - perlu mohon keizinan untuk ke mana2. Biasanya senyap2 pergi. Dah balik baru cerita. Itupun bila berpeluang balik kampung.Maklumlah ketika itu bukan zaman telekomunikasi. Segalanya bergantung pada pondok talipon dipinggiran jalan yang kebanyakkannya pula sering rosak. Yang tak rosak pula, jenuh beratur menunggu orang depan habis bercakap. Bila buat pangilan jauh, duit syiling turun macam air. Sekali2 terpaksa buat 'reserve call' sebab duit cukup2 untuk call operator minta tolong sambungkan ke rumah. Err budak2 zaman sekarang bukan tak faham sebab handphone ada dihujung jari. 

Berbalik pada tajuk ha ha ha ...sebab dah mula merepek ke arah lain. Tiba2 idea datang mencurah2 untuk berkongsi cerita zaman batu dahulu kala. 

Dalam banyak2 pengalaman mendaki gunung, yang paling menarik sekali adalah ketika kami buat 'Trans Banjaran Titiwangsa' iaitu trekking di sepanjang banjaran Titiwangsa melalui sempadan 3 negeri iaitu Pahang - Kelantan - Perak. Pengalaman yang paling menarik, menyeksakan dan paling tidak dapat dilupakan. 

Cerita asalnya adalah pendakian ke gunung Tahan melalui trek Kuala Tahan. Namun 2 minggu sebelum pendakian, kami dimaklumkan trek ditutup akibat dari hujan lebat dan banjir besar. Persiapan dah 100%. Mental pun dah ready 100%. Tetiba dapat berita yang begitu menyedihkan. Namun kami sebagai AJK tetap mahu meneruskan program cuma diubah ke tempat lain. Entah macamana, kami bertemu dengan Polis Hutan- Komando 69 di Kinta, Perak. Mereka mencadangkan kami mengambil trek Banjaran Titiwangsa yang akan melalui sempadan tiga negeri. Yang bestnya, kami diberi segala peralatan camping termasuk haverset dan boot askar. Pergh merecik la... yang paling best, kami akan disokong oleh 'six-man team' komando disepanjang trekking

Sehari sebelum perjalanan, kami mengedar barang keperluan serta bekalan untuk para peserta. Keesokkan harinya kami berkumpul terus menuju ke station keretapi KTM Kuala Lumpur untuk menuju ke Tapah, Perak. Yang menariknya, ada diantara peserta program masih tidak mengetahui pertukaran perancangan dari Gunung Tahan ke Banjaran Titiwangsa. Naik keretapi kelas-3 pakai kad matrik... bayaran hanya dikenakan sebanyak 50% sahaja. Dari Kuala Lumpur, kami bergerak waktu tengah malam dan sampai Tapah awal pagi. Pengalaman menaiki keretapi kelas-3 juga suatu pengalaman menarik. 

Setibanya di stesen keretapi Tapah, kami menaiki bas awam menuju ke Tanah Rata, Cameron Highland. Harga tiket hanyalah 70 sen dan bas kedua $3.50. Pawer gile bas awam sini, naik bukit layan korner macam bawa superbike. Pick-up baik. Kami berkumpul di depan balai Tanah Rata, Cameron Highland sementara menunggu skuad team komando sampai. Selepas itu, terus dibawa ke kawasan pendalaman menaiki trak askar ke check -point sebelum masuk masuk ke hutan. Serius, masak juga duduk dalam trak nie dengan jalan yang berlopak2 di kawasan pendalaman.. Ketika itu usia masih muda, segala keperitan tidaklah terasa sangat. Semangat tinggi melangit dan kami juga adalah Rakan Muda Waja Diri. Mestilah power kan! Ha ha ha... 


Dari arkib Sharifudin Mamat

Cabaran paling awal adalah mendaki beberapa ratus meter dalam keadaan yang sejuk. Bayangkan jika di Cameron Highland dah sejuk, inikan pula dalam hutan dan altitude yang lebihtinggi. Masa itu tidak ada pengalaman mendaki dan bawa baju sekadar 3 pasang - pakaian harian, pakaian malam dan pakaian nak keluar nanti. Denggg... memang rasa nak mati kesejukan. Masa itu tidak ada istilah hypothermia. Dalam haverset, hanyalah pakaian, makanan untuk 14 hari ha ha ha dan pocho yang juga digunakan untuk dijadikan khemah. 

Tengok abang komando steady. Kami cuba angkat haverset abg komando, pergh berat gile. Entah apa yang dibawanya. Mengikut abg2 komando nie, makanan tak berapa penting, yang penting adalah persiapan tidur dalam keadaan sejuk. Bila tidur selesa, lena dan esok trek rasa bertenaga. Ha ha ha kami pula terbalik, makanan lebih penting dari tidur. huhuhu.. 

Kalau nak cerita perjalanan sepanjang 14 hari tersebut memang dah tak ingat sebab selepas masuk hutan, jadi lupa hari dan tarikh. Rasa banyak juga detik2 penting yang masih segar diingatan. 

Redah hutan tanpa trek. Hanya bergantung pada peta dan kompas. Ada ketika kami berjalan di atas laluan binatang... kira ada trek juga, ini kira senang. Ikut abg Komando, ini dipanggil highway. Namun kebanyakkan perjalanan,  kena membuat trek baru. Ada hari2 kami berjalan dari pagi hingga petang sejauh 1 batu persegi - One map square. Kami berjalan berbatu-batu dalam ruang peta 1 batu sahaja. Ada hari2nya, kami terpaksa berpatah balik kerana terdapatnya gaung di hadapan - yang tidak kelihatan di peta namun hakikatnya adalah gaung yang sungguh menyeramkan. 

Pada kebiasaannya, bila kami sampai mana-mana checkpoint untuk bermalam. Letak je haverset, tetiba abg2 komando terus hilang dari pandangan mata. Rupanya mereka membuat pemeriksaan kawasan sekitar bagi memastikan keselamatan semua orang. 

Setelah sampai check-point, biasanya kami bahagi- bahagi tugas -ada yang pasang khemah, masak, cari kayu api dll. Abg2 komando duduk berborak sambil hisap rokok. Rupanya ada sebab... mereka tengok arah tiupan angin dari asap rokok. Selepas baru pasang khemah dengan betul, bukan pada laluan angin. Khemah rasa agak suam berbanding dengan khemah kami yang terasa dingin sampai ke tulang sum2. Kami belajar dari abg komando nie...

Dari segi makanan, abg2 komando ni cuma bawa beras dan sambal hitam. Pergh sedap gile beb! Sampai hari ini, tiap kali sir merantau ke mana2, sambal hitam wajib dibawa untuk menambah selera. Kami pula bawa Pak Braihim berkilo2... mahu tak berat haverset walau bagaimanapun kopi panas dalam hutan memang ubat segala kesukaran.

Ada satu hari itu, kami cuma sempat berjalan sekitar 4 jam dan kemudian terpaksa berhenti awal. Ada kes kecemasan di mana salah seorang dari kami terkena gatal2 satu badan. Terpaksa beliau mandi sungai yang dingin dan selepas itu diberi injection


Catatan Sarjan Rosli - Arkib Sharifudin Mamat

Semasa dalam perjalanan, kami disuruh berhati2 apabila melintas sebatang pokok - kalau tak silap, nama pokok gajah gatal atau nama sebenarnya pokok Rengas. Katanya, pokok ini punya gatal sehingga gajah pun buat U turn atau mengelak apabila terjumpa. Malahan kami perhatikan tiada rumput mahupun tumbuhan lain sekitar pokok tersebut. Hanya pokok ini sahaja tanpa dikelilingi apa2 juga tumbuhan lain. Agaknya teramat gatal sehingga tumbuhan2 lain pun tidak berada dekat dengannya. Mudah untuk mengenalinya ! Agaknya kawan tesebut terkena angin dari pokok tersebut. Hmmm ... 

Pada hari tersebut, abg2 komando menyediakan makanan untuk kami semua. Pokok buluh rebung segar dari hutan berserta sambal hitam dan nasi putih panas begitu membuka selera. Malahan khemah yang kami dirikan begitu baik sekali berbanding hari2 sebelum ini. Dapat juga berehat lebih sedikit hari ini. Kalau tak silap kejadian ini berlaku setelah kami menuruni dari kawasan tinggi sempadan tiga negeri. 

Kami mendaki sehingga berada di titik batu penanda sempadan tiga negeri - Pahang, Kelantan dan Perak. Pemandangan di atas banjaran amat menakjubkan dengan ratusan pokok bosai serta lumut (yang boleh diperah airnya dijadikan minuman). Kami berpegalaman menyaksikan dari air setitis di atas gunung sehingga menjadi anak2 sungai kecil sehingga menjadi sebuah sungai yang begitu besar dan dalam sekali. 

Angan2 nak jadi Komando


Ada ketikanya kami diberi amaran bahawa Maybank ada berdekatan. Jadi kami pelru berhati2. Biasalah dalam ramai2 ada seorang dua yang lurus bendul - kalau dah jumpa bank maknanya kita dah dekat dengan pekan. Aduiii ... masa itu paling kurang lagi 5 hari lagi hendak keluar hutan. Kelihatan tapak kaki Maybank begitu besar sekali... jika diukur hampir saiz dengan 3 tapak tangan kami. huhu ...aiyaa ini halimau la .... dalam hutan tak boleh sebut2 ...nanti dia latang loorrr . 

Sehari sebelum kami keluar hutan, kami sempat singgah di kampung orang Asli. Kami hadiahkan apa2 yang ada dalam haverset. Ingat lagi perbualan ini... "kamik tak makan ayam sebab ayam makan taik.... monyet boleh makan sebab monyet makan buah.... adalah pulak yang tanya ...harimau.... err harimau boleh makan sebab makan monyet dan monyet makan buah". Hmmm betul jugak logik rantaian makanan tersebut. Tak kisahlah pun makan ayam walaupun ayam makan taik... denggg..



Ini secebis kisah yang berlaku sekitar 26 tahun yang lalu. Pengalaman yang memberi suatu nilai kehidupan - kesukaran yang ditempuhi, nilai sebuah persahabatan, pelbagai ilmu hutan dan trekking yang dipelajari dan bermacam2 lagi. 

Beberapa tahun selepas dari trekking banjaran Titiwangsa ini, sir sempat bertemu dengan abg Komonda bernama L/ Kpl Baharudin Man di rumah beliau di Kem Kinta. Namun selepas itu, kami terputus hubungan. Tidak pasti di mana beliau sekarang. Barangkali umurnya sudah hampir 55- 60 tahun. Seandainya beliau terbaca post ini atau sapa2 yang mengenali beliau, harap dapat tinggalkan pesanan pada sir. Rindu pada  hamba Allah ini yang mengajar sir ilmu hutan. 

Terimakasih yang tak terhingga kepada abg2 Komando - Kpl Asri, L/Kpl Rosli (anchorman), L/Kpl Safaruddin, L/Kpl Baharuddin Man, L/Kpl Rosman dan Kons. Rosli - maklumat dari Sharifudin Mamat. 

  SirNoordin
Kenangan Bersama Komando69

2 comments:

  1. Welcome back. Aduii..dah bersawang dah blog aku. Nanti aku sambung citer expedisi ni kt blog aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan blog SideKick tu bro... banyak maklumat boleh dikongsikan terutama artikel2 TKD kau tu

      Delete

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...