Wednesday, January 30, 2019

Bina Karektor Mahasiswa

Salam hormat


Setelah tamat zaman universiti, alam seterusnya adalah alam pekerjaan di mana setiap tugasan dipertanggungjawapkan. Persoalannya apakah persediaan para graduan dalam menghadapi alam pekerjaan? Bila perlunya persediaan dimulakan? Apa persediaannya? 


Photo Credit to https://www.translegal.com
Ini adalah soalan2 yang sering sir kemukakan pada para mahasiswa yang menghadiri program mahupun sembang santai bersama sir. 

Tahniah kerana telah berjaya menempuhi alam universiti dan menjadi graduan menara gading. Hebat. Bukan mudah menjadi graduan kerana ianya memerlukan pengorbanan dan keperihan dalam menempuhnya. Ramai juga yang tidak berjaya menamatkan pengajian. Walau bagaimanapun ianya adalah suatu permulaan untuk menempuh cabaran hidup seterusnya iaitu alam pekerjaan. 

Persoalan seterusnya adalah apa perbezaan diantara Ijazah kamu dengan orang lain? Mungkin juga boleh dikatakan perbezaan dari  segi grade seperti kelas 1, kelas 2 atau kelas 3. Barangkali ada setengah majikan melihat dari sudut ini tetapi tidak semua majikan begitu! Kebanyakkan majikan lebih tertumpu kepada kesesuaian karakter bagi syarikat mereka kerana ianya memudah proses adaptasi dengan pekerja2 lama. 

Menjawap kepada soalan ini, pada umumnya majikan melihat semua sijil adalah sama - kerana yang lebih pasti para graduan tidak mempunyai pengalaman berkerja!! Noktah. 

Maka apakah yang boleh dijadikan modal jawapan semasa temuduga? 

Character building @ Membina karektor sangat penting pada setiap orang terutamanya graduan lepasan universiti. Kenapa? 

Karakter atau sikap adalah sesuatu yang perlu dibina dalam tempoh masa yang agak lama.
Sikap seseorang tidak boleh diubah "overnight"... ianya perlukan latihan penuh disipilin secara berterusan. Untuk membina sesuatu karakter mahupun mengubah sesuatu sikap perlu latihan praktikal yang konsisten. 



Pohon Impian - Mungkin impian bisa bina karektor?

Nasihat buat pelajar universiti ataupun bakal graduan...


Di alam universiti adalah ruang dan peluang untuk kamu membina karakter. Insyallah 5 tahun adalah seuatu tempoh masa yang sekadar cukup2 untuk mempelajari serta mempraktikannya. Pada dasarnya character building bermula seawal usia! Namun jangan panik, masih ada masa untuk mempraktikkannya jika ada kemahuan. 

Berkecimpung dalam apa jua persatuan pelajar baik persatuan berbentuk akademik, sukan, seni beladiri, outdoor dan sebagainya. Jangan sekadar menjadi ahli biasa - cuba pegang jawatan dalam persatuan; ambil peluang untuk menjadi pengarah atau setiausaha atau bendahari bagi sesuatu program. 

Ini adalah peluang kamu membina karakter yang perlu di alam perkerjaan nanti. Antara karakter2 adalah seperti berikut. Sebagai contohnya... 

Leadership - pengalaman mengarah program atau mengetuai persatuan
Team building - persatuan membentuk sikap saling membantu dan berkerjasama 
Communication - berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan pelbagai orang
Responsibility - tanggungjawap dalam menjalankan amanah persatuan
Presentation skill dan pelbagai lagi. 

Hendak cerita pengalaman kerja memang tiada maka jadikan pengalaman semasa di universiti sebagai modal semasa di temuduga. Disamping itu, karakter yang telah terbina dalam diri selama ini akan terserlah semasa temuduga. Secara tidak langsung Ianya menunjukkan keyakinan diri "self-confidence" dalam berkomunikasi dengan bakal majikan. Malahan kamu dapat menunjukkan bukti antaranya pengalaman "team building" dan "leadership" dalam persatuan dahulu
Photo Credit to https://www.inc.com/
Berdasarkan pengalaman kerja lebih dari 20 tahun dan pengalaman dalam sessi temuduga pekerja - of course, master, degree mahupun diploma adalah basic untuk dipanggil temuduga. Dari sudut ilmu pengetahuan, boleh dikatakan semua orang hampir sama namun kebanyakkan majikan memilih bakal pekerja yang mempunyai karektor tertentu semasa temuduga.

Sir pernah ditemuduga oleh sebuah syarikat dari Eropah yang pada syaratnya memerlukan pengalaman berkerja lebih dari 10 tahun. Di sepanjang temuduga - tidak ada satu soalan tentang ilmu pengetahuan mahupun pengalaman kerja ditanya. Kami hanya berbual-bual secara umum tentang perkara2 semasa yang sedang hangat diperkatakan ketika itu. Hampir 2 jam rasanya sehingga terdetik di hati, "mamat ini nak berbual2 aje ke atau interview?".

Dihujung "temuduga" - (sir letak "temuduga" - kerana sir dah tak pasti samada temuduga ke tidak) -  kata beliau, "can you come to our office tomorrow ...to discuss on your package and offer letter" 

Ehmmm...akhirnya sir tidak dapat menahan diri untuk bertanya, "you are not even ask about my working experiences etc... and yet you are offering me a job?" 

Kata beliau, "why should I ask about your working experience, it was stated in your CV. I just want to see you... anyway congrats, let talks about your package tomorrow. Don't worry we pay good".

Akhirnya baru faham, beliau ingin temuduga karakter kita dan kesesuaian dengan syarikat beliau - easy blended. Alhamdulillah sir lulus ujian karakter mengikut nilaian dan keperluan syarikat tersebut.

Semoga tulisan ini memberi manafaat untuk semua terutamanya para graduan yang akan menempoh alam pekerjaan tidak lama lagi.

Semoga berjaya.


SirNoordin

Monday, January 28, 2019

Cerok Survival Tokwan

Salam hormat 


Sejak dari zaman universiti lagi, sir minat kepada kembara hutan "trekking", hiking dan lain2 aktiviti outdoor. Jika ada aktiviti2 tersebut dianjurkan, pasti sir melibatkan diri secara langsung. 

Ketika zaman universiti terasa puas juga berkhemah ke sana sini mahupun di pulau2, pantai mahupun di dalam hutan. Entah ramai juga kawan2 yang tidak sealiran berkata buat apa menyusahkan diri - nak makan/ minum susah, nyamuk, buang air janganlah cerita... kan menyusahkan diri tapi bagi yang memahami terasa seolah suatu kepuasan. 

Hampir dengan alam semulajadi... memberikan kepuasan yang tidak tergambar rasanya.

Walaupun usia sudah menghampiri 5 series, passion pada outdoor activity masih tetap tidak berubah. Hampir setiap minggu tempat2 seperti Tasik Lama, Bukit Sarang Helang, Bukit Laur dan sekitarnya menjadi tempat permainan sir. Trekking dan hiking menjadi riadah yang begitu sempurna. Bermandi peluh menjadi satu kebanggaan.

Malahan sejak akhir2 ini rancangan Astro 551 Discovery banyak menyiarkan survivor terkenal seperti Bear Grylls dan Ed Stafford. Memang sir tak pernah melepas peluang untuk menonton walaupun berulang2 kali. Teruja melihat bagaimana mereka mengurus diri dalam rancangan survival tersebut. Banyak perkara yang boleh dipelajari dari siri Discovery Survival ini. 

Wikipedia


Bear Grylls - Credit to https://www.mensxp.com/ 

Edward Michael Grylls (born 7 June 1974), better known as Bear Grylls, is a British former SAS serviceman, survivalinstructor, and honorary lieutenant-colonel, and, outside his military career, an adventurer, writer, television presenter and businessman. He is widely known for his television series Man vs. Wild (2006–2011), originally titled Born Survivor: Bear Grylls[6] for the United Kingdom release. Grylls is also involved in a number of wilderness survival television series in the UK and US. In July 2009, Grylls was appointed the youngest-ever Chief Scout of the United Kingdom and Overseas Territories at age 35,[7] a post he has held for a second term since 2015.


Ed Stafford - Credit to https://www.whatsontv.co.uk/
Edward James Stafford FRSGS, known as Ed Stafford (born 26 December 1975), is an English explorer. He holds the Guinness World Record for being the first human ever to walk the length of the Amazon River.[1] Stafford now hosts shows on Discovery Channel.

Tokwan - https://tokwansurvivor.blogspot.com/
Tapi kali nak promosi blog sahabat sir yang bernama Cerok Survival Tokwan. Sir kenal beliau semasa kami bermain motor besar bersama geng M4SC. Beliau memang terkenal dengan ilmu survival outdoor ini. Malahan sir bersama beliau melaksanakan Kem Jati Diri dan Ikhtiar Hidup beberapa tahun lepas. Banyak yang kami pelajari dalam tempoh 3 hari 2 malam - tak puas pula rasanya.

Bolehlah melawat blog beliau jika ingin mendapat ilmu survival dari beliau. Tak lupa juga tulisan beliau dalam bahasa Malaysia. Moga manfaat.

Blog https://tokwansurvivor.blogspot.com/
SirNoordin

Tuesday, January 15, 2019

Kembara Koh Lipe

Salam hormat.


Tanggal 20 December kami pulang ke Malaysia. Sempatlah melepas rindu tidur di rumah sendiri setelah sekian lama tidak pulang. Setelah mendarat di KLIA2, kami langsung menuju ke Bukit Beruntung. Hafiz dan Haziq juga pulang dari UTHM sempena cuti belajar (study week). Tok Wan dan Uwan dijangka tiba malam ini juga. Maklumlah saling merindui setelah sekian lama berpisah. Pasti meriah!
KTMB ERL 9202
Oleh kerana terasa amat lapar kami singgah makan malam di Restoran Salam Sentosa. Kelihatan Hafiz dan Haziq juga di situ bersama rakan2 sekampung. Agaknya mereka  sampai petang tadi. Yang menariknya Tok Wan pun sedang melayan secawan teh tarik kegemarannya tanpa sedar kami juga di restoran yang sama. Rezeki dari Allah swt, kami berkumpul tanpa dirancang, dapatlah makan malam bersama. 
Disambut oleh sdr Azhar dan Angah di sempadan
Keesokkan harinya kami hanya berehat, melepas rindu dan bersiap-siap untuk memulakan perjalanan ke Koh Lipe Satun, Thailand percutian keluarga bagi tahun 2018 ini. 

Tanggal 22 December, kami bergerak menuju KL Sentral. Terimakasih kepada bro Jamsari kerana sudi menghantar kami sekeluarga ke KL Sentral. Kami menaiki KTMB ERL Train 9202 menuju Padang Besar, Perlis dan perjalanan memakan masa 5.5 jam dengan kelajuan maksimum 141 km/jam seperti yang terpapar di kaca TV. Bila terasa lapar boleh membeli makanan di gerabak C. Belanja tiket KTM ERL ialah MYR 720 bagi 5 dewasa 2 kanak-kanak dan kanak2 bawah 2 tahun tidak dikenakan bayaran. 
Sempadan Malaysia-Thailand Wang Kelian

Perjalanan menuju utara begitu lancar sekali. Sesekali kelihatan highway PLUS yang sibuk dengan kenderaan menuju arah utara juga. Tepat jam 4.30 pm. kami tiba di stesen Padang Besar dan disambut oleh saudara Azhar. Kami terus bergerak ke Wang Kelian untuk memasuki sempadan negara Thailand. Jarak perjalanan sekitar 30 minit dari stesen keretapi. Borang immigration telah siap diisi oleh saudara Azhar melancarkan perjalanan melintasi sempadan. Agak terkejar-kejar juga kerana immigration Wang Kelian tutup jam 6.00 petang. Alhamdulillah tidak ramai orang dan kurang dari 30 minit kami sudah melintasi sempadan. 

Makan malam di Pak Bara
Perkara pertama adalah membeli Simcard Thai. Hihihi internet penting yeop! Sambil menunggu van Siam kami menjamu selera dengan kuih2 Melayu-Siam yang dijual dipinggiran jalan. Jam 5.15 pm (waktu Thailand, lewat sejam dari waktu Malaysia), kami bergerak menuju ke Pak Bara. Perjalanan memakan masa lebih kurang satu jam. 
Sedap makanan ala Thai - Langit begitu ungu sekali
Di pekan Pak Bara kami terus makan malam di restoran Rimle Kitchen, restoran tomyam seafood). Terimakasih bro Azhar kerana pre-order semasa dalam perjalanan tadi. Apa tunggu lagi, dah kebulur... terus makan! Selain dari seafood, hidangan istimewa - daging harimau menangis cicah.. pergh sedap yang amat! Belanja makan malam = THB3,000.untuk 10 orang. Sedap sangat..

Kami bermalam di Green Resort Pak Bara. Tel: 081-3881883. Belanja hotel THB3000 untuk 3 bilik. 
Sarapan ala kampung begitu enak sekali
Keesokkan harinya selepas jogging, bersarapan ala kampung dengan suasana desa begitu menenangkan. Kawasan ini boleh dikatakan 98% adalah perkampungan Melayu-Islam. 
Jam 9.00 pagi, kami menuju ke Jeti Pak Bara untuk menaiki bot ke Koh Lipe. Belanja speedbot pergi/balik Koh Lipe ialah THB6500 (Dewasa THB1000 & Kanak2 THB800). Kami perlu juga membayar yuran National Park sebanyak THB /seorang (maaf tak ingat).
Speed boat
Perjalanan ke Koh Lipe memakan masa 2 jam dengan speedboat. Selepas sejam perjalanan, bot singgah sebentar di Koh Tarutao sekitar 15 minit untuk memberi peluang kita bergambar. Stunning view! Air lautnya begitu jernih. 
Ka Tarutao National Marine Park
Wikipedia
Ko Tarutao island (Thaiเกาะตะรุเตา) is the largest island of Tarutao National Marine Park in Satun Province of Thailand, close to Malaysia border. The island is 26 km (16 mi) long and 11 km (7 mi) wide. It is one of the most unspoiled islands in Andaman Sea and in all of Thailand. The Malay word tertua or tarutao means old and primitive.
Pantai Sunset
Sampai di Koh Lipe, bot berhenti di titi terapung di mana kita turun dan berjalan menuju ke pantai. Kejernihan air laut serta batu karang dapat dilihat dengan jelas sekali. Kami terus ke hotel menaiki teksi (motosikal roda tiga) dengan tambang THB300. Check-in di Oasis Lipe Resort selama 4 hari 3 malam.  Lokasi agak strategik walaupun bukan di laluan utama "Lipe Walking Street". Resort ini terletak dalam jarak 200 meter ke Sunrise Beach dan 500 meter ke Sunset Beach melalui "Lipe Walking Street". Resort ini diuruskan secara persendirian dan tuan empunya amat ramah dan sangat membantu.


Teksi roda tiga
Koh Lipe merupakan pulau yang kecil bersaiz 2 km x 1 km berdekatan dengan Koh Adang yang merupakan pulau terbesar. Air lautnya teramat jernih dan kesegaran udara begitu terasa tanpa sebarang pencemaran. Seramai hampir 900 orang menduduki pulau ini dan jumlah kenderaan beroda empat boleh dibilang dengan jari. 


Gaya mutu dan keunggulan
Teka siapa?
Masih menggunakan air perigi yang digali sedalam 40 meter untuk mendapatkan bekalan air bersih. Difahamkan dari penduduk sini, Koh Lipe bersambung dengan Koh Adang di bawah laut yang  membolehkan air mentah dari Koh Adang sampai ke Koh Lipe. Jarak perjalanan 2 jam dari tanah besar Thailand (Pak Bara) dan sekitar 40 minit dari Pulau Langkawi, Malaysia. 

Wikipedia:
Ko Lipe is on the border of the Tarutao National Marine Park and is directly south of the larger islands Ko Adang and Ko Rawi, and about 50 km from the island of Ko Tarutao.[1] It was originally settled by a group of sea gypsies (chao leh in Thai), originally from Malaysia, known as the Urak Lawoi’ people.


Koh Lipe Walking Street 
Aktiviti harian hanya mandi laut, berjemur, makan, jalan sekitar pulau dan tidur. Relax habis! Rasa tak puas mandi laut walaupun setelah 4 hari berada di sini. Di waktu pagi kami mandi di pantai Sunset dan sebelah petang pula di pantai Sunrise. Di sebelah malam pula kami berjalan-jalan di Lipe Walking Street dan juga melihat aksi orang bermain api di pantai. Kami makan di restoran Thai-Thai (halal) yang harganya agak murah dan masakannya superb! Restoran Thai-Thai berdekatan dengan pantai Sunrise sekitar 150 meter dari Oasis Lipe Resort menjadikannya restoran pilihan kami. Secara puratanya kos kami berlapan makan sekitar THB900-THB1000. 


Restoran Thai-Thai Pantai Sunrise
Oh iye Koh Lipe bukan syurga untuk membeli belah hanya pulau terasing yang senyap sunyi dan tidak ramai orang. Jika anda memilih untuk berehat sambil menikmati keindahan alam, Koh Lipe adalah tempat yang amat sesuai.


Chalet Oasis Lipe Resort
Masa berlalu begitu pantas sekali. 4 hari bagai 4 jam waktu berlalu. Peluang untuk bersama berkumpul seperti ini bukannya selalu. Malahan jarak dan waktu juga menjadi batasan sempadan untuk kami berkumpul. Peluang bersama dimanfaatkan sebaik mungkin. Persekitaran yang aman membuatkan kami rasa lebih rapat dan gembira sekali.


Bangga dapat lepas ikan Kerapu tersangkut mata kail
Akhirnya tiba hari untuk pulang, tanggal 26 December jam 11 pagi kami bergerak menaiki bot ke Pak Bara. Oleh kerana masa agak terhad, kami menyewa van Siam dari Pak Bara terus ke Bukit Jelutong, Pulau Pinang. Urusan sempadan Wang Kelian agak mudah untuk kami kembali ke tanahair melalui negeri Perlis. Belanja van Siam terus ke Pulau Pinang THB7,000. 
Van Thai ke Pulau Pinang
Kami singgah minum dan makan petang di warung Amran Teh Tarik & Li Mee Rebus, Jalan Pondok Haji Wan Leh, Jitra Kedah. Ternyata nama dan keenakan teh tarik dan mee rebus amat berbaloi. Sedap beb! Warung ini memang terkenal dengan teh ais dan mee rebus. Nak tau lebih lanjut  google je!


Layan Mee Rebus di Amran Teh Tarik & Li Mee Rebus
Mee Rebus
Kami tiba di Pulau Pinang jam 7 petang. Berehat sebentar sementara menunggu Mak Teh sekeluarga datang menziarah kami. Terimakasih sekali lagi bro Azhar kerana menyediakan rumah beliau untuk kami menginap seketika. Kami berjalan ke restoran Kayu Nasi Kandar untuk makan malam bersama keluarga Mak Teh dan bro Azhar. 

Esok harinya kami pulang dengan menaiki pesawat Malindo Air jam 5.50 petang menuju ke Lapangan Terbang Subang. Sempatlah Hafiz & Haziq  berehat semalam di rumah sebelum bergerak ke UTHM Pagoh untuk menduduki peperiksaan akhir semester.


Sahabat 
Alhamdulillah terimakasih Allah swt. kerana memudahkan segala urusan, memberi nikmat kesihatan serta kemurahan rezeki buat  kami semua. Semoga pengalaman yang ditempohi dapat memberi sedikit pengajaran untuk anak-anak di masa akan datang. 

Yang paling penting jaga agama sebaik2nya walau di mana bumi berada, eratkan silahturahim sesama adik beradik dan saudara mara serta carilah pengalaman sebanyak mungkin untuk dijadikan antara asas dalam kehidupan. 

Jauh berjalan luas pengalaman terbuka akal dan minda.


SirNoordin
Koh Lipe, Satun Thailand
Dec2018

Monday, January 14, 2019

Trek Bukit Laur, Bukit Bumbun & Bukit Karamunting

Salam hormat


Pagi Ahad lepas, sir membawa lima orang sahabat trekking ke Bukit Laur melalui Tasik Lama. Kali pertama bagi mereka dan kali ketiga buat sir. 
Kami
Kami berkumpul di Tasik Lama dan tepat jam 6.45 pagi kami memulakan trekking melalui tangga Menara Pandang Jauh. Bersemangat betul mereka ini, maklumlah kurang sebulan kami akan mendaki Gunung Kinabalu. Latihan fizikal terutamanya endurance berterusan amat penting buat kami semua. 


Sdr Faiz menikmati suasana pagi

Sampai di simpang Bukit Sarang Helang, kami mengambil denai sebelah kanan menuju ke Bukit Laur. Suasana pagi agak sejuk dan berembun. Kelihatan embun pagi terperangkap di hutan menghadiahkan permandangan yang begitu cantik sekali seolah-olah ada "the lost world" di bawah sana. 


The Lost World
Puncak Bukit Laur 

Kami sampai di puncak Bukit Laur sekitar1 jam 20 minit dalam suasana perjalanan hujan renyai-renyai. Terasa lapar, nasib baik ada sedikit bekalan pisang untuk mengalas perut. 

Hampir serentak dengan kami ada kumpulan lain juga sampai di puncak Laur. Hendak dijadikan cerita, mereka mencadangkan kami balik melalui Bukit Bumbun dan Bukit Karamunting. Err katanya banyak menurun sehingga ke anak sungai dan cuba dua bukit agak tinggi untuk di daki. Sepakat kami bersetuju, apa salahnya  mencuba trek baru. 



Kami bertemu 2 pondok kecil barangkali digunakan untuk berehat sambil menjaga buah-buahan agak. Dan satu pondok besar yang dipanggil "banglo" siap dengan sofa rehat serta ada juga menjual air minuman. Empunya seorang yang minat kembara hutan dan pernah juga beliau sampai ke Everest Base Camp



Kami menyambung perjalanan menurun sehingga bertemu dengan mata air bukit. Ternyata airnya boleh diminum terus.  Nyaman bah buat penghilang dahaga. 
Mata Air
Perjalanan diteruskan dengan menuruni Bukit Bumbun sehingga bertemu anak sungai. Kelihatan airnya begitu jernih sekali dan sesuai untuk kami berendam dilain waktu barangkali. 


Anak sungai

Dari sini merupakan cabaran terakhir mendaki Bukit Karamunting. Terasa route ini lebih tinggi dari route Buluh tempat laluan biasa kami. Sehingga sampai ke atas, sir masih tidak dapat mengagak di mana keluarnya dari route ini. Rupanya kami keluar di simpang Bukit Sarang Helang dan Bukit Laur. 


It always great to be closer to nature
Walaupun penat namun rasa lega juga ada keranna telah berada pada trek biasa kami yang sudah boleh dijangka jarak dan masa untuk kembali ke Tasik Lama. 
Tasik Lama- Laur - Bumbun - Kemunting

Keseluruhan jarak trekking 9 km dan masa diambil 3.5 jam. Trek yang dilalui perlu mendaki dan menuruni beberapa bukit, jalan denai kampung serta anak sungai. Terdapat juga kuburan tua di Bukit Bumbun. Bolehlah cuba trekking di waktu malam... hihihi.

Nota: Terimakasih buat kenalan GLan & Hajah Ainee kerana sudi menunjuk trek baru ini.  SirNoordin
Bandar Seri Begawan


Link berkaitan
https://sirnoordin.blogspot.com/2018/11/bukit-laur-bsb.html
https://sirnoordin.blogspot.com/2018/10/bukit-sarang-helang-tasik-lama.html
https://sirnoordin.blogspot.com/2018/11/mendaki-gunung-kinabalu-mk1.html



PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...