
Hampir 2 bulan juga untuk aku membuat keputusan mengambil semula Al-Amin. Sebenarnya kelas Al-Amin telah aku mulakan pada February 2007. Pada akhir October 2007 pelatih dari Al-Amin seramai 34 orang dan latihan diadakan seminggu sekali.
Pada tahun 2008, atas komitmen kerja terpaksa aku serahkan kelas ini kepada salah seorang sahabat yang kebetulan "full-time" instructor. Pada perkiraan aku, pastinya kelas ini akan bertambah maju kerana instructor yang mengajar itu "do training for living". Mulanya kelas itu berjalan lancar hinggalah aku mendapat tahu dari parents (yang anak mereka di Al-Amin) tentang kelas yang hampir pupus itu.
Terpaksa aku mengadap guru besar sekolah yang juga teramat malu dengan situasi yang dihadapi tambahan pula itu sekolah swasta. Jumlah pelatih pada akhir tahun 2008 ialah 4 orang. Sardisnya!!
Harap 2009 ini akan memberi sinar baru untuk Al Amin ...
No comments:
Post a Comment