Kajian menunjukkan hanya 4% peningkatan dlm penguasaan bahasa English. Adalah peningkatanya tapi dalam masa yang sama berapa peratus pula yang semakin teruk pemahaman asas Maths dan Sains?!
"Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam."
Tapi aku hairan dengar kenyataan dari seorang Datuk ni (ntah tak sempat lak nak hafal nama dia), katanya, "banyak penemuan baru dalam Sains dan Maths masih dalam bahasa English dan DBP agak lambat untuk alih-bahasa, jadi kita agak ketinggalan dalam penemuan baru ini".
Iskk..apa punya "kotak fikiran Datuk ni" kerana aku tak rasa budak2 sekolah rendah maupun menengah akan diketengahkan dengan penemuan baru ni. Di universitipun hanya aliran Maths atau Sains akan lebih fokus dalam bidang masing2.
Walaupun aku bukan grade dalam bidang Sains Tulin atau Maths ...tapi rasa2nya aku belajar Kalkulus kat U dulu sampai tahap 3 atau 4 (kira tahap Cipan gak aku...). Maths merupakan pelajaran kegemaran aku masa sekolah rendah dan menengah ... the only subject yang aku boleh score.
Nasib aku mungkin baik pada masa itu Maths dalam bahasa Melayu ..kalaulah dalam English dah tentu aku pun lingkup...
Kasihan anak aku ...
Rasanya nak aku cabar Datuk tu lawan Maths dengan aku ...tak kisah bahasa Melayu ke bahasa English, tengok sapa terror sebab English aku pun berhabuk gak sekarang ... err err err..
Sebuah Himpunan Kenangan dan Bekalan Jiwa Untuk Pengembaraan Mereka Nanti. Dari dasar lautan biru hingga ke puncak tertinggi setiap langkah dalam kembara ini mengajar aku satu hakikat — bahawa hidup ini jauh lebih indah apabila dipandu oleh hati mendekati-Nya.
Wednesday, March 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)
PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023 Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...

-
Salam hormat Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Mari kitani belajar bahasa Brunei. Ani = ini Atu = itu Miatu = ...
-
Salam hormat Entah kenapa tetiba ada segelumpit rasa untuk membina susur jalur keturunan sejauh mungkin. Semakin masa berlalu semakin it...
No comments:
Post a Comment