Monday, March 16, 2009

Tahu, mahir dan hak

"Sir, kalau kita belajar macam2 ..tak confuse ke? Macamana kita nak tau apa yang mana yang kita akan gunapakai?"

Aku mula mengenal seni beladiri ini seawal 5 tahun kerana bapa aku sendiri yang mengajar silat. Sedikit sebanyak beberapa aliran silat diajarnya kepadaku yang akhirnya menjadi satu seni tersendiri bagi beliau.

Selepas itu aku mula mengenal Silat Gayung, Karate dan Taekwondo. Ntah kenapa ntah, Taekwondo begitu memikat hatiku. Gayanya agak keras tapi halusnya hanya mereka yang mempelajari dengan betul akan memahaminya.

Jadi apa yang aku ajar?

Secara lazimnya, aku mengikuti silibus yang digazetkan oleh MGTF kerana ini akan memudahkan pelatih2 aku menyambung pelajarannya ditempat lain andainya antara mereka terpaksa berhijrah. Inilah hebatnya Taekwondo... secara global, sijil dan kemahiran dapat diteruskan di tempat lain oleh jurulatih lain.

Secara khusus, aku mengajar apa yang aku tahu dari beribu2 yang aku tak tahu. Dalam ertikata yang lain, apa yang aku ajar merupakan satu gabungan seni yang pernah aku praktikkan. Ini seni aku dan merupakan hak aku ... hak yang menjadi amanah bagi aku untuk terus mengajar.

Wakau bagaimanapun, apa2 yang diajar dan dipelajari baik dariku atau sapa2 saja hanya akan menjadi hak seandainya pelatih terus berlatih untuk mahir. Apa yang diajar jurulatih hanya ilmu mengenal (tahu) tetapi untuk menjadikan ianya hak adalah menjadi tanggungjawap pelatih untuk terus berlatih.

Dipihak jurulatih juga terus menambah ilmu untuk tahu dan mempratikkan untuk mahir yang akhirnya menjadi haknya. Tak gitu?

Namun begitu, hak mutlak kepunyaan Allah belaka ... kita cuma meminjam dan menyampaikan amanahNya saje.

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...