Tuesday, November 3, 2020

Air Terjun Sg Apaan Ulu Temburong

 Salam hormat


MInggu lepas kami #KoyokAdventureTeam berkeluarga merancang untuk Ulu Temburong sempena cuti persekolahan di Brunei. Seperti biasa pilihan kami adalah AZ Back 2 Nature yang dikelolakan oleh rakan kami, Hady Sham menjadi pilihan. 

Ahad 13.09.2020 kami berkumpul di Batang Duri, Ulu Temburong untuk ke AZ Camp dengan menaiki bot sekitar 30 minit menentang arus sungai. Dua minggu kebelakangan ini hujan turun berterusan dimalam hari termasuk malam tadi. Paras air sungai agak tinggi dari biasa. Arus deras juga kelihatan derasnya aliran air dari hulu sungai. Risau juga dengan anak2 kecil bersama sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi namun pasti langkah2 keselamatan juga telah diambil. 

Setelah menentang arus sungai yang deras, akhirnya kami tiba di AZ Back 2 Nature Camp. Ternyata paras air tinggi dari biasa. Pinggiran sungai juga tidak kelihatan. Kami terus menaiki tangga ke atas. Anak2 dilarang untuk bermain dipinggiran sungai. Kami disambut oleh keluarga Hady Sham dan keluarga Faiz yang tiba awal sehari. Terus menjamu selera sarapan sambil berborak2 panjang. 

Tepat jam 10 pagi, deras air sungai semakin berkurang, kami bersiap untuk ke Air Terjun Sungai Apaan sekitar 20 minit dari AZ Camp menentang arus menuju ke hulu sungai. Semakin ke hulu sungai, semakin kelihatan deras aliran air sungai. 

Dari checkpoint Sg. Apaan, kami berjalan menyusuri sungai Apaan menuju ke lokasi air terjaun. Anak2 kelihatan begitu ceria sekali. Setelah treking sekitar 25 minit kami tiba ke Air Terjun tingkat pertama. Begitu mengasyikan. Walaupun sudah basah meredah sungai namun air jatuh lebih kelihatan menarik. 


Setelah berehat sebentar kami meneruskan pendakian untuk ke air terjun tingkat kedua. Sekitar air terjun di tingkat ke dua, ada lokasi yang agak dalam hingga tidak mampu menjejak kaki. Menyelam sebentar. Ada yang berani terjun dari 20 kaki tinggi ke dalam sungai. 


Kami terus mendaki untuk ke air terjun tingkat 3 dan 4 yang berhampiran. Dari air terjun tingkat 3 kelihatan juga tingkat 4. Ada yang mendaki dari lokasi air terjun tingkat 3 terus ke tingkat 4 menentang air jatuh. Hebat. Dalam keempat2 air terjun, air terjun tingkat 4 begitu gah sekali kelihatan. Jatuhan air dari ketinggian begitu mengasyikkan. Malahan angin begitu kuat disekitar tempat tersebut. Kami berada di situ agak lama. 


Setelah puas, kami turun kembali ke air terjun bawah sekali untuk berkumpul kembali. Berehat sebentar. Terus trekking kembali ke checkpoint untuk menaiki bot ke AZ Camp. Terasa kebulur. Lauk kampung telah sedia menanti di camp site. Huan kembali turun dengan lebatnya. Paras air kembali naik pelahan2. 


Nampaknya tiada tanda2 hujan akan berhenti. Sebelum paras semakin ke paras bahaya, elok kami meredah hujan dengan menaiki bot kembali ke Batang Duri. Pakai baju hutan plastik terus meredah derasnya air sungai. Pedih muka terkena lebatnya hujan. Alhamdulillah kami semua selamat sampai di Batang Duri. 


Memulakan perjalanan pulang ke Bandar Seri Begawan. Singgah sebentar di pekan Temburong mencari udang galah masak sambal pedas untuk dijadikan jamuan makan malam nanti. Anak2 sudah terlelap keletihan. 


SirNoordin


Move On Adalah Pilihan Kita

Salam hormat

Kata orang hidup ini sentiasa mempunyai pilihan. Kita yang empunya diri membuat pilihan atas kehendak kita. Secara umumnya pilihan kita ada - Nak ke Tak Nak? Kita perlu buat keputusan samada Nak ke Tak Nak. Jika kita mengambil keputusan untuk tidak membuat pilihan, sebenarnya kita telah mengambil keputusan Tak Nak. Pilihan yang ada seumpama Binary Code - O atau 1. Logik?


Sekadar gambar hias

Kita sering berharap agar dapat diberi pelbagai pilihan bagi memudahkan untuk membuat kepiutusan. Kadang2 plihan yang memberi kelebihan untuk memilih namun kadang2 ianya menjadi beban kerana segala pilihan yang ada merupakan yang terbaik. Ternyata memberi kemudahan juga kepayahan. Pada ketika itu kita harap hanya ada 2 plihan - yang aku suka dan yang aku tak suka. Senang untuk membuat plihankan? 


Seumpamanya kita pergi ke restoran yang menghidangkan pelbagai jenis juadah yang begitu mengiurkan. Sukar untuk membuat keputusan kerana semuanya enak dan dalam masa yang sama kita juga melihat poket kita dan juga berapa banyak yang kita makan dalam satu2 masa. Kita ke hulu hilir melihat pelbagai juadah dan dalam masa yang jenuh berfikir apa yang kita inginkan sebenarnya. Payah juga. Pada ketika ini kita berharap hanya ada sedikit pilihan yang mudah tanpa perlu berfikir panjang. Berharap agar restoran ini hanya menjual satu juadah yang terkenal sedapnya. Tidak perlu untuk ke hulu hilir. Hanya sekadar duduk dan tuan kedai terus menghantar satu2nya pilihan yang ada di situ. Mudahkan! Namun bila dipersimpangan seperti ini kita akan mengambil keputusan dan membuat pilihan yang dirasakan tepa. Dan berkata, "lain kali datang boleh cuba juadah lain pula". Move on! 


Itu kalau diberi pelbagai pilihan dalam satu2 masa. 


Tidak semua keputusan dalam hidup seperti itu. Barangkali kita masih bernasib baik untuk diberikan pelbagai pilihan, namun tidak satupun menjadi pilihan kita. Tidak satu pilihan yang ada mengikut kehendak kita. Kita diberi sepuluh pilihan yang berlain yang tidak satu pun menjadi pilihan hati. Bukan kehendak kita. Bagaimana?


Itu adalah realiti kehidupan! Kita katakan kita tiada pilihan namun dengan apa yang ada, kita perlu membuat keputusan. Samada kita memilih untuk Tak Nak pada semua pilihan yang ada. Atau buat keputusan pada pilihan yang bukan kehendak kita dan Move On! Itu sahaja yang perlu dilakukan. Move On! 


Andainya kita membuat keputusan Tak Nak, kita seumpama masih tersangkut ditakuk lama dan berharap agar suatu hari nanti kita akan dipilihan mengikut kehendak hati kita. Teruslah berharap agar pilihan mengikut kehendak kita akan hadir. Namun realiti kehidupan jika kita tidak Move On, kita tidak akan mendapat 'pilihan mengikut kehendak kita' kerana kita masih tersangkut pada takuk lama. 


Bayangkan pula seandainya kita diberi hanya satu pilihan dan bukan pula pilihan kehendak hati kita. Senang kata tiada pilihan. Take it or leave it. Lihat penduduk kebuluran di negara2 Afrika - apa sahaja makanan yang diberikan, mereka makan tanpa banyak soal kerana mereka faham realiti kehidupan mereka. Pilihan yang ada - makan saja sebab pilihan kedua kalau tidak makan kebulur dan mati!


Lihat sahaja dewasa ini akibat dari Covid19 - pilihan yang ada semakin mengecil dan sempit. Siapa sangka industri penerbangan akan jatuh ketahap yang begitu teruk sekali. Jangankan cabin crew, pilot juga diberhentikan. Siapa sangka perkara ini akan terjadi ketahap yang begitu menyedihkan sekali? Berkerja sebagai pilot dan cabin crew sentiasa menjadi idaman ramai orang namun sekarang ini perkerjaan itu bukan pilihan. Malahan ada pilot sudah membawa Grab untuk meneruskan langsungan hidup. Ada yang sudah move on, ada yang masih mempertahan ego. Itu hak masing2. 


Sama juga seandainya kita bercita2 untuk menjadi pilot dalam 5 tahun akan datang, rasanya buat masa ini pilot bukanlah perkerjaan yang menjamin peluang pekerjaan yang cerah. Ini sekadar contoh. Banyak lagi pekerjaan yang sudah tidak terjamin samada ianya mampu bertahan ataupun tidak. Tergantung kepada berapa cepat ekonomi kita akan pulih dari pandemik Covid19. 


Kita tak suka kerja ini atau itu - itu bukan pilihan lagi. Seandainya kita mendapat peluang untuk berkerja -ambil dan mula kerja. Jangan terlalu memilih hanya kerana kita ada Sarjana maka perlulah mencari kerja yang bersesuaian dengan tingkat ilmu kita. Iyelah dah belajar selama 3-7 tahun, tetiba dapat kerja biasa2 aje. Tak patutkan? Memang tak patutlah namun apa pilihan yang ada untuk meneruskan kelangsungan hidup. 


Baru2 seorang kawan sir melalui satu interview di sebuah syarikat swasta. Dia ni high flyer yang sebelum ini pun berpendapatan 30k ke atas. Diakhir interview, Human Resource mengatakan biasanya jawatan ini pakej adalah 40k ke atas namun dalam situasi sekarang ini, kami boleh offer 20k - take it or leave it! Pilihan yang ada hanyalah terus menganggur sementara mendapat offer yang lebih atau Move On - ambil dan mula berkerja. Sir faham andainya dia terima, untuk next jump agar sukar untuk kembali keparas 30k ke atas namun apa pilihan yang ada ketika ini. Entah2 next jump pun mungkin tidak wujud untuk tempoh 5 tahun ini. 


Mulakan langkah pertama - Move On dengan keputusan yang bukan kehendak kita dahulu. Bila kita sudah mula bergerak, pasti akan hadir pilihan yang memihak kepada kita. Pilihan itu mungkin bukan yang terbaik namun kita jadikan ia sebagai yang terbaik. Make it perfect! Jangan terus berharap untuk mendapat 'perfect life' tetapi terus berusaha untuk menjadi kehidupan kita 'perfect'. Jadikan ianya suatu yang perfect buat diri kita sendiri. Bahagiakan diri dengan pilihan yang ada. 


SirNoordin

https://www.youtube.com/channel/UCuxn6jEpk6726hNuXv6wJXQ/videos?view_as=subscriber

Monday, October 12, 2020

Hanyut Ketika Diving Doplhin88

Salam hormat 


11.10.2020 Dive#1 Doplhin88

Seperti biasa sir turun scuba diving hari Ahad yang lalu. Cuaca diramalkan berangin kuat dan laut berombak agak besar. Namun bagi kami ini adalah sebahagian dari cabaran menjadi scuba diver. Kali ini kami #CekLiDiveCrew bertolak dengan 3 buah bot. Bahtera Perak. Semasa berehat sebentar di Pelong Rock sambil menyiapkan peralatan scuba, kelihatan juga dive center lain seperti Oceanic Quest and Poni Dive berhampiran. Mungkin juga sedang menyiapkan peralatan scuba sebelum meredah kembali lautan yang agak bergelora ini.

#CekLiDiveCrew

Setelah 30 - 40 minit berehat, kami memulakan pelayaran ke dive site iaitu Doplhin88 Ship Wreck - sebuah kapal yang tenggelam beberapa tahun yang lalu. Ombak begitu tinggi. Seram juga terasa melihat ombak yang bergelora. Bot belayar agak pelahan. Sesekali terasa bagai akan terbalik namun jurumudi begitu berpengalaman. 

Bersama Tomtom

Sesampai di Dolphin88, sir menyangkut tali pada tali boya yang bersambung terus ke ship wreck. Bersiap2 utk terjun. Bot kecil berbuai2 ke kiri dan kanan dipukul ombak besar. Bagi diver, ombak masih boleh bertahan, risau jika current juga sekuat ombaknya. Tidak pula kelihatan bot2 dari dive center lain berdekatan. Barangkali mereka tidak ke sini akibat dari ombak kuat. 

Alhamdulillah surface current tidak sekuat biasa. Ini berita gembira bila current tidak kuat. Agak mudah untuk berenang menuju ke anchor line sebelum turun ke ship wreckSepanjang masa kami turun tidak kelihatan ship wreck tanda kabut begitu teruk sekali. Hanya setelah menjejak kaki di ship wreck baru kelihatan. Visibility sekadar 2-3 meter, cukup memadai bagi kam untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan di dasar lautan. Kelihatan banyak ikan warna kekuningan serta sotong berenang berhampiran. Kami turun sehingga ke 23 meter hampir ke dasar lautan. Agak gelap dan berkabut. 

Dive gear ready


Setelah 15 minit kami dive, terasa bagai ada suatu menghampiri. Tiba2 ship wreck tidak lagi kelihatan. Kabut semakin kuat. Kami terpisah dengan kumpulan utama. Kelihatan ada 3 diver berdekatan sir. Terus sir bagi arahan untuk bersama 'stay together' .Kami masih berusaha mencari ship wreck tersebut namun semuanya kelihatan putih berkabut. Bagai berjalan dipuncak gunung yang berkabus teruk. Hilang arah. Naik sedikit keparas 15 meter sambil melihat di bawah untuk mencari anchor line yang bersambung ke bot kami juga tidak kelihatan. Kami terpusing2 mencari namun tanpa sedar kami telah dibawah jauh dari tempat asal. 

Pelong Rock


Setelah cukup 'safety stop" selama 3 minit kami semua timbul secara serentak. Terus dipukul ombak tinggi. Cuma mencari arah bot di sebalik ombak yang bergelora. Sir berterusan memberi arahan untuk semua saling memegang tangan agar tidak terpisah jauh. Kelihatan bot berada sayup2 di hujung sana arah barat. Kami cuba melambai2 tangan namun tidak kelihatan. Kami berpegang tangan sambil cuba berenang mengundur ke arah bot. Nazim memberitahu, orang bot dah nampak kita. Lega sangat. Oleh kerana ombak agak tinggi, bot tidak boleh menghampiri kami hanya sekadar membaling boya kepada kami berpaut seketika. Barangkali juga takut kami dihantuk bot yang berbuai2 juga. Pelahan2 kami bergilir2 untuk menaiki bot. Tomtom dan James kelihatan begitu penat sekali. Nazim aka Mr. Grey kelihatan 'steady'. 

Alhamdulilah semua diver mengikut prosedur dengan baik. Arahan dipatuhi. Yang paling penting tidak ada seorang pun kelilhatan panik ketika menempuhi situasi tersebut. Kebetulan dalam semua, sir yang paling senior, jadi sir mengambil tugas untuk memastikan kami sentiasa bersama2 dan mengikut arahan2 yang sir berikan. 

Dive Log Sir


Terimakasih untuk semua. Terimakasih pada CekLi Dive Master yang memberi tunjukajar dalam menghadapi suasana tersebut. Dari CekLi, otai berbisa dalam bab2 scuba, banyak pengalaman yang dipelajari. Benarlah kata orang, lautan di Brunei ini, bukan calang2 diver boleh bertahan. Berkabut, berangin, berombak dan pasang surut serta current yang begitu kuat sekali. Namun ilmu dan pengalaman memberi kami kekuatan untuk menyelam di sini dengan izinNya jua. 


SirNoordin
Hanyut dilautan

#CekLiDiveCrew
#EFRcourse

Monday, October 5, 2020

Scuba di Brunei Bersama CekLi

Salam hormat


Yang menariknya kali berkenalan dengan Dive Master freelance bernama CheLi atau nama sebenar beliau Noor Azli bin Adnan. Beliau telah lama bermastautin di negara Brunei selama hampir 27 tahun. Otai berbisalah kira ini. Selain dari kerja profesional beliau sebagai pensyarah, beliau begitu "asyik" dengan sukan scuba ini. Segala sijil pengiktirafan dari PADI telah beliau perolehi. Penuh lah dinding rumah dengan sijil PADI ini.

#CekLiDiveCrew


Sir dan juga isteri terus mendaftar untuk kursus Advanced Open Water Diver (AOWD) sementara Hakim (anak sir) mendaftar untuk kursus Open Water Diver (OWD).. Sambil2 itu terus meracun rakan2 lain untuk turut serta. The more the merrier. Ha ha ha 

Dive dgn Oceanic Quest


Alhamdulillah sir dan isteri sudah dapat lesen AOWD dan Hakim sudah dapat lesen OWD. Sejak 3 bulan kebelakangan ini sir dah 'dive lebih dari 15 dive. Hampir setiap minggu turun diving. Enjoy betul walaupun laut China Selatan  begitu kuat ombak serta current nya. 

Kami dah AOWD


Hampir setiap hari minggu sir turun scuba di sekitar perairan Brunei. Tak sangka langsung, banyak scuba site yang boleh diselami samada coral mahupun kapal2 karam dari zaman Perang Dunia ke-2 (WW2)

Rakan sir, Nazim juga turut serta


Setakat nii sudah beberapa scuba site kami selami diantaranya adalah - 
  • Doplhin88 - Kapal karam sedalam 25 meter (my favoret)
  • American Wreck - Kapal karam perang dunia ke 2 (WW2) sedalam 30 meter 
  • Australian Ship Wreck - Kapal karam perang dunia ke-2 (WW2) sedalam 35 meter
  • Blue Water Wreck - Kapal karam perang dunia ke 2 (WW2) sedalam 35 meter 
  • Porter Patch - kawasan Coral sejauh 29 km di tengah2 laut China Selatan sedalam 15 meter
  • Telisai Patch - kawasan agak unik di tengah2 laut China Selatan sedalam 13 meter 
  • Pelong Rock - kawasan coral sedalam 12 - 16 meter
  • Abana Reef - kawasan coral sedalam 12 - 16 meter 
Kata CekLi, "Dah duk Brunei kalau tak scuba, rugi sebab 20 minit je dah sampai pinggir pantai... naik bot terus boleh scuba". 

Bot Bahtera Perak


Jadual mingguan baru - Sabtu hiking di bukit Sarang Helang dan hari Ahad pula turun ke dasar lautan. Agaknya dah "sangap" tidak boleh ke mana2 akibat dari pandemik Covid19 maka aktiviti berscuba pulak jadi mainan mingguan. 

Scuba buddies



Logik juga kata CekLi di Kuala Lumpur, jika ingin scuba terpaksa pergi ke pantai Timur seperti Tioman, Redang dll baru 'enjoy' scuba. Sekurang2 sebulan sebelum scuba dah kena booking scuba time, hotel & transport. Dan perjalanan sekurang2nya 12 jam ke pantai Timur. Dahulu hendak scuba, sir akan terbang ke Phuket sambil layan tomyam lobster.... tapi sekarang 20 minit sahaja sudah boleh scuba. Enjoy while you can... hihi

CekLi

Selain dari itu sir juga scuba dengan Oceanic Quest jika bot CekLi penuh. Ketagih jugak dah ini. Mungkin juga darah daging dari ayah sir Captain Khalid yang menjadikan laut sebagai kehidupannya. Rasa tenang melihat kebesaran ciptaan Allah di dasar lautan. Cubalah...

Video Scuba boleh dilayari di sini



Terima kasih CekLi. 


SirNoordin

AOWD
#CheLiDiveCrew


Tuesday, September 22, 2020

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

Salam hormat


Pada hari Ahad lepas, sedang sir berehat sambil menunggu hidangan mee tiaw sup di Hwa Ho Manggis BSB, sempat pula membelek-belek FB sir. Terbaca newsfeed dari Raja Shamri begitu menyentuh hati sehingga hilang selera untuk menjamah juadah terhidang didepan mata. 



Mohon sir kongsikan di blog sir ini.

Dari FB: Raja Shamri, 

Kisah adik Haikal Marzuki berumur 12 tahun sudah tidak bersekolah. Berkerja sebagai buruh binaan gaul simen ikat bata dan sebagainya. Dengan pendapatan sekitar RM150 ke RM200 sebulan Haikal menjadi sumber pendapatan utama untuk beliau menyara hidupnya, adik-adik dan neneknya. 

Bila ditanya berapa bag sehari gaul simen, Haikal berkata buat masa ini dia dah boleh menggaul simen 6 bag dalam masa sehari.

"Berapa upah Haikal dapat?
"RM40 sehari", jawab Haikal
"Buat apa dengan upah yang dapat?
"Bagi kat nenek" jawab Haikal
"Cuma ambil sikit2 untuk belanja sendiri" sambung Haikal lagi.

Kami dapati bila kami berinteraksi dengan Haikal seolah2 kami berikteraksi dengan seorang tukang rumah yang berpengalaman dan seorang dewasa yang cukup matang. 



Semasa terbaca kisah ini, terus hilang selera makan. Sangat menyentuh hati bagi seorang anak berumur 12 tahun sudah mula mencari rezeki membantu nenek dan adik-adiknya. Kebetulan pula anak sir juga bernama Haikal berumur 12 tahun sedang belajar untuk menduduki peperiksaan darjah 6. 

Jika dibanding dengan anak2 remaja sekarang yang berumur 16-20 tahun masih bersifat keanakan. Fikiran pun amat tidak matang. Hanya pandai bermain 'games' dan minta duit beli 'top-up'. Mengemas rumah pun barangkali tidak mengerti. Sedangkan adik bernama Haikal berumur 12 tahun sudah mula menjalankan tanggungjawap menjaga keluarga. 

Cuba bayangkan jika anak2 kita terpaksa mengambil tanggungjawap ini seawal usia? Sedangkan anak2 yang sudah berusia 20an pun ada yang masih tinggal dengan keluarga yang mana kita juga risau andainya mereka sendirian diluar sana. Sir juga melalui perasan yang sama di masa Covid19 sekarang ini di mana anak yang sulung di Malaysia sendirian. Anak yang kedua sempat terbang ke Brunei sebelum kedua-dua negara 'lockdown'. Namun apa yang dilalui tidaklah seberat adik Haikal Marzuki ini.... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.




Marilah kita sama2 membantu adik Haikal melalui team Raja Shamri The 3rd Force di
 
Raja Shamri Foundation, Bank Islam 03090010066340 
dan WA slip sumbangan  ke +60173872232.


Terimakasih

SirNoordin


Tuesday, June 23, 2020

Ajar Diri Setiap Hari Satu Ilmu

Salam hormat 


Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam" - Riwayat Bukhari dan Muslim

Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Persoalannya adalah kita mengikut apa yang pernah disabdakan oleh Rasul saw suatu ketika dahulu?

Hari2 sir membebel dengan kata2 yang hampir sama. Bebel dengan sikap orang yang tak pernah ingin mengubah keadaan diri. Pernah juga rasa kecewa, namun kecewa adalah mainan syaitan. Terus bertabah untuk menyampaikan satu nasihat yang boleh juga diungkap sebagai membebel. 

Setiap hari kita harus menambah baik diri. Paling tidak, tambah satu ilmu baru buat diri sendiri agar menjadi suatu yang memberi manafaat di masa akan datang. Jika setiap hari kita hanya melakukan perkara yang sama tanpa penambahbaikan... jika disepadankan dengan hadis di atas - kita adalah golongan yang terpedaya. 

Tambahan pula anak2 zaman sekarang, 24 jam sehari hanya bermain 'games'. Handphone tak lekang dari tangan. Sepatutnya handphone jadi alat tapi sebaliknya kita yang menjadi alatan. Dalam bahasa lain, hamba handphone. 

Oh iye, level dalam games tidak dikira menambah ilmu, sebaliknya menambah level 'lara' - lalai dalam kehidupan.


Standstill mean declined! 


Jika kita tidak berubah, masih ditakuk lama ertinya dunia semakin berubah. Tanpa sedar kita semakin ketinggalan. Setiap hari ada ilmu baru yang dihasilkan oleh manusia lain. Setiap hari corak pemikiran semakin berubah dan berbeza. Setiap hari ada sahaja istilah baru yang digunakan dalam membayangkan kaedah2 baru yang digunakan. 

Jika ini pula disepadankan dengan hadis di atas, ini adalah golongan orang2 yang gagal. 


Berubahlah... berubah kearah yang lebih positif. Kearah yang meningkat daya saing diri dalam kehidupan. Kita bukan bersaing dengan orang lain tetapi kita sentiasa bersaing dengan diri sendiri. 

Setiap pagi selepas solat Subuh, fikirkan apa yang baru yang ingin aku lakukan hari ini. Apa yang boleh dilakukan dalam membentuk disiplin diri kearah yang lebih baik.

Letakkan objektif dan target dalam kehidupan harian kita. Setiap hari ada target baru! Ada ketikanya objektif yang sama tetapi target berbeza. Target yang lebih baik dari sebelumnya. 

Sekurang2nya tambah satu ilmu - baik ilmu kehidupan mahupun ilmu akhirat. Ilmu dunia mencorak kehidupan yang lebih baik sementara ilmu akhirat menguatkan amalan menghadapi kehidupan abadi. 

Teringat kata2 seorang ulamak (maaf tak ingat namanya). Kata beliau, "setiap hari dalam kehidupan sekurang2nya membaca sehelai Al-Quran dan sepotong hadis". Jadikan amalan yang berterusan. Biar amalan sikit tapi berterusan. Konsistan. 

Letak target setiap hari satu ilmu sebagai ilmu niaga, ilmu hutan dan macam2 lagi. Percayalah ianya tetap manafaat di saat kita perlu. Jadikan diri sentiasa 'update' dengan perkara2 yang berlaku di sekitar kita. Kerana setiap perkara berlaku pasti memberi kesan langsung mahupun tidak. 

Teringat lagi sir pada kisah pada hari selepas kejadian 911. Pagi tersebut sir sedang breakfast di restoran Salam Sentosa. Ramai operator kilang Perodua juga sedang makan. Barangkali juga baru pulang dari shift malam. Di kaca TV berterusan menunjukkan kejadian 911 tapi malangnya tidak ramai yang peduli. Mereka nanya berbual2 tentang sepakbola. Barangkali perkara 911 itu tidak penting bagi mereka tetapi bagi sir ianya satu kejadian yang akan mengubah corak dunia hari ini. Itu adalah sebahagian dari kisah dimana keperluan untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. 

911 - Photo- Google Image Search

Setiap malam sebelum tidur, muhasabah diri, nilaikan apa yang kita lakukan hari ini. Apa penambahbaik yang berjaya dilakukan. Syukur sekiranya apa yang dilakukan mengikut apa yang dirancang. Jika gagal, fikirkan apa sebabnya dan apa yang boleh dilakukan oleh memperbaikinya.Cuba lagi keesokan harinya dengan kaedah yang baru. 

Setiap pagi memikirkan objektif dan target baru sementara setiap malam memikir pencapaian kita hari ini. Jadikan rutin seharian. Tidak lamapun sekadar 5-10 minit sehari yang memberi kesan yang besar dalam kehidupan. Jika dilakukan dengan penuh dedikasi,  kita sudah membentuk disiplin diri yang tegas. 

Sentiasa bersedia untuk berdepan dengan dunia moden tanpa batasan dengan ilmu2 baru yang bermanafaat. Terus kukuhkan keimanan diri untuk menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran baru yang serba mencabar. Cabaran yang barangkali tidak pernah wujud sebelum ini. Kerana itu amat perlu untuk sentiasa meningkatkan kadar keupayaan diri pada setiap hari. 


Pilihan ditangan anda samada ingin menjadi golongan yang berjaya atau terpedaya atau golongan yang gagal. Tepuk dada tanya selera!



SirNoordin
Penat dah membebel

Tuesday, June 16, 2020

Berniagalah Walaupun Kaya

C&P

Sir suka kisah ini. Maka sir semadikan di blog ini. Terimakasih kepada pemberi cerita.

Hassan Al-Banna

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki.Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..

Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;


  1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
  2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.


Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

"Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?"

Jawab si adik, "Saya ikut pesan ayah"

.Si ibu, "Apa ayah mu pesan ?"  

Jawab si adik, "Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."

Sambungnya lagi, "Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah."

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya, 

"Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju apa yang kamu lakukan?" 

Jawab si abang, "Saya ikut pesan ayah"
.
Si ibu, "Apa ayah mu pesan ?"

Jawab si abang,  "Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai"

Sambungnya lagi, "Kedua, ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari"


Betul kata IMAM HASSAN AL BANNA, pengasas Ikwan Muslimin, 

" Berniagalah walaupun anda sudah kaya"

Walaupun sir tidak pasti akan kebenaran cerita ini namun sekilas cerita menarik yang boleh dijadikan panduan.



SirNoordin

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2026

Dapatkan buku tulisan NOORDIN KHALID DI PBAKL PWTC DI BOOTH UTAMA- STESEN BUKU TINGKAT 4 DEWAN MERDEKA. juga boleh dapatkan di G...