Monday, October 12, 2020

Hanyut Ketika Diving Doplhin88

Salam hormat 


11.10.2020 Dive#1 Doplhin88

Seperti biasa sir turun scuba diving hari Ahad yang lalu. Cuaca diramalkan berangin kuat dan laut berombak agak besar. Namun bagi kami ini adalah sebahagian dari cabaran menjadi scuba diver. Kali ini kami #CekLiDiveCrew bertolak dengan 3 buah bot. Bahtera Perak. Semasa berehat sebentar di Pelong Rock sambil menyiapkan peralatan scuba, kelihatan juga dive center lain seperti Oceanic Quest and Poni Dive berhampiran. Mungkin juga sedang menyiapkan peralatan scuba sebelum meredah kembali lautan yang agak bergelora ini.

#CekLiDiveCrew

Setelah 30 - 40 minit berehat, kami memulakan pelayaran ke dive site iaitu Doplhin88 Ship Wreck - sebuah kapal yang tenggelam beberapa tahun yang lalu. Ombak begitu tinggi. Seram juga terasa melihat ombak yang bergelora. Bot belayar agak pelahan. Sesekali terasa bagai akan terbalik namun jurumudi begitu berpengalaman. 

Bersama Tomtom

Sesampai di Dolphin88, sir menyangkut tali pada tali boya yang bersambung terus ke ship wreck. Bersiap2 utk terjun. Bot kecil berbuai2 ke kiri dan kanan dipukul ombak besar. Bagi diver, ombak masih boleh bertahan, risau jika current juga sekuat ombaknya. Tidak pula kelihatan bot2 dari dive center lain berdekatan. Barangkali mereka tidak ke sini akibat dari ombak kuat. 

Alhamdulillah surface current tidak sekuat biasa. Ini berita gembira bila current tidak kuat. Agak mudah untuk berenang menuju ke anchor line sebelum turun ke ship wreckSepanjang masa kami turun tidak kelihatan ship wreck tanda kabut begitu teruk sekali. Hanya setelah menjejak kaki di ship wreck baru kelihatan. Visibility sekadar 2-3 meter, cukup memadai bagi kam untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan di dasar lautan. Kelihatan banyak ikan warna kekuningan serta sotong berenang berhampiran. Kami turun sehingga ke 23 meter hampir ke dasar lautan. Agak gelap dan berkabut. 

Dive gear ready


Setelah 15 minit kami dive, terasa bagai ada suatu menghampiri. Tiba2 ship wreck tidak lagi kelihatan. Kabut semakin kuat. Kami terpisah dengan kumpulan utama. Kelihatan ada 3 diver berdekatan sir. Terus sir bagi arahan untuk bersama 'stay together' .Kami masih berusaha mencari ship wreck tersebut namun semuanya kelihatan putih berkabut. Bagai berjalan dipuncak gunung yang berkabus teruk. Hilang arah. Naik sedikit keparas 15 meter sambil melihat di bawah untuk mencari anchor line yang bersambung ke bot kami juga tidak kelihatan. Kami terpusing2 mencari namun tanpa sedar kami telah dibawah jauh dari tempat asal. 

Pelong Rock


Setelah cukup 'safety stop" selama 3 minit kami semua timbul secara serentak. Terus dipukul ombak tinggi. Cuma mencari arah bot di sebalik ombak yang bergelora. Sir berterusan memberi arahan untuk semua saling memegang tangan agar tidak terpisah jauh. Kelihatan bot berada sayup2 di hujung sana arah barat. Kami cuba melambai2 tangan namun tidak kelihatan. Kami berpegang tangan sambil cuba berenang mengundur ke arah bot. Nazim memberitahu, orang bot dah nampak kita. Lega sangat. Oleh kerana ombak agak tinggi, bot tidak boleh menghampiri kami hanya sekadar membaling boya kepada kami berpaut seketika. Barangkali juga takut kami dihantuk bot yang berbuai2 juga. Pelahan2 kami bergilir2 untuk menaiki bot. Tomtom dan James kelihatan begitu penat sekali. Nazim aka Mr. Grey kelihatan 'steady'. 

Alhamdulilah semua diver mengikut prosedur dengan baik. Arahan dipatuhi. Yang paling penting tidak ada seorang pun kelilhatan panik ketika menempuhi situasi tersebut. Kebetulan dalam semua, sir yang paling senior, jadi sir mengambil tugas untuk memastikan kami sentiasa bersama2 dan mengikut arahan2 yang sir berikan. 

Dive Log Sir


Terimakasih untuk semua. Terimakasih pada CekLi Dive Master yang memberi tunjukajar dalam menghadapi suasana tersebut. Dari CekLi, otai berbisa dalam bab2 scuba, banyak pengalaman yang dipelajari. Benarlah kata orang, lautan di Brunei ini, bukan calang2 diver boleh bertahan. Berkabut, berangin, berombak dan pasang surut serta current yang begitu kuat sekali. Namun ilmu dan pengalaman memberi kami kekuatan untuk menyelam di sini dengan izinNya jua. 


SirNoordin
Hanyut dilautan

#CekLiDiveCrew
#EFRcourse

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...