Salam hormat
Yang menariknya kali berkenalan dengan Dive Master freelance bernama CheLi atau nama sebenar beliau Noor Azli bin Adnan. Beliau telah lama bermastautin di negara Brunei selama hampir 27 tahun. Otai berbisalah kira ini. Selain dari kerja profesional beliau sebagai pensyarah, beliau begitu "asyik" dengan sukan scuba ini. Segala sijil pengiktirafan dari PADI telah beliau perolehi. Penuh lah dinding rumah dengan sijil PADI ini.
![]() |
#CekLiDiveCrew |
Sir dan juga isteri terus mendaftar untuk kursus Advanced Open Water Diver (AOWD) sementara Hakim (anak sir) mendaftar untuk kursus Open Water Diver (OWD).. Sambil2 itu terus meracun rakan2 lain untuk turut serta. The more the merrier. Ha ha ha
Alhamdulillah sir dan isteri sudah dapat lesen AOWD dan Hakim sudah dapat lesen OWD. Sejak 3 bulan kebelakangan ini sir dah 'dive lebih dari 15 dive. Hampir setiap minggu turun diving. Enjoy betul walaupun laut China Selatan begitu kuat ombak serta current nya.
![]() |
Kami dah AOWD |
Hampir setiap hari minggu sir turun scuba di sekitar perairan Brunei. Tak sangka langsung, banyak scuba site yang boleh diselami samada coral mahupun kapal2 karam dari zaman Perang Dunia ke-2 (WW2)
![]() |
Rakan sir, Nazim juga turut serta |
Setakat nii sudah beberapa scuba site kami selami diantaranya adalah -
- Doplhin88 - Kapal karam sedalam 25 meter (my favoret)
- American Wreck - Kapal karam perang dunia ke 2 (WW2) sedalam 30 meter
- Australian Ship Wreck - Kapal karam perang dunia ke-2 (WW2) sedalam 35 meter
- Blue Water Wreck - Kapal karam perang dunia ke 2 (WW2) sedalam 35 meter
- Porter Patch - kawasan Coral sejauh 29 km di tengah2 laut China Selatan sedalam 15 meter
- Telisai Patch - kawasan agak unik di tengah2 laut China Selatan sedalam 13 meter
- Pelong Rock - kawasan coral sedalam 12 - 16 meter
- Abana Reef - kawasan coral sedalam 12 - 16 meter
![]() |
Bot Bahtera Perak |
Jadual mingguan baru - Sabtu hiking di bukit Sarang Helang dan hari Ahad pula turun ke dasar lautan. Agaknya dah "sangap" tidak boleh ke mana2 akibat dari pandemik Covid19 maka aktiviti berscuba pulak jadi mainan mingguan.
![]() |
Scuba buddies |
Logik juga kata CekLi di Kuala Lumpur, jika ingin scuba terpaksa pergi ke pantai Timur seperti Tioman, Redang dll baru 'enjoy' scuba. Sekurang2 sebulan sebelum scuba dah kena booking scuba time, hotel & transport. Dan perjalanan sekurang2nya 12 jam ke pantai Timur. Dahulu hendak scuba, sir akan terbang ke Phuket sambil layan tomyam lobster.... tapi sekarang 20 minit sahaja sudah boleh scuba. Enjoy while you can... hihi
![]() |
CekLi |
Selain dari itu sir juga scuba dengan Oceanic Quest jika bot CekLi penuh. Ketagih jugak dah ini. Mungkin juga darah daging dari ayah sir Captain Khalid yang menjadikan laut sebagai kehidupannya. Rasa tenang melihat kebesaran ciptaan Allah di dasar lautan. Cubalah...
Video Scuba boleh dilayari di sini
Terima kasih CekLi.
SirNoordin
AOWD
#CheLiDiveCrew
#CheLiDiveCrew
No comments:
Post a Comment