Tuesday, November 3, 2020

Air Terjun Sg Apaan Ulu Temburong

 Salam hormat


MInggu lepas kami #KoyokAdventureTeam berkeluarga merancang untuk Ulu Temburong sempena cuti persekolahan di Brunei. Seperti biasa pilihan kami adalah AZ Back 2 Nature yang dikelolakan oleh rakan kami, Hady Sham menjadi pilihan. 

Ahad 13.09.2020 kami berkumpul di Batang Duri, Ulu Temburong untuk ke AZ Camp dengan menaiki bot sekitar 30 minit menentang arus sungai. Dua minggu kebelakangan ini hujan turun berterusan dimalam hari termasuk malam tadi. Paras air sungai agak tinggi dari biasa. Arus deras juga kelihatan derasnya aliran air dari hulu sungai. Risau juga dengan anak2 kecil bersama sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi namun pasti langkah2 keselamatan juga telah diambil. 

Setelah menentang arus sungai yang deras, akhirnya kami tiba di AZ Back 2 Nature Camp. Ternyata paras air tinggi dari biasa. Pinggiran sungai juga tidak kelihatan. Kami terus menaiki tangga ke atas. Anak2 dilarang untuk bermain dipinggiran sungai. Kami disambut oleh keluarga Hady Sham dan keluarga Faiz yang tiba awal sehari. Terus menjamu selera sarapan sambil berborak2 panjang. 

Tepat jam 10 pagi, deras air sungai semakin berkurang, kami bersiap untuk ke Air Terjun Sungai Apaan sekitar 20 minit dari AZ Camp menentang arus menuju ke hulu sungai. Semakin ke hulu sungai, semakin kelihatan deras aliran air sungai. 

Dari checkpoint Sg. Apaan, kami berjalan menyusuri sungai Apaan menuju ke lokasi air terjaun. Anak2 kelihatan begitu ceria sekali. Setelah treking sekitar 25 minit kami tiba ke Air Terjun tingkat pertama. Begitu mengasyikan. Walaupun sudah basah meredah sungai namun air jatuh lebih kelihatan menarik. 


Setelah berehat sebentar kami meneruskan pendakian untuk ke air terjun tingkat kedua. Sekitar air terjun di tingkat ke dua, ada lokasi yang agak dalam hingga tidak mampu menjejak kaki. Menyelam sebentar. Ada yang berani terjun dari 20 kaki tinggi ke dalam sungai. 


Kami terus mendaki untuk ke air terjun tingkat 3 dan 4 yang berhampiran. Dari air terjun tingkat 3 kelihatan juga tingkat 4. Ada yang mendaki dari lokasi air terjun tingkat 3 terus ke tingkat 4 menentang air jatuh. Hebat. Dalam keempat2 air terjun, air terjun tingkat 4 begitu gah sekali kelihatan. Jatuhan air dari ketinggian begitu mengasyikkan. Malahan angin begitu kuat disekitar tempat tersebut. Kami berada di situ agak lama. 


Setelah puas, kami turun kembali ke air terjun bawah sekali untuk berkumpul kembali. Berehat sebentar. Terus trekking kembali ke checkpoint untuk menaiki bot ke AZ Camp. Terasa kebulur. Lauk kampung telah sedia menanti di camp site. Huan kembali turun dengan lebatnya. Paras air kembali naik pelahan2. 


Nampaknya tiada tanda2 hujan akan berhenti. Sebelum paras semakin ke paras bahaya, elok kami meredah hujan dengan menaiki bot kembali ke Batang Duri. Pakai baju hutan plastik terus meredah derasnya air sungai. Pedih muka terkena lebatnya hujan. Alhamdulillah kami semua selamat sampai di Batang Duri. 


Memulakan perjalanan pulang ke Bandar Seri Begawan. Singgah sebentar di pekan Temburong mencari udang galah masak sambal pedas untuk dijadikan jamuan makan malam nanti. Anak2 sudah terlelap keletihan. 


SirNoordin


No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...