Friday, September 7, 2018

Cuti-Cuti Malaysia - Sabah

Salam hormat 


Tanggal 4 Dec 2016 setelah Hafiz & Haziq selesai peperiksaan SPM dan bermulanya alam ria cuti sekolah... keluarga mula mengikut sir berhijrah ke Brunei. Seterusnya kami merancang untuk Cuti-Cuti Sabah.
Gunung Kinabalu

Hari Pertama (Brunei - Labuan - Kota Kinabalu - Kundasang)

Perjalanan kami bermula pada tanggal 7 Dec 2016 dari Bandar Seri Begawan menuju Labuan menaiki bot... jarak perjalanan sekitar 1 jam 30 min. Kami menaiki bot jam 9 pagi. Laut agak berombak. Oleh kerana ini kali pertama mereka ke Labuan, perjalanan menjadi menarik... manalah tau ada Dolphin...hihi
Jeti Labuan
Labuan secara rasminya di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan. Labuan berasal dari perkataan Labuhan atau Perlabuhan juga dikenali sebagai permata Borneo. 

Sampai di Labuan terasa amat lapar, barangkali sentuhan ombak berbuai-buai menjadikan kami kebulur. Terus je masuk kedai di depan pelabuhan... teringat kata-kata Haziq, "abah, kedai ni sure tak sedap...". Aku tanya, "kenapa?" Haziq balas kembali, "kucing pun tak masuk kedai...". Hmm aku gelak je tak pasti di mana logiknya. Err ternyata kata-kata Haziq ada kebenarannya... ha ha ha sabar je lah. 

Selepas makan kami terus ke Lapangan Terbang Labuan untuk terbang ke Kota Kinabalu jam 3 petang. Penerbangan hanya memakan masa 25 min. Sempatlah minum Milo kotak yang dihidangkan oleh pramugari MAS. 

Sampai di Kota Kinabalu, kami ditunggu oleh bro Herman yang akan menjadi "tourist guide" kami. Dari airport kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Tak sabar nak tengok Gunung Kinabalu. Perjalanan memakan masa sekitar 2 jam lebih (kalau tak silap)... terus menuju ke Apartment J-Residance;  Villa Suite- 3 bedrooms. Suasana tenang, sehijauan sejauh mata memandang   serta kedinginan menusuk tulang. Subhanallah. Kami di sini selama 2 malam dengan belanja MYR1040). Sangat berpuashati. 

Lepas check-in, kami melalui jalan berbukit berliku ke Ranau untuk makan malam. Terasa amat dingin sambil menikmati kelazatan makanan. Untuk hari-hari berikutnya kami hanya makan di restoran ini. Nyaman bah!

Hari Kedua

Seawal 5.30 pagi kami kembali pekan Ranau untuk melihat kemegahan Gunung Kinabalu... ternyata slot masa untuk mengambil masa amat terhad. Kerana selepas tempoh tersebut, Gunung Kinabalu akan diliputi oleh kabus. 
Insyallah akan sir daki juga nanti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Gunung Kinabalu yang terletak di SabahMalaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Hal ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak JayaPuncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak di benua Oseania.

Insyallah jika diizinkan dan direzekikan oleh Allah swt, pastinya sir akan sampai ke puncaknya. Amin. 
Hadif nak tangkap ikan - Sungai Moroli

Selepas bersarapan, kami menuju ke Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau - menakjubkan ikan-ikan amat jinak di pinggir sungai. Haikal dan Hadif terus tukar baju mandi dan bermain dengan ikan di pingiran sungai sehinggakan diajak balik pun tak mau. Oh iye tak silap bayaran masuk rm3/seorang. 


Selepas itu kami menuju ke Poring Hot Springs... bayaran masuk MYR15/seorang... yang ni lagi best! Air panas berbau sulfer ..hmm baik untuk otot & aliran darah... bapak panas hihi... boleh masuk kaki sahaja atau seluruh badan ... kalau tahan la. 

Sir pulak lebih enjoy mandi kolam air sejuk yang dipanggil "Rock Pool" ..perghh macam mandi dalam ais... kejap je rasa otot tegang. Difahamkan air dari sungai dari bukit terus dialirkan ke kolam ini.. mula-mula terasa amat sejuk tetapi selepas tu rasa biasa dan boleh berenang lagi ..best tak ingat!! Kalau ada rezeki memang nak ulang lagi kat sini. Insyallah 

Hari Ketiga 

Hari terakhir di Kundasang... bangun awal pagi untuk melihat keindahan Gunung Kinabalu. Pagi ini kami pergi ke Desa Cattle Dairy Farm - amat terkenal macam kat New Zealand berlatar belakang gunung Kinabalu. Pemandangan sungguh indah serta suasana dingin amat menenangkan. 
Macam New Zealand kan?
Difahamkan hampir 900,000 liter susu dikeluarkan dalam tempoh setahun.  Kita boleh melihat bagaimana pemprosessan susu dibuat di sini. Tapi Hadif lebih teruja untuk melihat lembu-lembu itu... (hmm budak bandar kot!)

Selepas itu check-out terus menuju ke Kota Kinabalu. Check-in di Marina Court. 


Lok Kawi Wildlife Park

Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu. sempat pula kami singgah di Lok Kawi Wildlife Park Penambang. Boleh tahan juga... macam biasa Haikal & Hadif paling gembira kerana baru kali pertama melihat binatang-binatang tersebut terutamanya gajah.


Hari Keempat - Island Hopping

Hari ini Island Hopping - Pulau Gaya, Pulau Manukan dan Pulau Sapi.
Island Hopping
Terserempak dengan sahabat lama, Azri atau lebih dikenali dengan Tan Sri bersama keluarga. Kami sepakat sewa sebuat bot. Wajah anak-anak kelilhatan amat riang sekali. Tak sabar nak snorkelling dan mandi-manda. 


Bersama Azri sekeluarga
Malam tu layan seafood kat jetty ... murah dan enak! 


Layan seafood

Hari Kelima

Time to go home! Flight pagi dari Kota Kinabalu ke Labuan... dan meneruskan perjalanan ke Brunei dengan menaiki bot. Pengalaman menarik di bumi Sabah bersama kesemua ahli keluarga sesuatu yang tidak dapat dilupakan. 
Let have fun!


Bro Herman
Terimakasih untuk bro Herman... banyak membantu disepanjang percutian. Insyallah berjumpa lagi.


Noordin
KK, Dec 2016

Tuesday, September 4, 2018

Ringkasan Dari Buku "The Richest Man in Babylon"

Beberapa tahun yang lalu sir ada membaca sebuah buku yang bertajuk "The Richest Man in Babylon" karangan George Samuel Clason. 



Buku ini mengisahkan kekayaan orang Babylon dan teknik-teknik yang boleh digunakan seandainya kita ada kemahuan tersebut. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan!

Ringkasannya...

Secara umumnya semua orang ini menjadi kaya (i) tidak tahu bagaimana hendak mencapainya (ii) tahu tetapi tidak mampu mencapainya (iii) mampu mencapainya tetapi tidak kosisten.

Prinsip Babylon... 
biarkan wang berkerja untuk kita bukan sebaliknya! Tetapi untuk mencapainya kita perlu berkerja untuk wang, menguruskan wang dengan baik dan jadikan wang berkerja untuk kita.

Pendapatan kita samada $1,000 atau $2,000 atau $10,000; pada kebiasaannya perbelanjaan kita sentiasa melebihi pendapatan. Dalam erti kata lain, kita sering menghadapi situasi tidak mencukupi dan kadang-kala terpaksa berhutang. Biarpun berapa banyak pendapatan kita, pada umumnya sering tidak mencukupi kecuali kita mampu menguruskan kewengan dengan baik. 


Prinsip Pertama Babylon: Simpanan 10% dari Pelbagai Sumber Pendapatan

Perkara pertama adalah 10% dari sumber pendapatan (apa jua sumber) hendaklah di simpan. Ianya disimpan dan tidak boleh dikeluarkan - kita namakannya "simpanan kekal". Bagaimana hendak menggunakannya - lihat asas Babylon seterusnya. 

Asas ini nampak mudah tetapi cukup sukar untuk memenuhi disiplin diri - menyimpan 10% dan tidak boleh mengambilnya kembali dalam apa jua keadaan sekalipun. Mengikut rule Babylon sekurang-kurangnya tidak boleh mengambil simpanan kekal tersebut untuk tempoh selama setahun. 

Persoalan di sini - bagaimana hendak memulakannya walhal pada saat ini perbelanjaan telah melebihi pendapatan? 

Katalah pendapatan kita $1,000 dan perbelanjaan $1,200 - kekurangan $200; 
Untuk memenuhi rule pertama Babylon 10% = $100 untuk simpanan kekal. Dan sekarang kita perlu "survive" dengan $900 untuk perbelanjaan $1,200. 

Bagaimana? 

Sir mencuba sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun ...bermakna telah gagal dua kali.. kali terakhir baru berjaya membina simpanan kekal. Kunci asas "disipilin diri"... sangat sukar! 

Sir pernah berkongsi teknik ini pada seorang rakan mekanik yang berpendapatan jauh lebih rendah serta belanja hidup dalam kategori mendesak. Namun beliau berjaya melakukan pada percubaan pertama - mengikat perut selama beberapa tahun. Kini beliau telah berjaya mempunyai bengkel sendiri dan mengajikan lebih dari 5 orang pekerja. Walaupun sukar pada mulanya, namun beliau telah membuktikan ianya boleh dicapai.


Prinsip Ke-Dua Babylon: Simpanan Kekal selama Satu Tahun

Simpanan kekal harus berterusan selama tempoh setahun tanpa boleh mengeluarkannya. Seandainya anda "break the rule", haruslah bermula semula atau lupakan sahaja prinsip Babylon ini. 

Kenapa simpanan kekal harus setahun? 

Untuk mendisiplinkan diri menyimpan dan menjadikan modal untuk menjana lebih pendapatan (untuk memenuhi rule seterusnya). Dalam tempoh setahun ini anda belajar menguruskan kewangan mendesak kepada pengurusan yang lebih teratur dan berdisipilin. 

Prinsip kedua ini juga tidak mudah dipenuhi kerana ada ketikanya keutamaan keperluan anda mungkin berubah. Namun mengikut prinsip ini jika anda gagal, haruslah bermula semula.

** Sebagai orang Islam, anda perlu mengeluarkan zakat simpanan sebanyak 2.5% setelah genap haul. 


Prinsip Ke-Tiga Babylon: Simpanan Kekal sebagai Modal 

Prinsip kedua membantu anda membina modal dan pengurusan kewangan kepada yang lebih baik.

Maka prinsip ketiga pula menggalakkan Simpanan Kekal dijadikan Modal untuk menjana pendapatan yang berterusan. Mengikut buku tersebut  hanya dibolehkan dilaburkan kepada sesuatu perniagaan yang diyakini berjaya - maksud di sini melabur pada perniagaan mengikut kebolehan anda atau melaburkan kepada yang ahlinya (expert) atau perniagaan yang boleh dipercayai contoh: pelaburan kerajaan seperti ASB dan sebagainya.  

"Don't put all eggs in same basket"
Paling mudah dan rendah risiko -  laburkan "simpanan kekal" ke Amanah Saham Bumiputra (ASB) yang menjana 8% pendapatan setahun. Selebihnya pula boleh dilaburkan pada perniagaan yang berisiko sederhana. 

"High Risk High Income" - jika anda yakin boleh menguruskan - silakan! 


Prinsip Ke-Empat Babylon: Besarkan Simpanan Kekal

Pada setiap keuntungan atau pendapatan dari Simpanan Kekal ini,  hendaklah kembali kepada Prinsip Asas Pertama di mana 10% hendaklah dikembalikan menjadi simpanan kekal.  

Semakin besar Simpanan Kekal, semakin kukuh modal anda, semakin hampir wang berkerja untuk anda.

Selebihnya 90% boleh anda gunakan untuk diri anda! Ini masanya untuk anda hadiahkan diri anda dengan keinginan yang selama ini terpendam.


Prinsip seterusnya - Sir cadangkan anda bacalah buku tersebut kerana banyak lagi cerita-cerita menarik selain dari teknik kekayaan.

Sir dah berkongsi teknik ini pada ramai orang tetapi setakat hari ini yang berjaya melaksanakannya hanya dua orang. Sukar untuk melaksanakannya tetapi tidak mustahil. Semoga berjaya!


Boleh baca di sini juga


SirNoordin
Brunei


Discovery Scuba untuk Hafiz, Haziq & Hakim


Salam hormat

Alhamdulillah cuti serentak merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga. Cuti raya, cuti persekolahan Brunei and cuti universiti serentak membolehkan kami semua berkumpul dan merancang percutian bersama-sama. 

Cucu Captain Khalid

Kali ini anak-anak hendak mencuba "Discovery Scuba" di Phuket. Syukur walaupun disaat-saat akhir kami masih dapat harga yang baik untuk chalet dan tiket Air Asia. Mungkin juga masa ini adalah "low peak session". 

Wajah-wajah ceria dan pucat
Kami tinggal di Porter House Beach Hotel selama 4 hari dengan kos MYR442 (2 bilik/ 4 hari) via www.booking.com

Low peak session.. hmm ...boleh dikatakan setiap hari hujan dan laut berombak kuat. Rasa menyesal pula buat scuba dengan anak2 tapi mengikut SuperDive masih selamat. Yakin boleh je la!
First jump

Buoyancy Control

Keesokkan harinya kami menaiki kapal menuju Racha Yai dan sepanjang pelayaran ombak begitu tinggi. Apakan daya dah dalam kapal... redah ajelah. 2 jam yang memabukkan... tapi sampai di Racha Yai... rasa lega laut agak tenang. 

Dive Master Mr. Michiel memberi tunjuk ajar kepada anak2 sementara sir pasang telinga sambil mengulangkaji. 

Lihatlah aksi menarik dari mereka. 


Regulator sentiasa di tangan

Hakim "on the bike" action

Ex-bikerz

Family gathering



Teringat kata-kata Mr. Michiel de Boer dari Quint Wellington Redwood ... "buy experience is more long lasting than buy things"


Hebat cucu Tok Khalid

Tujuan sir hanyalah memberi peluang untuk mereka mengecapi pengalaman baru dalam hidup semoga memberi manafaat di masa akan datang. 


SirNoordin
Racha Yai

Link berkaitan
http://sirnoordin.blogspot.com/2015/12/first-time-scuba-diving-in-phuket.html



Thursday, August 30, 2018

Reunion V5K 87 SDJ March 2018

Assalamualaikum

Pada 17 March 2018 telah diadakan program Reunion kelas 5 Sains Kuning Sekolah Dato' Jaafar 1987 atau lebih dikenali dengan VSK 86/87 SDJ.


5 Sains Kuning 87

Seawal jam 430 pagi sir dan keluarga sudah mula bergerak menuju ke Miri dari Bandar Seri Begawan. Meneruskan perjalanan dengan pesawat Air Asia ke KLIA2. Keluarga pulang ke Bukit Beruntung sementara sir meneruskan perjalanan dengan pesawat Air Asia ke Johor Bahru.

Sahabat sir, Marie menjemput dan terus ke rumah beliau untuk beristirehat seketika.

Berdebar-debar juga rasa hati untuk bertemu dengan kawan-kawan sekolah lama samada masih dingati ataupun tidak. Sesuatu yang amat bermakna dan rasa terharu apabila lebih dari 30 tahun tidak pernah berjumpa malahan ada yang tidak pernah khabar berita. 

Ternyata usia mengubah rupa paras dan bentuk tubuh kita namun sikap dan peribadi tidak berubah. Malahan lawak jenaka dan perangai "zaman remaja" masih segar bugar di kalangan kami. "Flash back" zaman persekolahan.

Pada akhir tingkatan 4 (tahun 1986), sir terpaksa berpindah ke Butterworth.. bermulanya terputus hubungan dengan sahabat-sahabat SDJ. Hanya seorang dua yang masih berhubungan hingga saat ini memberi peluang untuk sir mengikuti alumi ini. Sungguh terharu apabila diri masih diingati oleh rakan kelas semua walhal sir seorang pendiam yang duduk di depan sekali. Err maklumlah kurang tinggi...  alhamdulillah ketinggian telah mencapai tahap normal pada alumni ini. Syyyy..


Zahrain dan Faisal


Nasir & Marie'


Kamal


Stephen


Deen Gerek



Farouk


Fadhley


Rosli & Khairul


Nirwan & Safarin


Zani


Mansor

Sempat juga kami menyanyikan lagu sekolah mengembalikan nostalgia lama!


Masa amat tidak adil buat kami semua... 32 tahun tidak ketemu tetapi masa berlalu begitu pantas. Rasa tidak puas! Tapi apa kan daya sekadar itu sahaja izinNya untuk kami bersama dan semoga di tahun-tahun hadapan kami dapat bertemu lagi. 

Walau seketika tetapi cukup bermakna! Alhamdulillah segala berlaku dengan izin Allah s.w.t. dan semoga pertemuan mengeratkan silaturahim dan dikurniakan keberkatan. 

Amin ya Rabb.

SirNoordin
18032018

Cerita lain yang berkaitan...


Thursday, September 7, 2017

SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN

Sayang anak tangan-tangankan - sebuah pepatah Melayu lama yang mengingatkan kita kaedah mengajar anak melalui pengalaman orang tua2 dahulu.

Seumpama pepatah itu begitu jugalah yang kami adik beradik melalui dalam kehidupan ini. Renungan tajam, mata menjengil yang memberi makna "siap kau selepas ini" serta bilasan rotan adalah perkara biasa semasa kami membesar. Pada ketika itu sememangnya menyakitkan tetapi padu waktu ini merupakan sesuatu yang amat dihargai. Tanpa bilasan rotan tak mungkin kami kecapi kejayaan hari ini! 



Malangnya dewasa ini pepatah ini sudah tidak digunapakai lagi. Ibubapa moden lebih percaya kepada kaedah lemah lembut yang kununnya mampu mendidik anak dengan lebih efektif. Tetapi ternyata anak-anak moden semakin kurang ajar sehingga ada ibubapa malahan guru ditangan-tangankan pula. 

Senakal-nakal kami dahulu tetap hormat pada orang lebih tua apatah guru yang mengajar ilmu. Kalau guru rotan sekali balik rumah pasti dapat lagi dua kali. Betul atau tidak guru, itu tidak penting kerana ibubapa percaya guru merotan kerana mendidik dan guru betul belaka. Iyelah kalau tak pandai tak jadi guru lah kan. Mengadu pada ibubapa hanya menambah bonus bilasan rotan pula. Tetapi sebaliknya pula zaman moden ini, se-das anak dirotan, jawapnya, "see you in court" dari ibubapa yang pernah rotan guru satu ketika dulu.  

Photo dari Project X: elszabadult a buli a Cinema Cityben

Anak-anak semakin lemah mental dan manja dalam kehidupan. Hanya bijak memberi ribuan alasan. Alasan semakin banyak, degil semakin bertambah, orang tua dilayan bagai rakan sebaya.. lu wa.. dan dunia mereka hanya pada "games" yang penuh ilusi dan tidak bermakna!

Apa tugas kita semua ? 

Bantulah anak-anak moden kembali pada realiti kehidupan. Didik mereka sebagaimana kita dididik dahulu dengan menyiapkan mereka untuk zaman mereka pula. Ibubapa kita dahulu tidak berpengetahuan tinggi malah ada yang tidak pandai membaca tetapi mereka bijak menyediakan kita untuk zaman kita. Dan kebanyakkan kita menjadi manusia berjaya. Sebaliknya kebanyakkan kita berpengetahuan tinggi tetapi tidak bijak pula menyediakan anak-anak kita untuk zaman mereka. 

Hentikan manjaan kita, hadkan dunia ilusi mereka, didik jatidiri mereka, libatkan dengan aktiviti kemasyarakatan, paksa mereka lakukan kerja rumah bersama-sama anda dan pastikan mereka tidak meninggalkan solat. 


Secara tidak langsung kita mendisiplinkan mereka kearah kehidupan yang lebih positif. Sayang anak tangan-tangan sememangnya menyakitkan tetapi percayalah pada usia kita nanti mereka pasti akan menghargai dan berkata "terimakasih ibu ayah kerana mendidik saya menjadi manusia walaupun dengan bilasan rotan". Jangan sekali-kali jemu berdoa demi anak-anak kerana kita juga berharap doa anak soleh suatu ketika nanti. 


Semoga manafaat.

SirNoordin
AK272 KL - BRU

Tuesday, September 5, 2017

KEMBALI BERKONGSI CERITA

Assalamualaikum 


Apa khabar semua ? Harap semua baik-baik saja. Agak lama sir tidak menulis di blog ini atas sebab-sebab tertentu. Post terakhir sir pada 22 January 2016 di Makati. 

Sebenarnya sir berhijrah ke Brunei bagi memulakan perkerjaan baru di sebuah syarikat Telekomunikasi. Hijrah ini juga melibat hampir semua ahli keluarga sir. Dalam kata lain, memulakan kehidupan baru dalam suasana baru ...alam persekolahan baru bagi anak-anak serta rutin kehidupan yang juga berubah. 

Pastinya setiap perubahan memerlukan masa untuk mengadaptasi. Tambah pula hijrah ini hijrah ke negara lain. Walau sir biasa dengan suasana kerja di luar negara namun ianya memberi kesan kepada kemampuan anak-anak menghadapi suasana baru terutamanya kehilangan teman sepermainan, 

Kini hampir setahun setengah berlalu... sedikit sebanyak anak-anak sudah dapat mengadaptasi namun jika diberi peluang, pasti ingin pulang ke kampung halaman sendiri. Benarlah pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Banyak yang ingin sir kongsikan sepanjang setahun setengah sir berhenti menulis ... insyallah semoga diberi kekuatan oleh Allah swt untuk kembali menulis berkongsi cerita dan memberi motivasi dalam kehidupan kita semua. Amin.


SirNoordin
AK272 - KUL - BRU

Friday, January 22, 2016

ITIL FOUNDATION IN PHEONIX ONE, MAKATI

Salam 

ITIL Foundation Class 20 - 22 January 2016 public class for 15 pax conducted by Pheonix One in Paseo de Roxas, Makati, Philippines.

What is ITIL?
    ITIL, formerly an acronym for Information Technology Infrastructure Library, is a set of practices for IT Service Management (ITSM) that focuses on aligning IT services with the needs of business.


We are the best!

Certificate of Attendance

Exam Preparation

Good Luck for your exam and hope everyone pass the exam with flying colors.

Noordin Khalid
ITIL Expert
Makati

Wednesday, January 20, 2016

HOW TO BECOME ITIL EXPERT?

How to become ITIL Expert

ITIL Expert is one of the most sough-after qualifications in the IT industry worldwide, with an average starting salary of 100,000.

Route to ITIL Expert

The ITIL qualifications scheme offers a modular approach to the ITIL framework. In this scheme, candidates are free to select from a variety of qualifications which focus on targeted areas of the ITIL Service Lifecycle to varying degrees of depth and specialism. ITIL Expert is the step up from Managing Accross the Lifecycle.


Who is ITIL Expert for?

The ITIL Expert qualification is for thouse of you who are interested in demonstrating a superior level of knowledge of the ITIL secheme. ITIL Experts benefit in both personal and professional development, by aiding career advancement and progression within the IT Service Management field. The next step is the ITIL Master level, which is the highest in the scmeme.

How can you actualy become an ITIL Master then?

Well, the key requirements are
  1. You must hold the ITIL Foundation certificate or a Bridge qualification equivalent.
  2. You must hold a total of 17 credits achieved from ITIL Foundation and ITIL Intermediate modules before the Managing Across the Lifecycle module can be taken. Some credits from previous qualifications and complimentary can also count towards the 17 credits which are prerequisite for Managing Across the Lifecyclemodule.
  3. You must then have passed the Managing Accross the Lifecycle module 17 credits have been earned to achieve a total of 22 credits minimum required for  your ITIL expert.
  4. Candidates should achieve a balanced knowledge base across the full ITIL service lifecycle.
These requirements will ensure that all candidates who achieve ITIL Expert have successfully completed a series of qualifications which span all ITIL disciplines consistently.
Once you have successfully completed all requisite ITIL modules and have earned sufficient credits, you will be awarded the ITIL Expert certificate.

Credit to : http://www.cupe.co.uk

In a recent survey (source: ‘The benefits of investing in ITIL Expert Certification, ITpreneurs 2010, http://www.itpreneurs.com/expert’) the following statistics were uncovered:
  • 79% of people who had reached ITIL Expert level indicated that training and certification helped them to develop their skills so that they could better perform their job, and be more productive, and measurably helped the IT organisation improve overall productivity.
  • 80% of ITIL Experts say that achieving this level of ITIL expertise led to better implementation of IT Service Management processes within their organisation.
  •  91% of ITIL Experts state that ITIL advanced certification is a competitive differentiator. They say that the certification helps them gain confidence and makes them stand out amongst non-certified people.
  •  83% of the respondents say that their expertise is more valued by management after they became ITIL Experts. 87% say their expertise is more valued by peers inside or outside the organization.
Credit to : http://pinkelephant.co.uk

Noordin Khalid
ITIL Expert

Tuesday, January 19, 2016

Smarts Defensive System SDS bersama Projek IQRA'

Salam 

Berkongsi ilmu mempertahankan diri berasaskan Smarts Defensive System SDS bersama team dari Projek IQRA'. Seramai hampir 20 peserta telah hadir mengikuti program separuh hari bersama saya dan Sir Sharifudin Mamat.

Syabas Semua

Dari Puan Sharifah Sharina Syed Aswad
Self defense ialah satu ilmu yang mesti dipelajari oleh semua orang. Teknik Smart Defensive System yang dikendalikan oleh SirNoordin Khalid untuk sukarelawan Projek Iqra ' hari ini sangat menarik.

Rupanya ada banyak teknik mudah dan tidak memerlukan skill tinggi untuk menyelamatkan diri ketika diserang. Pertama kali mempelajari kemahiran self defense. Para sukarelawan juga sangat bersemangat hari ini.
Kemahiran ini penting untuk sukarelawan Projek Iqra ' kerana mereka akan terdedah kepada pelbagai jenis bahaya bukan sahaja semasa bertugas, tetapi juga semasa menjalani kehidupan seharian.
Saya beri 5 bintang untuk kursus kendalian SmartsCoach ini. Insya'Allah kita akan sambung ke siri kedua nanti smile emoticon
Teori Kelas

Basic Controlling Technique

Alhamdulillah maklum balas yang positif dari peserta2 program. Semoga dapat dipraktiskan dan memberi manfaat dalam menambah kemahiran diri. 

Power Test

Kelas Teori 
- Taklimat keselamatan, Anatomi Tubuh Badan Manusia, Teknik Menambah Kekuatan Dalaman dll

Kelas Praktikal
- Basic Hand Grabbing, Shoulder Grabbing, Neck Grabbing, Bear Hug dan Ground Technique


Passion 

Simple Ground Technique

Practise make perfect! 

Semoga berjumpa lagi di program SDS Level-2.

Sir Noordin 
Makati City 

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...