Sememangnya agak kepenatan dengan kerja tetap, persiapan ITIL Bridge exam, kelas Taekwondo di SMARTS HQ & TBR, persiapan Kem Jati Diri & kem selama 3 hari 2 malam, perancangan SMARTS untuk tahun 2010 dan aktiviti 'superbike' TTS yang semakin terabai. Yang terbaru, SMARTS diminta untuk bersama2 dalam program bersama PM di Bukit Sentosa seawal January 2010.
Benarlah kata2 murni ini ... "only the buzy man have times"
Perancangan SMARTS untuk tahun 2010 agak padat dalam mengendalikan Program Tetap dan Program Bermusim yang berbentuk 'Emotional Intelligence EQ', Beberapa strategi telah disusun untuk mencapai menaikkan keahlian SMARTS. Kem2 seperti Kem Jati Diri, Kem Kepimpinan, Perkelahan Keluarga SMARTS, Ujian Kenaikan T/Pinggang dan lain2 telah diperbincangan dengan teliti.
Tidak dilupakan juga, SMARTS juga terbabit secara langsung dalam Majlis Belia Daerah, Kelab Belia BEST, NADI, Waja Diri Daerah dan Pasukan Keselamatan kearah membina masyarakat yang cemerlang.
Oleh kerana ini, aku telah dilantik menjadi salah seorang AJK NADI ... pergh tanggungjawap lagi walaupun agak keberatan menerimanya dengan beban kerja yang sedia ada dah dikategorikan melampau!
Tetapi, semua kepenatan ini hilang setiap kali aku melihat pencapaian pelatih2 aku ....
Aku memang puas! penat jua!