![]() |
Hafiz & Haziq di Maahad Tahfiz |
Sehabis dari Kem Jati Diri 23-Nov lalu, aku terus hantar anak aku, Hafiz dan Haziq ke Maahad Tahfiz Sg Buaya. Kebetulan pula Hafiz sudah banyak menghafaz... elok sgtlah dia meneruskan di situ dengan guru yang bertauliah.
Sedihlah juga siUminya (termasuk aku lah tp control macho)... hujung minggu lepas berpeluang bawa mereka keluar makan Pizza ...so happy la cuma bila nak hantar balik ... berderailah pulak airmata si Umi dia .... terpaksalah 'start' kete cabut cepat2.
Anak aku no.2 Haziq memang macho ...relax aje mcm tak ada apa2... siap cakap lagi, "macam camping la abah".
Ada juga yang bertanya, 'pak cik ni hafiz juga ke?" Segan2 lak nak mengaku Al Hafiz sebab pak cik lagi tinggi dari Al-Hafiz ...iaitu Bapa Hafiz
p/s: rindu la pulak suasana bising2 kat rumah.
Minggu depan mereka balik boleh ikut gie camping 21 Dec pula....
No comments:
Post a Comment