
Beberapa tahun lepas aku mendengar tentang fatwa Shaikh Yusuf Al-Qardhawi yang menbolehkan penggunaan Inhaler semasa berpuasa dengan alasan penggunaan Inhaler tidak termasuk dalam hukum makan dan minum kerana yang disedut diumpamakan seperti udara dan ianya tidak sampai keperut.... maklumlah Asthma!!
Dalam masa yang sama aku terfikir tentang asap rokok .... ntah sama ke tidak?! He he he tentu tak sama kerana rokok membahayakan kesihatan dan fatwa atas rokok ...Haram dan ada kata Makruh ... (Makruh berterusan membawa kepada Haram).
Walau bagaimanapun, terdapat 2 fatwa tentang penggunaan Inhaler ini : Fatwa seperti Shaikh Yusuf Al-Qardhawi diatas yang membolehkan dan yang satu lagi tidak dibenarkan penggunaannya dengan alasan memasuki sesuatu ke dalam rongga.
Kebanyakkan ulama mengambil sikap bertawaqquf dalam fatwa yang tidak membatalkan puasa.... diantaranya mengatakan puasa itu batal tetapi tidak berdosa dan boleh diteruskan 'puasa' dan membayar fidyah secupak sehari pada hari yg tidak 'puasa'.
Jadinya, pesakit dapat merasakan nikmat puasa (jika Inhaler dianggap batal dgn meneruskan puasa) dan menbayar fidyah (menjadi sedakah jika Inhaler dianggap tidak membatalkan puasa).
Untuk keterangan lanjut, sila baca penjelasan ini di Bahrus Shofa.
http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/08/inhaler-dr-gibril-haddad.html
http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/08/penggunaan-inhaler.html
No comments:
Post a Comment