Friday, March 8, 2019

Minda Positif Hidup Sihat

Salam hormat


Baru-baru ini sir ada terima WA dari seorang kawan menyatakan kekecewaannya dalam kehidupannya. Dari mesej tersebut dapat sir lihat elemen-elemen negatif dalam pemikirannya mungkin akibat dari "stress" yang dialami. Semakin lama jika tidak di "brainwash" boleh menjadikannya seorang yang negatif. Semua perkara akan kelihatan buruk dari pola pemikiran yang negatif.

Warna hidup dengan Ceria

Dalam kehidupan kita tidak dapat lari dari masalah. Masalah adalah sebahagian dari kehidupan. Bagi yang sudah berkerja, pastinya tidak dapat lari dari masalah kerja, politik pejabat dan macam-macam lagi. Bagi pelajar-pelajar, tidak dapat lari dari masalah keremajaan - ingin popular, cinta monyet, 24 jam dengan "games" dan pelbagai lagi. 

Dalam buku Rahsia 100 Impian #R100I tulisan sir, "jangan lari dari masalah - lari bukan penyelesaian". Sebaliknya jadikan masalah kita sebagai cabaran dalam kehidupan. 

Dari sudut pemikiran negatif, masalah adalah suatu bebanan tetapi dari sudut minda positif masalah adalah suatu rentetan cabaran yang . perlu diselesaikan. Kita mempositifkan masalah kepada cabaran kehidupan. Cabaran menzahirkan sikap positif yang kita ingin menghadapinya dengan penuh keberanian. 

"Aduhh banyak masalah yang perlu aku hadapi... tak habis satu, datang lagi masalah lain..." - jika kita mendengar keluhan begini pun rasa sedih dan longlai. 

ATAU 

"Banyak cabaran yang perlu aku harungi... insyallah aku selesaikan satu persatu sekadar yang mampu" - jika kita mendengar kata-kata seperti ini, kita pun jadi semangat dan kuat malahan memberi motivasi pada orang lain pula. 

"Kehidupan positif bermula dari minda yang positif"

Ada orang cuba menyelesaikan semua masalah dalam satu masa, ini menjadikannya amat "stress" kerana tiada satu solusi mampu menyelesaikan semua masalah. Selesaikan satu masalah dalam satu masa kerana ada kalanya masalah lain selesai dengan sendirinya tanpa perlu kita melakukan apa-apa. 

Minda positif memberikan keyakinan yang kukuh pada diri sendiri. Terima diri seadanya! Jika kita telah terima diri seadanya, bererti kehidupan kita begitu sihat dan bermakna. Dengan bersyukur sepenuhnya akan memberi satu kekuatan motivasi dalam diri serta keyakinan yang tinggi. Kita berupaya menikmati kehidupan dengan penuh bermakna.

"Jika kita bersyukur dengan apa yang kita ada bererti kita telah ada segala yang diperlukan" 

Minda Positif Hidup Sihat
Minda sihat dapat menjauhkan diri dari elemen negatif - kita tidak mudah mendengar ejekan dan fitnah. Jika kita mempunyai minda negatif - semua benda positif pun nampak negatif! Orang lain melihat seribu kebaikan sementara kita pula  melihat seribu keburukan. Alangkah buruknya minda tersebut!

Iyelah senang berkata sentiasa minda positif tetapi bagi yang menghadapinya... nak positif macamana lagi? 

Tepuk dada tanya selera! 

Sir pelajari satu perkara semasa mendaki gunung Kinabalu. Kekuatan fizikal mahupun stamina hanya menyumbang 30% dari kekuatan sementara 70% kekuatan sebenar adalah kekuatan mental. Ramai juga yang tak mampu ke puncak walaupun stamina tinggi, sebab utama mental "koyak". Betapa penting kita berfikiran positif dalam apa-apa perkara dalam kehidupan. 

Berminda positif juga memberi kita ruang untuk menerima buah fikiran orang lain. Sebaliknya orang minda negatif tidak akan mendengar pendapat orang. Seawal bicara mereka telah menolak segalanya yang tidak selari dengan pemikiran mereka. Biasanya mereka lebih banyak bercakap dari mendengar! 

Sebaliknya orang minda positif lebih banyak mendengar dari berbicara. Mereka memproses setiap pendapatan baik selari  atau sebaliknya. Mereka bersetuju dengan pendapat yang berlainan. 

Senyum kan Sedekah! 
Maka berterusan melatih minda untuk berfikiran positif - Jangan lihat pada masalah sebagai halangan sebaliknya tukar masalah menjadi cabaran untuk selesaikan. Yakin setiap cabaran pastikan dapat diatasi. Jauhkan diri dari orang yang minda negatif. Jangan bazirkan hidup kita dengan berfikiran negatif. Rugi memori jika  "barang buruk" dalam minda 

Bila minda positif, kehidupan bertambah sihat dan ceria. Senyum selalu. Senyumkan sedekah! 


SirNoordin
1 Rejab



No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...