Monday, March 25, 2019

KOYOK Adventure Team

Salam hormat


Sudah lebih dari sebulan kami selesai mendaki gunung Kinabalu namun kesannya begitu terasa sehingga ke hari ini. Bukan sahaja pada Akinabalu tetapi juga keinginan untuk melaksanakan aktiviti sepertinya. Barangkali juga nilai persahabatan  "brotherhood"  terbegitu terserlah semasa pendakian tersebut juga memberi kesan positif. 


Penuh koyok di dada ha ha 

Puas juga bercerita pengalaman masing-masing, berseloroh cerita-cerita lucu dan tidak kurang juga "bako membako" begitu mencuit hati dalam menghadapi stress kerja seharian. Cerita yang paling melucukan ialah bab Koyok - "Medical plaster".. kerana pada malam "summit attack", semua kami melekatkan koyok di badan masing-masing. Barangkali juga kehangatan koyok tersebut dapat memberi sedikit kelegaan dan kesan positif untuk sampai ke puncak.   Ha ha ha... maklumlah kami semua sudah melepasi 40an. 
Oleh kerana bab koyok ini banyak cerita kelucuan dan kegirangan maka kami namakan  kumpulan ini sebagai "Koyok Adventure Team"... ha ha ha...cukup memberi motivasi untuk merancang banyak "adventure" seterusnya. Dalam sessi lepak Jumaat malam sambil layan kopi Vietnam di Cafe Borneo, kami juga merancang banyak aktiviti seterusnya termasuklah mendaki Annpurna Base Camp - ABC yang akan dilaksanakan pada tahun ini juga.

Antara kembara yang dirancang :

1. Ulu Temburong, Brunei (Geli2 Day Trip)
2. Mulu National Park, Sarawak
3. Annapurna Base Camp (ABC), Nepal - Sep 2019
4. Bukit Kubung Labuan, Malaysia
5. Mount Kinabalu - MK3 - Mar 2020
6. Mt. Kilimanjaro - in 2020
7. Scotland (Kg Dr Fahmi)
8. Mt. Fiji
9. Mt. Rinjani dan lain2 lagi. 

Minat sama melahirkan nilai suatu persahabatan yang membawa kepada banyak  pengembaraan menarik yang bakal dirancang. Bak kata salah seorang dari sahabat, "ramai dah terkena  #sakagunung, itu yang ketagih mendaki", selorahnya. Namun hakikatnya keindahan alam hanya dapat dilihat dari atas puncak gunung, kepuasan suatu pengembaraan serta jauh dari hiruk piruk pejabat kepuasan menjadi tagihan. 
Kami
Insyallah kembara seterusnya ialah Annapurna Base Camp - ABC pada 21 - 29 Sep 2019. Perancangan rapi masih diperingkat perbincangan. Semoga dipermudahkan Allah swt hendaknya. 
Credit to https://www.intrepidtravel.com/adventures/annapurna-circuit-hiking-guide/

Sementara itu, kami juga merancang untuk ke Ulu Temburong pada 24 Mar 2019. Aktiviti Day Trip Geli2 Temburong sempena cuti persekolahan di Brunei. Ada di antara kami sudah bermukim hampir  3 - 5 tahun di Brunei namun masih tidak sampai ke Permata Hijau Ulu Temburong. Maka dengan adanya aktiviti ini dapat juga merasakan keindahan permata hijau Borneo. 


Kepada yang berminat untuk mengikuti aktiviti kami, bolehlah berhubungan dengan kami. 


SirNoordin

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...