Thursday, October 25, 2018

Bukit Sarang Helang, Tasik Lama

Salam hormat


Buat peminat2 "jungle trekking" dan "hiking" di Brunei, Bukit Sarang Helang merupakan destinasi yang menarik. Dalam masa kurang 10-15 minit dari sekitar bandar, kita boleh melakukan aktiiviti riadah harian mahupun mingguan di sini.

Tasik Lama merupakan spot yang popular yang menjadi pintu masuk ke Bukit Sarang Helang. Keindahan air terjun dan kehijauan hutan begitu merehatkan mata. Dari atas bukit  Sarang Helang kita boleh melihat keindahan Bandar Seri Begawan.

Terdapat 7 bukit disekitar ini iaitu Bukit Sarang Helang, Bukit Karamunting, Bukit Laur, Bukit Luba, Bukit Nangka, Bukit Sipinang dan Bukit Markuching


Peta Trek
Alhamdulillah sir sudah mendaki Bukit Markuching dan Bukit Sarang Helang (hampir setiap minggu pasti di sini sir menghabiskan masa sekurang2nya dua jam untuk beriadah)
Bukit Sarang Helang merupakan bukit yang terdekat dengan Tasik Lama - terdapat 2 entry point untuk trekking. 
Tetamu KL mencuba trek
Biasanya jungle trekking memakan masa sekitar 1 jam 15 min - 2 jam dan sejauh 4.7 km. Salah satu trek kegemaran sir - trek buluh (nama yang kami panggil)...di mana jaraknya pendek dalam 1.8 km tetapi amat mencabar. Bermula dengan tangga yang agak tinggi sehingga ke rest area; trek sebelah kanan yang menurun hingga ke anak sungai dan seterusnya menaik hingga ke puncaknya. Hampir tiada jalan yang mendatar! Ngaleh jua (bahasa Brunei = penat jua)

Yang menariknya...  hampir semua simpang ada papan tanda penunjuk arah serta tempat rehat!.Cuma yang sir kurang puas hati adalah .....terdapat juga botol2 serta sampah di trek. Sepatut setiap orang yang masuk ke hutan seharusnya membawa kembali botol2 atau sampah2 yang dibawa. Ini soal sikap! Seharusnya hanya jejak yang ditinggalkan... 


Hakim & Haikal - Trek Buluh


Mungkin juga minat sir pada 'jungle trekking' maka ini merupakan "hiburan terbaik" buat sir. Penuh mengalir tanpa henti menjadikan badan rasa sihat dan segar. Tak lupa juga stamina dan fitness bertambah baik. 



Ada suatu ketika sir terjumpa  seorang ayah (mungkin juga sebaya dengan sir) sedang membawa anaknya yang agak obesiti mendaki ...sambil berbual-bual dengan sir, katanya, "cukup2lah bermain gadget... anak2 gadget ini ani siang malam 24 jam itu sahaja". Kami menunggu jauh di hadapan sambil melihat kepayahan anak itu mendaki. Tambahnya lagi, "jika  tidak dipaksa... bertambah obes nanti". Sir hanya tersenyum dan mengangguk mengiyakan.
Geng Trek Tiap Minggu
Alhamdulillah anak-anak juga minat untuk bersama sir dalam aktiviti "jungle trekking" dan mencabar diri mendaki Bukit Sarang Helang saban minggu... err dapat juga sir mengurangkan "aktiviti gadget" mereka secara tak langsung. Syukur.

Rakan tetap untuk aktiviti "jungle trekking/ hiking/ cycling" ialah saudara Amir Hamzah... barangkali minat serupa, mudah melaksanakan aktiviti ini. Dan ramai juga yang mula mengikuti kami walaupun tidak saban minggu... tahniah semua!



SirNoordin
Tasik Lama


Tuesday, October 16, 2018

Pengajaran Dari Pengalaman

Salam hormat


Ada beberapa perkara melalui pengalaman sendiri yang ingin dikongsikan semoga menjadi tauladan dan sempadan untuk semua.


Masa Itu Emas!

Sir amat sensitif dengan masa. Janji masa wajib ditepati bukan dicapati. Orang yang menepati masa adalah orang yang tinggi disipilin diri. Seandai lambat sekali pun pastikan yang menunggu itu dihubungi, sekurang2 beliau boleh melaksanakan tugas2 lain dari menunggu tiba kunjung tiba. 
Masa itu Emas

Ada setengah orang suka mengatakan "on the way" walhal masih di rumah malahan belum mandi lagi. Biasa orang macam ini tak perlu dipegang janjinya, kalau dah depan mata barulah kita response. Ataupun cakap saja.. "dah sampai karang call". Tak perlu kita bersusah payah merancang dengan sempurna. Ada rezeki jumpa, jika tidak lain masa saja. Ada setengah perangai orang suka berjanji dengan 3-4 orang pada masa sama tetapi berlainan tempat. Ini lagi haru biru...  Agaknya ada sihir "Dr Strange" boleh pergi 3-4 tempat serentak. 

Terkadang masa sir terhad, sir berjanji dengan 3-4 orang serentak di tempat yang sama. Paling tidak sir tidak terganggu jika ada yang lambat... pertemuan boleh diteruskan sambil menunggu yang lain. Yang terbaik adalah kawan2 sir akan kenal kawan2 sir yang lain.  


Ilmu Pelita Hidup

Pada setiap ruang masa yang ada, berterusan menimba ilmu baru mahupun mendalami ilmu yang sedia ada. Jangan berhenti walaupun seketika. Luas pengetahuan membuka pandangan yang luas jua. Akal dan minda sihat akan memberi kekuatan fizikal yang baik pula. Kekalkan kesihatan akal. Umur bukan penghalang. 



Orang2 dahulu ingin membaca atau mencari ilmu berdepan dengan ruang yang amat terhad. Untuk mendapatkan informasi terpaksa ke perpustakaan ataupun melanggan suratkhabar mahupun majalah. Tetapi yang dibaca banyak ilmu dari perkara2 lara'. 

Sebaliknya hari ini terlalu banyak bacaan dan boleh dikatakan maklumat dihujung jari.. news feed setiap saat; malangnya kebanyakkan yang dibaca perkara2 tidak memberi faedah dan manfaat. Lebih teruk lagi berterusan menyampaikan perkara2 yang tidak tepat malahan ada unsur2 fitnah. Tak percaya.. lihat sahaja komen2 pengunjung FB atau IG ...komen yang melambangkan sikap "bangang abadi". 

Jangan Takut Buat Keputusan

Hidup sentiasa memberi kita pilihan. Persoalannya - hendak ke tak nak? Jika pilihan kita adalah "tak hendak" itu pilihan yang betul; jika anda memilih hendak - itu juga pililhan yang betul! - saya petik kata2 saudara Halid Mohadi


Buku tulisan DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ wajar dibaca

Pastinya pada setiap pilihan akan ada kesan dan risikonya tersendiri. Kita yang buat pilihan! Jangan salahkan orang lain di atas pilihan kita.Dalam memiliih kita perlu timbang baik buruknya, apa pula faedahnya sekarang & akan datang dan lain2 lagi. Apa jua keputusan kena tanggung sendiri! Sebaiknya sebagai orang Islam - tunaikan solat Istikarah. Insyallah apa jua keputusan pasti ada kebaikannya kalau tidak sekarang, mungkin di masa hadapan.

Secara terperinci tajuk ini boleh baca buku Rahsia 100 Impian - Dari Corot Menjadi Pakar tulisan sir sendiri. Tumpang promosi.

Situasi yang paling teruk bila kita tidak berani buat keputusan. Terhenti langkah menanti tindakan selanjutnya. Semakin lambat kita menbuat keputusan, semakin hilang pula peluang kita. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna!

Jika ingin cepat Jalan Sendirian. Jika ingin jauh Jalan Bersama-sama

Kedua-dua pilihan adalah baik! 

Pernah juga sir memilih bersama2 dalam satu pasukan; banyak kejayaan dicapai dan banyak karenah terpaksa dirungkai. Ada yang cepat, banyak pula yang lambat. Ada yang jauh impian hidupnya, tinggi cita-citanya dan ramai pula sekadar bermimpi. Barangkali sudah mencapai zon selesa dan tidak peduli lagi tentang masa depan. 

Bila hala tuju sudah tidak selari... pilihan terbaik adalah jalan sendiri. Lebih cepat dan jauh pula boleh dicapai. Tiada beban hendak ditanggung dan tak perlu berdepan dengan pelbagai karenah. Mungkin diperjalanan nanti akan bertemu dengan pasukan baru yang sehaluan. Insyallah. 


Sentiasa Positif Dalam Hidup! 

Jangan buang masa memikir sesuatu yang negatif lepas berterusan "membawang" dengan cerita2 negatif kerana akhirnya anda juga terpendam dalam suasana negatif. Sikap yang positif akan membawa kepada kehidupan yang positif.

Elak dari berkumpul dengan orang2 yang negatif dan suka buang masa. Banyak perkara berfaedah yang boleh dilakukan bagi menaikkan nilai tambah diri. Pilih kawan yang sesuaian dengan aras pemikiran bukan darjat mahupun harta. Anda akan mampu bersembang sesuai dengan subjek2 searas pemikiran anda... jika tidak anda mungkin terpaksa menelan cerita2 yang tak masuk akal serta budaya "perbualan" dan "bahasa" yang tidak seimbang. 


Kembaralah...


Belilah Pengalaman kerna Jauh Berjalan Luas Pandangan dan kekal pula dalam Ingatan! 



Ramai orang cakap "iyelah senang berbicara sukar melaksanakan... ". Betul tu, cuma sir kata "kita diberi pilihan, sukar atau senang itu pilihan kita. Tepuk dada tanya selera; rezeki ditangan Allah swt. Kenapa masih tidak yakin ketentuanNya".


SirNoordin

Bakat Semulajadi

Salam hormat


Alhamdulillah kami dimaklumkan oleh cikgu sekolah Chung Hwa bahawa Hadif mendapat Special Award K3 Drawing Competition.


Hadif Drawing Competition

Terkejut juga kerana kami tidak tahu bila pula adanya pertandingan tersebut. Alhamdulillah kecenderungannya melukis membuahkan hasil. Hadif sememangnya minat melukis, habis buku2 kosong dilukisnya akan sesuatu. 
K3 Special Award 

I am no. 1

Dalam minggu yang sama juga Facebook pula mengulang tayang setahun yang lalu di mana Hadif juga mendapat Special Award semasa berada dalam kelas K2. Bakat semulajadi... 

Tidak kurang pula abangnya Haikal, 10 tahun berada dalam Tahun 4 juga mendapat A+ dalam lukisannya. Mungkin kedua2nya ada bakat seni terpendam. Dulu sir juga minat melukis kartun ...terutamanya kartun majalah Gila-Gila ataupun Ujang tetapi tidaklah sampai ke level kreatif. Kira tiru ciplak bolehlah! 


Tahun lepas 2017 pun menang juga

2017 K2 Special Award

Bakat merupakan kebolehan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah kepada seseorang. Tidak semua manusia mempunyai bakat khusus yang sama. Bakat seseorang boleh dikenalpasti di awal usia disebabkan kecenderungan kepada sesuatu. 

Sementara minat adalah proses untuk menfokus diri kepada sesuatu yang diminati dengan hati yang terbuka. 
Hadif dapat sijil

Ada orang minat pada sesuatu perbuatan tetapi tidak berbakat. Orang begini biasanya agak sukar mendalami perkara tersebut berbanding dengan orang berbakat. Orang berbakat secara spontan mampu melakukan walaupun tanpa latihan mencukupi. 
Haikal pun hebat A+ dalam ujian lukisan

Pengalaman sir dalam mengajar ilmu seni beladiri, banyak membantu dalam mengesan bakat dan minat seseorang. Ada yang begitu minat tetapi tidak berbakat - rajin tetapi berkali2 mengajar, masih juga tidak dapat dikuasainya. Sementara yang berbakat tapi semasa latihan hendak tak hendak pula - sekali dua diajar, terus dapat menguasai teknik2 tersebut. Dan yang terbaik adalah yang berbakat dan minat mendalam - dapat menguasai dengan pantas dan terus berlatih ke arah kesempurnaan. 

Walau bagaimanapun, Usaha Tangga Kejayaan! Di mana ada usaha, di situ ada jalan-jalan kejayaan. Insyallah. .


Hadif dan rakan-rakan K3 

Jika sudah dikenalpasti bakat2 anak kita, terus tanamkan minat yang mendalam serta sokong mereka dengan program2 yang mampu mengasah bakat mereka. Jadi anak2 kita minat dan tahu kebolehan mereka. 



Noordin
6 Oct 2018

Tuesday, October 2, 2018

Pengetahuan, Ilmu dan Skil

Salam hormat


Mari kita kenal persamaan dan perbezaan diantara pengetahuan, ilmu dan skil.

Sekadar gambar hias

Pengetahuan merupakan pemahaman ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya dari penglihatan, pendengaran mahupun pengalaman. Ini merupakan sumber maklumat yang menjadi kefahaman bagi diri individu atau sekelompok manusia.. 

Ilmu adalah koleksi pengetahuan yang telah disusun dan diperlajari secara sistematik. Tidak semua pengetahuan menjadi akan menjadi ilmu tetapi semua ilmu bermula dari pengetahuan. Bermula ilmu apabila pengetahuan2 dikaji dan disusun menjadi silibus pembelajaran yang boleh dipelajari.

Skil adalah kebolehan untuk melaksanakan sesuatu tugas untuk beroleh sesuatu keputusan dalam tempoh masa tertentu. Skil biasa terbahagi kepada skil umum dan skil spesifik. Diantara contoh skil umum adalah pengurusan masa, leadership, motivasi dan lain2 lagi. Sementara skil spesifik adalah kejuruteraan, mekanik, seni bela diri dan lain2 lagi. 

Setiap saat manusia mempelajari pengetahuan baru dengan hanya melihat, mendengar dan melakukan sesuatu. Pada kebiasaanya kita menyebut ilmu pengetahuan - kombinasi pengetahuan dan pengetahuan yang tersusun (ilmu). 


"Belajar tak perlu malu
Patut malu jika tidak belajar"

Contoh untuk pemahaman...

Dengan pengetahuan - umumnya semua tahu apa itu "scuba diving" - menyelam ke dasar laut dengan peralatan2 tertentu. 

Apa bila kita mengikut kursus Scuba Diving dengan pengetahuan tersusun maka ianyanya menjadi Ilmu - Kita mula mengenal peralatan2 seperti Bbuoyancy Control Device (BCD), regulator dan macam2 lagi. Kita juga pelajari ciri2 keselamatan semasa scuba nanti. Malahan kita perlu menduduki ujian untuk menguji kefahaman teori sebelum dibenarkan menjalankan latihan praktikal. Pada peringkat ilmu pengetahuan - biasanya yang cerdas akal cepat faham dan mampu mengingat. Yang kurang cerdas pula, terkapai-kapai dan perlu diulang berkali2. 

Setelah memahami ilmu pengetahuan tentang scuba diving, langkah seterusnya adalah latihan praktikal - memantapkan skil. Di sini kita mula belajar secara latihan praktikal bagaimana bernafas menggunakan regulator, buoyancy (keseimbangan) dan pelbagai teknik secara berperingkat. Latihan yang berulang-ulang sehingga kita faham, mahir dan yakin. Di peringkat ini pula yang yakin dan berani pula menonjol - cepat untuk memahirkan diri dalam latihan praktikal. Setelah mahir di kolam renang, kita akan diuji kemahiran tersebut dalam laut. Jika kita berjaya, kita telah mencapai peringkat Open Water Dive. Dan banyak lagi peringkat2 keilmuan dan skil yang perlu ditempuhi jika ingin menjadi Master Dive


Sekadar gambar hias
Semasa kecil dahulu sir belajar berenang cara kampung - tidak berlandas teknik2 sebenar. Sekadar boleh berenang & terapung ... maklumlah sekadar terjun lombong; tekapai2 sampai boleh berenang. Ditanya macamana berenang; terjun lepas itu pandai2 lah kuak tangan sampai ke pinggiran lombong. Tetapi sekurang2nya ada pengetahuan dan skil untuk hidup.. kurang2 tak lemas dalam kolam. 

Sekarang ini anak2 mengikut kelas latihan berenang dari guru bertauliah - sir pun join sekali untuk meningkatkan kebolehan diri... hmmm ternyata dengan latihan yang tersusun - anak sir yang umur 5 tahun dah boleh berenang dalam tempoh kurang setahun. Kolam tempat latihan pula sedalam 5.2 meter. Sir yang pakai berenang cara  kampung pun fikir 2x nak terjun masa mula2 dulu. Hakim, 15 tahun sudah mencapai level 6 dalam latihian berenang - sudah ada teknik bagaimana menyelamatkan orang lemas. Haikal, 10 tahun sudah mencapai level 3. Sir pula masih level kampung dengan teknik2 renang tersusun - free-style, breast stroke, butterfly ...err malas nak ambik ujian. Hi hi hi

Dewasa ini untuk mencari Ilmu pengetahuan agar mudah ...Pakcik Google ada... banyak ilmu boleh didapati cuma kita perlu juga ada ilmu untuk mengenal ilmu2 tersebut. Skil pula memerlu latihan berterusan bagi memahirkan diri ...bak kata orang sehingga masak dengan ilmu & skil tersebut dan berterusan pula meningkatkan skil ke peringkat seterusnya. 

Yang penting ... menuntut ilmu itu wajib bagi Muslim dan belajarlah secara berterusan hingga ke akhir nyawa. Ajarlah ilmu itu pada orang lain agar menjadi manfaat pada mereka pula. 



"Hanyalah seorang hamba Allah yang ingin berkongsi setitis ilmu semoga memberi manfaat buat insan lain dan melihat titisan itu menjadi ribuan titisan pula..."

Terus merantau mencari erti..

Semoga manfaat!


SirNoordin


PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...