Thursday, June 20, 2013

Kembara Sudan (bahagian 1)

Salam 

Diam tak diam sudah 8 tahun setengah Sir berulang-alik ke bumi Khartoum, Sudan Afrika Utara. Betul kata orang Arab, "jika kita terminum atau termandi air Sungai Nile kita akan sering kembali ke bumi ini". Terfikir-fikir juga bila masa tertelan air Sungai Nile samada di Khartoum atau Cairo. 




Perjalanan pertama bermula pada Feb 2005 atas tugasan untuk membina sistem pengangkutan trailer untuk menghantar sumbangan makanan dunia ke bumi Daffur. Masih jelas terasa apabila pintu pesawat Emirates terbuka di Khartoum hawa panas menerjah ke muka bagaikan terkena hawa panas ketuhar. Ada di antara kami tetiba 'black-out' dan tidak mahu berkerja disini. Sir pula tak sabar-sabar maklumlah kali pertama menjejak kaki di bumi Afrika. 




Oleh kerana ini pertama kali bertugas di negara orang kulit hitam yang purata ketinggian separas alang pintu dan perwatakan agak keras - terasa hati nak menyepak terajang aje puak-puak ini! Namun semakin kita mengenali disebalilk perwatakan kasar tersebut, hati mereka baik-baik - ahlan wasahlan! Walaupun begitu secara tidak sengaja ada juga seorang Arab-Afrika 6' 2" yang dilambung oleh Sir akibat terkejut... haiya kung-fu lol! 




Setelah bertugas beberapa hari di bandar Khartoum, kami mula bergerak ke Port of Sudan  dengan kapalterbang yang sungguh mengerikan. Maklumlah negara yang di bawah sekatan antarabangsa 'Embargo' pastinya kapalterbang Sudan Air tidak diselenggara dengan baik malahan tiada 'spare-part'. Mulanya tidaklah takut sangat tetapi bila melihat orang Sudan membaca Al-Quran disepanjang penerbangan tetiba seram sejuk dan sesak nafas... apa lagi baca ajelah apa yang telah dihafal. Seram oii!! 


Kat sini kapalterbang jatuh macam kereta eksiden aje... 

Di Port of Sudan, sempat juga menjejak kaki di Laut Merah yang diseberang sana adalah bumi kelahiran Nabi Muhammad saw. Yang paling menarik adalah banyak 'lobster' yang ditangkap tetapi pada mahzab orang sini haram dimakan ..ha ha ha lantak korang la ... hari-hari Sir makan lobster masak kari, masak cili, masak apa2 aje lah ..sampai main buang2 aje... murah kalau kat Malaysia paling kurang Rm150 seekor!


Perjalanan diteruskan melalui jalan darat yang jaraknya beribu-ribu kilometer menuju El-Obeit menyusuri sempadan Etopia dan Erithia. Keluar air mata melihat kemiskinan orang2 disini tanpa keperluan asas seperti air dan letrik. Barangkali sudah biasa dengan kehidupan begini. Sir selalu terfikir kenapalah tok-tok orang Sudan ni datang ke bumi gersang ni yang panasnya hingga mencecah 48 Celcius... pergilah ke utara macam Cairo ke, London ke, Italy ke .. bukankah nyaman?! Tetapi orang sini jawap, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain - kununnya begitulah dalam bahasa Malaysia. 



Perjalanan memakan masa 3 hari - Sir tengok 'driver' Sir namanya William steady aje memandu,  rupanya kantoi pekena ganja sebelum bawa kereta...patutlah steady aje ..err sir pun pakai tali pinggang kalendar demi keselamatan kot2 la terbalik ke! Dalam perjalanan dari Kassala ke El-Obeit secara tiba-tiba terdengar letupan yang kuat ....astagfirullah... bunyi tembakan ke err seramnya... bila jip kami dah berhenti William kata, "tayar pancit dah......"

Orang Sudan ni kalau bab kerja memang ada falsafah iaitu IBM - Insyallah + Bukhura + Mafimuskilla (Insyallah - Esok - No Problem). Bila kita hendak sesuatu dari mereka, jawapan pertama mesti Insyallah. Bila tanya lagi, depa jawap Bukhura (esok). Oklah, esok tanya lagi, jawap depa "Mafimuskilla (no problem)'. Baguslah No Problem...dah siap ke belum? Depa jawap, "Insyallah" dan begitulah seterusnya untuk tempoh yang tak sudah-sudah. Sabar aje lah! 




Suatu hari bos Sir dari Malaysia tanya, "Noordin, mana report you?". Sir jawap, "Insyallah" dan seterusnya "Bukhura" dan "Mafimuskilla" .... sorry bos, kena balik Malaysia - kepala sudah fening.... 



Bersambung....


Kembara Sudan bahagian 2
Kembara Sudan bahagian 3

Wednesday, June 12, 2013

Kem MMSS Saya Bijak Saya Boleh!

Salam



Alhamdulillah dengan dengan izin dan rahmat Allah swt, kita telah menganjurkan Kem Motivasi Minda SuperSmarts (MMSS) 3 hari 2 malam di Nur Laman Bestari pada 3hb Jun dengan kehadiran seramai 112 peserta.



Pelbagai aktiviti yang membentuk jatidiri yang cemerlang, komunikasi berpasukan, teknik belajar melalui pola diri, Smarts Impian, Smarts Amazing Race dan Kembara Hutan telah dijalankan dengan sokongan yang baik dari peserta program.


Melatih minda memberi tumpuan dan keberanian menonjolkan kepimpinan diri


Melepas lelah dari serangan pacat bertubi-tubi... (hihihi)



Kesungguhan dalam perjuangan...  lumpur busuk dan basah kuyup, pasti ada yang menang dan kalah. Itu adat! Tetapi kesungguhan yang ditunjukkan... itu adalah kemenangan!

Ini kerana ANDA BIJAK ANDA BOLEH! 
Kerana anda cemerlanglah maka kem ini adalah kem yang terbaik yang pernah sir tempuhi.



Tidak lupa juga fasi-fasi yang bertugas siang dan malam demi memastikan keselamatan semua peserta... terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cik Bro, Mualim Adzeem, Tuan Abu, Kak Dell Teknologi, Kak Long Kawasan, Kak Ain, Kak Ika, Kak Mariam dan Kak Anise. Juga kepada pasukan belakang tabir yang diketuai oleh En Zurairi, Kak Ezah dan Kak Linei.

Err... kepada fasi-fasi baru yang meneropong bunian di atas pentas, menjaga penunggu pokok, tangan bersilang (rabun mata), santau meja dan lain2 lagi... maaf dipohon! Memang niat nak pekena agar kelak tinggi Emotional Intelligence (EIQ) selain menambah kemesraan...

Sampai jumpa lagi... "lukislah impian mu di canvas alam..... agar alam mendoakan kejayaanmu".

SirNoordin2013-
Smarts Coach

Monday, June 3, 2013

Rezeki Secupak Mungkinkah Segantang?

Salam

Ramai manusia bercita-cita untuk menjadi orang berjaya dalam pelbagai definasi antaranya menjadi orang kaya, jutawan, hartawan, cemerlang dunia & akhirat, beriman dan berbagai-bagai lagi impian yang superb...



Persoalannya?

Sanggupkah berusaha dengan berkorban masa dan tenaga malahan wang ringgit?  Akhirnya impian tersebut menjadi mimpi di siang hari... atau melafazkan kata-kata hikmat, "aku bersyukur dengan rezeki yang ada ini" ...


  • syukur dengan apa yang ada dan hutang keliling pinggang
  • syukur dengan kebolehan diri dan bodoh bertingkat-ttingkat
  • syukur dapat hafaz Surah An-Nas dari baligh sampai tua itu aje yang dihafaz
  • syukur dalam pelbagai bentuk ...

Benarlah pada kesyukuran tersebut... tiadalah pula salahlah... 
  • kita bersyukur kerana ramai orang lagi miskin dari kita
  • kita bersyukur kerana ramai lagi bodoh dari kita 
  • kita bersyukur kerana ramai lagi tak boleh baca Al Quran dari kita
  • kita bersyukur pada segalanya


Tetapi lupakah kita bahawa "Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu jika kaum tidak mahu berubah... " dan mahukah kita selamanya bersyukur dengan apa yang kita ada tanpa berusaha mempertingkat diri untuk kehidupan dunia dan akhirat. Bersyukur agar kita tidak lari dari landasan kebenaran dan mempertingkat diri kerana itu juga dituntut...

Sudah ramai sir jumpa dan kebanyakkannya hanya tahu bersyukur tanpa sedikit memikirkan untuk mengubah kepada yang lebih baik!! Jadi di mana salahnya maksud hadis di bawah...

"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam" - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim



Tepuk Dada Tanya Selera.... 

Niat hati ingin membantu rakan-rakan untuk terus berjuang dalam kehidupan yang lebih baik dan kebanyakkan setuju untuk sama-sama berjaya tetapi hanya sedikit sangat ingin berkorban untuk memajukan diri. Yang lain, masih ditakuk lama hanya bersyukur dengan apa yang ada dan bermimpi di siang hari untuk berjaya... "keep on with your sweet dream" 

Ramai juga yang berkata, "maaf aku tak punya masa ...err minggu depan boleh..." Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan, bulan pun dah gerhana... Sorry bro, falsafah aku menyatakan, "Hanya orang sibuk ada masa...."


SirNoordin2013-

Friday, May 24, 2013

Menerobus Sempadan Kecemerlangan

Salam


Alhamdulillah dengan izin Allah swt, seminar untuk Hari Setiausaha anjuran Fadzilah Kamsah Academy (FKA) telah berjalan dengan lancar. Oleh kerana permintaan yang ramai, seminar ini telah dijalankan selama 2 hari. Hari pertama seramai 88 peserta dan 72 peserta pada hari kedua.   

Seminar ini dinamakan 'MENEROBUS SEMPADAN KECEMERLANGAN' yang diketuai oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah dengan dibantu oleh artis Fahrin Ahmad dan Sir sendiri. 


Untuk program ini, Sir berkongsi Sistem Defensive Smarts (SDS) yang memberi teori dan latihan praktikal dalam Program Pencegahan Jenayah. 

Ternyata ramai berminat dan ingin turut serta mencuba teknik yang mudah tanpa memerlukan kudrat yang kuat. Ini dibuktikan dengan tenaga beberapa orang yang mampu ditangani dengan mudah.


Dato' Fadzilah Kamsah dan peserta program menumpukan perhatian sepenuhnya pelbagai teknik dalam pelbagai situasi.

Sir juga berkongsi teknik-teknik yang boleh digunakan ketika dalam kereta (berhenti disimpang) dimana anda diserang dari luar kereta.

Bergambar bersama2 sebahagian peserta program dari Johor yang begitu teruja untuk mempraktiskannya selalu. Ingat... Practise make Perfect!

Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada Fadzilah Kamsah Academy (FKA) dan krew Smarts Coach yang bertumpus lumus memberi tunjuk ajar dan menjadi bahan ujian hingga ada yang lebam-lebam. You are the BEST!!
Pastinya selepas bertumpus lumus, makan tengahari disediakan ... Dato' dan Sir sudah selesai beraksi... sekarang bro Fahrin Ahmad... your turn!! Kami semua nak makan.... 

SirNoordin2013

p/s: Sesiapa yang berminat untuk mempelajari Sistem Defensive Smarts (SDS) boleh email ke impian@smartscoach.com atau berhubungi dengan Fadzilah Kamsah Academy (FKA) untuk maklumat lanjut.

Tuesday, May 21, 2013

Kuasa Impian

Salam 

Sudahkah anda menulis impian anda? 

Maksud sir, "sudahkah anda menulisnya di kertas atau diari atau dimana2 sahaja tetapi bukan di ingatan?"



Ramai diantara kita mempunyai pelbagai impian mahupun cita-cita tetapi sekadar di ingatan maka selamanya ia berada dalam ingatan yang akhirnya tidak mampu dicapai. Selamanya di ingatan bermakna selamanya impian itu hanya mimpi indah disiang hari.


Kenapa tidak di zahirkan... 

agar mata dapat melihat dengan jelas impian kita 
agar memberi kita dorongan semangat untuk terus berjuang
agar kita tidak lalai dan lupa tujuan kita
agar orang2 yang sayangkan kita juga melihat keinginan kita
agar mereka juga mendoakannya
agar alam juga mendoakan kita

Ketika berusia 10 tahun bermulalah sebuah impian (ketika itu hanyalah mimpi siang) disaat rakan sebaya menceritakan cita-cita mereka yang kebanyakkannya adalajh doktor, lawyer, guru dan lain2.... tidak mengerti apa yang dikatakan yang pasti jawapan sir hanyalah, "saya ingin merantau ke seluruh dunia...."


Dan impian itu juga tidak tertulis dimana-mana...  




Kegagalan demi kegagalan... tetapi masih ada kekuatan dalaman yang bernama 'kuasa tidak mengenal kalah'



Kuasa Tidak Mengenal Kalah... 

Kuasa yang memberi kekuatan untuk terus berjuang namun tanpa impian ternyata tujuan tidak tetap... kejayaan hanyalah seketika. Letih dalam mengejar kejayaan... letih memandang halangan yang menanti...

Kuasa Impian
Kenapa dipandang pada halangan? Kenapa tidak melihat terus melepasi halangan? Itulah kuasa impian...  Jika kita terus memandang pada halangan bermakna kita 'memenatkan' diri untuk berfikir bagaimana melepas halangan tetapi jika kita melihat pada Impian maka kita akan terus berfikir untuk ke mencapainya. 

Ibaratnya dikejar anjing dan longkang besar di hadapan... 
Pada ketika biasa kita tak mampu melepasinya longkang tersebut kerana kita sentiasa memikirkan bagaimana nak melepasi dengan kemampuan diri yang sedia ada tetapi bila  dikejar anjing kita mampu melepasi longkang tersebut kerana objektif kita hanyalah menyelamatkan diri. Dalam cerita ini.... longkang adalah halangan dan menyelamatkan diri adalah impian.

Jika sukar untuk memahami juga...anggaplah impian itu adalah mimpi kerana dalam mimpi kita mampu mencapai apa saja.

Oh iye, impian sir ingin memegang bulan... dalam mimpi sir mampu melakukannya .. dan sir telah pun mencapainya... lihatlah!! 



Jika anda belum mula menulis impian anda di kertas... mulakan sekarang! Maksud Sir, "SEKARANG!!"

SiRNoordin2013-

Sunday, May 19, 2013

Pakar Motivasi Idola Sir


Assalamualaikum
Salah satu IMPIAN Sir pada tahun 1997 untuk menjadi Pakar Motivasi... kini suatu impian dari RAHSIA 100 IMPIAN kian menghampiri...

Hari ini berpeluang bersama Pakar Motivasi yang Hebat2 iaitu Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah dan Dr Tengku Asmadi - Motivasi Alihan Pelajar (MAP). Perjalanan Sir masih jauh ...cuma bila bersama2 pakar2 ini membuatkan kita rasa teruja dan bersemangat mengejar impian itu...doakan Sir!

Telah banyak jasa mereka curahkan dalam menyumbang ilmu, tenaga teknik dll dalam meningkatkan prestasi rakyat Malaysia kearah lebih cemerlang. Mereka IDOLA Sir dan Sir juga ingin menyumbang seperti mereka...dan kian hampir impian Sir!

Dan...
"Ingin berkongsi ilmu semoga memberi manfaat buat insan lain dan ingin melihat titisan itu menjadi ribuan titisan pula...." - SirN

Saturday, May 18, 2013

Seminar Motivasi Minda SuperSmarts (MMSS) 12 Mei Masjid Negara

Assalamualaikum


Alhamdulillah, seminar Motivasi Minda SuperSmarts (MMSS) pada 12 Mei 2013 di Masjid Negara telah berjalan dengan lanca dengan kehadiran seramai lebih dari 100 peserta.

Adik-adik peserta telah memberikan tumpuan yang amat baik sekali dimana Sir telah membuka Rahsia 100 Impian bermula dengan kegagalan demi kegagalan yang bertukar kepada kecemerlangan demi kecemerlangan...bagaimana pelajardari kelas terCOROT mampu menguasai lebih dari 20 kepakaran.

"Zero to Hero" - bermula dengan mimpinya untuk "merantau ke seluruh dunia" ....jangan lupa juga KUASA Impian + KUASA Tidak Mengenal Kalah = KECEMERLANGAN!


Sebagaimana tercapainya IMPIAN Sir ...sir doakan semua peserta dan adik2 diluar sana agar tercapai apa jua yang dicita2kan.

Dan juga bersama ibubapa peserta, Sir kongsikan rahsia POLA anak2 bagaimana membina teknik belajar mengikut kebolehan diri.

Oleh kerana seminar ini hanya sehari ...terasa tidak dapat nak berkongsi sepenuhnya walau bagaimanapun bagi adik2 yang akan mengikuti Kem MMSS pada 3-5 Jun 2013 di Nur Laman Bestari... insyallah sir akan berikan Teknik Belajar mengikut Pola Diri dan Kesesuaian.

Semoga Allah memberikan kemudahan dan kelapangan...

Insyallah

SirNoordin

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2026

Dapatkan buku tulisan NOORDIN KHALID DI PBAKL PWTC DI BOOTH UTAMA- STESEN BUKU TINGKAT 4 DEWAN MERDEKA. juga boleh dapatkan di G...