Salam
Alhamdulillah program Motivasi Luarbiasa Cemerlang untuk pelajar-pelajar UPSR di SK Kalumpang telah berjalan dengan jayanya dengan kehadiran seramai 80 orang pelajar.
Program ini merupakan kesinambungan program yang telah dijalan pada 23 Jan 2010 iaitu program LADAP: Peranan Ibubapa Mempengaruhi Kecemerlangan Anak-Anak di sini. Pada kali ini lebih mengkhususkan kepada anak-anak yang akan menduduki UPSR.
Oleh kerana masa agak singkat, penekanan "attack" ke minda terpaksa digunakan dan disusuli dengan teknik-teknik belajar dalam mengharungi tekanan dalam tempoh 4 bulan ini.
Sebak dan hiba menyentuh jiwa anak-anak mengenangkan tanggungjawap kepada ibubapa, guru dan diri sendiri. Sentuhan muzik, tayangan video serta 'akujanji' diakad bagi memastikan matlamat dibentuk berasaskan impian serta perancangan dan komitmen diri terlaksana.
Semoga usaha kami diberkati. Amin.