Saturday, January 23, 2010

LADAP di SK Kalumpang 23/1/2010

Alhamdulillah, SirN telah menghadiri Program Permuafakan Ibubapa dan Guru di SK Kalumpang pada 23 Jan 2010. Untuk program LADAP kali ini bertajuk "PERANAN IBUBAPA MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN ANAK-ANAK" bermula jam 9.15 pagi.

Bertepatan dengan tajuk diatas, SirN telah memulakan mukadimah dengan kewajipan belajar kepada ibubapa bersesuai dengan hadis Nabi s.a.w "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat" dimana salah satu dari cabang ilmu adalah ilmu kecemerlangan anak-anak.

Topik utama yang disentuh kepada Persekitaran Anak-Anak, Pembentukan Keperibadian Anak, Kewajipan Ibubapa, Teknik Kecemerlangan dan Peranan Ibubapa.

SirN telah difahamkan bahawa kehadiran ibubapa begitu menbanggakan dan diagarkan sekitar 200 orang. Sessi soal-jawap yang begitu mencabar dari ibubapa yang ingin melihat anak-anak mereka cemerlang. SirN sekadar berkongsi cerita dan pengalaman ....

Selepas dari sessi Ibubapa, SirN diminta untuk memberi sedikit motivasi untuk bakal pelajar yang akan menduduki UPSR seramai 76 orang. Sayangnya masa terlalu singkat bersama-sama kalian semoga SirN berpeluang untuk memberikan tips berguna dalam menghadapi peperiksaan kelak.
Hak Manusia adalah untuk TERUS BERUSAHA dan JANGAN LUPA hak Allah s.w.t MENENTUKAN SEGALANYA.
P/s:
Tanpa disangka diakhir cerita,bertemu dengan orang sahabat lama iaitu Sir Rahim dan saudara Zakir ..sahabat sepermainan sewaktu di UTM dulu.

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...