Thursday, July 23, 2009

Side Kick Hafizuddin...

Salam hormat


Teruja aku untuk berkongsi gambar anak aku, Muhammad Hafizuddin 11 tahun ketika menduduki ujian tali pinggang Taekwondo baru2 ini.

Sidekick Hafizuddin

Hafiz sudah mula berlatih seawal 2 tahun lagi dimana tumpuan latihan lebih kepada 'flesibiliti'. Maklumlah anak pertama ketika itu maka salah satu kaedah menurunkan ilmu kepadanya dan nama Hafiz dengan harapan menjadi Al-Hafiz satu ketika nanti ...dan mungkin dengan niat itu, Hafiz sangat kuat dalam hafazan. Alhamdulillah!



Flexible 
Lihatlah sendiri betapa flesibelnya ... he he he anak sapaaaaa la tu?!

Gambar2 diatas merupakan sumbangan dari Sir Adam. Terimakasih banyak2 ...



Monday, July 20, 2009

Congrats... you are promoted to 1st Degree Black belt!

Alhamdulillah, ujian kenaikan talipinggang Taekwondo telah berjalan dengan lancar. Seramai hampir 40 orang pelatih menduduki ujian kali ini dan diantaranya 2 pelatih wanita yang menduduki ujian talipinggang hitam 1 DAN.

Ujian kali ini dibahagikan kepada 2 sessi kerana aku telah menjangkakan selain dari pelatih2, keluarga, sahabat2 handai dan kejiranan juga menyaksikan ujian kali ini. Agaknya aku mewajibkan ibu/bapa menyaksi ujian kenaikan t/pinggang adalah antara syarat2 ujian. Hu hu hu ... Aku yakin ini adalah diantara ribuan cara untuk membolehkan ibubapa menilai kebolehan anak2 mereka. Ternyata berjaya!!

Hampir setiap keluarga datang dengan kamera dan tak kurang juga dengan video kamera ... terutama semasa ujian t/pinggang hitam dijalankan ... terlalu banyak 'flash' kelihatan sana-sini. Aku juga difahamkan terdapat ibu2 yang tidak dapat menahan kesedihan apabila menyaksi kedua2 pelatih wanita itu di'belasah' secukupnya... ala2 Akademi Fantasia menunggu saat beg ditarik keluar oleh peserta yang diundi keluar.

Oleh kerana tidak cukup pelatih wanita untuk free-sparring ... terpaksa free sparring hanya 2 round dengan wanita dan selebih 4 round dengan pelatih2 lelaki (tak kasihan langsung la pulak mereka ni...) termasuk 2 lawan 1 dan kedua2nya lelaki. Pada saat ini dapat dilihat tenaga sudah tiada ...yang tinggal hanyalah sisa semangat dan airmata. Maaf...ini ujian tali pinggang hitam ...no mercy!

Aku amatlah berbangga dengan pelatih2 lain yang terus bertepuk memberi sokogan moral dan semangat ...sementara si bapa yang melihat pada aku ... (terpaksa aku memberi isyarat ..no problem!) dan si ibu terus menunduk. Aku telah melatih mereka hampir 7 tahun dan sangat yakin mereka akan berjaya!

Setiap kali pemecahan papan akan dilakukan ... berebut empunya kemera berkejar ke sana sini untuk mendapat 'shoot' yang baik, ibubapa, tetamu2 terus menghampiri untuk melihat sendiri .... tak lupa menjerit memberi sokongan moral. (Masa aku ambik dulu2 tak sapa yang menjerit memberi sokongan kecuali Sir Sharifudin Mamat ... thanks, bro)

Special thanks untuk Sir Sharifudin, Ariffin, Asmir setta tetamu2 yang hadir dalam ujian kali ini. Tidak lupa juga pada pelatih2 dewasa SMARTS yang terus bersama aku dalam membangunkan SMARTS dan adik2 pelatih serta ibubapa.

And to Natasha Nabilla dan Nazurah Sobri ...congrats you are promoted to 1st Degree Black-belt!

psst ... nanti kita merasa pulut kuning... ada parents nak buat kenduri kat Dojang!
23hb July 2009 - Visit Sir Adam blog to view pictures here.

Friday, July 17, 2009

Kejohanan TKD Tertutup SMARTS... TERKINI!

Alhamdulillah SMARTS akan mengadakan Kejohanan Tertutup pada 16th August 2009 (1 hari) sempena Program Bulan Kemerdekaan anjuran Belia Bukit Sentosa/ Beruntung/ MK.

Kejohanan ini akan berlangsung seiringan dengan program2 lain sepanjang hari dan berlangsung di Dataran Bukit Sentosa. Tempatnya adalah padang, maka beberapa persiapan seperti khemah, papan lapis, audio bunyi dll terpaksa di selesaikan juga. Oleh kerana program ini agak 'last minute' serta tempatnya bukan di dewan, aku tidak meletak harapan yang tinggi dari segi kualiti tempat tetapi mengharapkan kualiti yang tinggi dari segi persembahan peserta2 selain dari makan/minum yang ditaja oleh pihak2 yang berkenaan.

Maka dengan segala hormatnya aku menjemput rakan2 seperjuangan yang tinggal berdekatan untuk berkunjung dengan menghantar peserta2 dan membantu dari segi teknikal kejohanan ... pengadil kejohanan dan apa2 saja yang perlu dibantu.

Kejohanan ini hanya menyediakan acara individu Lelaki (bwh 9 thn, bwh 12 thn dan bwh 16) dan Wanita (bawah 10 thn dan bwh 16 thn).

Oleh kerana kekangan masa dan tempat, aku anggarkan seramai 70 -80 org sahaja penyertaan yang dapat di uruskan. Walau bagaimana penyertaan pelatih2 amatlah dialu2kan.

Harap Maklum!

Wednesday, July 15, 2009

Kejohanan TKD Tertutup SMARTS?!

Aku dapat sms dari pelatih dewasa aku, "boleh tak kita buat TKD tournament sempena Majlis Kemerdekaan anjuran Belia Bukit Sentosa?"

Petang itu, kami berbincang ... Sdr Anwar telah dilantik menjadi Pengerusi bagi program itu... dan sebagai pelatih TKD yang begitu bersemangat pastinya program utamanya ialah Taekwondo. Tempatnya bukanlah di dewan tetapi di padang atau "Dataran Bukit Sentosa". (Jika ingat tempat SMARTS buat demonstrasi Taekwondo sempena Hari Belia). Tengok ni... http://sirnoordin.blogspot.com/2009/05/demo-di-karnival-belia-daerah.html

Jadi setelah dibincang2 ...rasanya tak salah jika kita anjurkan secara kecil-kecilan atau tertutup untuk adik2 SMARTS dan jemputan bagi DTA, PERTAMA etc. Kami memerlukan 3 khemah besar yang dapat membuat satu gelanggang dan acara cuma untuk Individu sahaja. Pastinya ianya tidak sehebat 'tournament' lain ... yang pasti makan/minum disediakan oleh pihak penganjur.

Kami juga mempertimbangkan bahawa ini adalah peluang bagi pelatih2 SMARTS mendapat pendedahan tentang perjalanan kejohanan kerana pada bulan Nov/Dec 2009, kami telah diberi kepercayaan oleh Sir Sharifuddin untuk menganjurkan DINS Invitation Tournament (DIT) di Bukit Sentosa.

Sumbangan ide dan pendapat amatlah dialu2kan...

Saturday, July 11, 2009

Grading Test 19th July 2009... Good Luck!

Insyallah Ujian Kenaikan Talipinggang Taekwondo SMARTS akan diadakan pada 19hb July 2009 10 pagi - 1 tengahari...

Diagarkan seramai 45 - 50 pelatih dari pusat latihan Sentosa Martial Arts School (SMARTS) dan Sekolah Al-Amin Bukit Sentosa akan menduduki ujian kenaikan talipinggang Taekwondo pada kali ini. Seramai 30 pelatih t/pinggang putih (Beginer) dan selebihnya pelatih 'Junior' dan 'Senior'.

Julung2 kalinya SMARTS mengadakan ujian kepada 2 orang bakal 'black-belt' yang telah berlatih bersama Sir Noordin selama hampir 8 tahun. Kedua2nya adalah pelatih wanita iaitu Nazurah bt Sabri dan Noor Natasha Nabilla... dah hampir 3 tahun mereka 'blacktip' dan aku rasakan dah tiba masanya mereka bergelar 'blackbelt'.

Mungkin kerana antara prinsip aku bahawa... sekurang2nya umur mesti 16 tahun ke atas! Tidak menjadi satu tanda-ukur ..sekadar ingin memastikan kualiti 'blackbelt'. Apa2 pun terpulang kepada masing2 ... mcm Taekwondo aliran sekolah, 2 tahun dah black-belt tapi 'lu fikirlah sendiri'.

Hingga hari ini aku cuma ada 4 'black-tip' (sejak 2001 DTA Sentosa), 2 pelatih2 telah aku izinkan sementara 2 orang lagi ... tunggu hingga aku berpuashati dari kesemua segi.

Apa2 pun, semoga BERJAYA!

Thursday, July 2, 2009

Lelaki Sejati?

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…Duit bukan kawan…Dunia hanya pinjaman…Mati tak berteman…

“Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk Dicintai dan dikasihi serta disayangi.”



Lelaki sejatikah anda?

Monday, June 29, 2009

m4sc Annual Ride.... AR09

Tahun ini kami (Bukit Beruntung Bikerz BBC) telah diberi penghormatan untuk menganjurkan Annual Ride 2009 untuk 4stroker community. Program in diadakan setiap tahun sempena penubuhan community ini iaitu bulan Jun. Alhamdulillah kehadiran yang membanggakan dari serata Malaysia serta perjalanan program yang lancar.

Kami memulakan perjalanan ke Teluk Batik jam 10 pagi ... berkumpul di Petronas Manjung sementara menunggu group bikerz dari Northern dan Cameron Highland (pada yang berkhemah malam sebelum itu). Setelah berkumpul, kami terus ke Teluk Batik singgah makan tengahari di persimpangan Teluk Batin (maaf nama restoran tak ingat ... pasai sedap sgt masakan ala kampung)

Selepas 'check-in', berjalan2 sekitar Teluk Batik....

Agenda hanya pertemuan sesama bikerz m4sc sambil kutuk mengutuk, makan2, kara-ok, tengok motor masing2...pastu ride ramai2! Disebalik semua ini, silahturahim terjalin dari seluruh Malaysia. Kemana sahaja kita pergi dan kebetulan ada bikerz2 ini...call aje ...sure TTS (Teh Tarik Session) kat mana jua...

Gambar diatas adalah majlis penyerahan mandat m4sc Annual Ride 2010 kepada TokNik (chief Northen Region) ...dan AR2010 di Besut, Trengganu.

Gambar2 ehsan SirMart.

Tuesday, June 23, 2009

MGTF National Tournament....

Habis je training hari Ahad tu ... siap2 terus gie MGTF National Tournament kat Politeknik Shah Alam .... niat hati nak bagi pendedahan bagi pelatih2 baru aku terutamanya yang dewasa tentang Taekwondo Tournament. Aku lak niat nak jumpa kawan2 lama ...
Gambar di atas aku dengan Ayasu Koru Obi dan Mang Ganu... at last jumpa gak dengan Mang ni... walau bagaimanapun masih tak berkesempatan nak gi Dungun lagi ... tengoklah hujung2 tahun ni. Lepak kat Rantau Abang ...tengok penyu telur!! Anyway nice to meet u guy...
Macam biasa aku mesti ambik kesempatan jumpa Master Najmi .... pejam celik dah dekat 15 tahun aku kenal dengan 'thru' Sir Sharifudin ... syok gak dengar citer dia didik Sir Din dulu2 ... ha ha ha ... dan byk2 Master ...anak2 dia aje yang berjaya dalam Taekwondo...aku rasalah... Harap2 anak2 aku juga seperti ity ...insyallah sekarang ni nampaknya kearah itu. Amin!!
Ni pulak gambar Master Chee Moon Peow ... pelatih2 aku kat SMARTS nak tengok dia ... aha tengoklah ... dah hampir 2o tahun kenal dia... iskk sedar dok sedor aku yang makin tua... hu hu hu

Ni pulak Master Yeow ... Tradiotional Taekwondo Academy (TTA) .... rasa2 aku Sir Adam lagi kenal dia kot!

Yang paling gembira dapat jumpa kawan2 lama ... macam Sir Mustana (Pahang), Sir Nizam (Negeri Sembilan), Sharvin (Kulim), Ustaz Mansur (Kulim) etc .... moga persahabatan kita 'thru' aktiviti Taekwondo ini akan berkekalan....

Wednesday, June 17, 2009

SirN's Schedule

SirN schedule

15 - 17 Jun 2009
ITIL v3 Training, InfoTrek, Amcorp

18 - 20 Jun 2009
ITIL v3 Training, Park Royal

24 - 26 Jun 2009
ITIL v3 Training, TPM

27 - 28 Jun 2009
Annual Ride m4sc, Teluk Batik
Note: Need assistance for my TKD's friend to cover my TKD class during my absence...
27 & 28 Jun for 815am and 515am class. Anyone available for any of this session, please advice.... Many thanks!!

1 - 3 July 2009

ITIL v3 Training

6 - 8 July 2009
ITIL v3 Training

5 July 2009
Kempo

19 July
Grading Test

22 - 24 July 2009
ITIL v3 Training

Hu hu hu...

Wednesday, June 10, 2009

What goes around comes around...

One day a man saw an old lady, stranded on the side of the road, but even in the dim light of day, he could see she needed help. So he pulled up in front of her Mercedes and got out. His Pontiac was still sputtering when he approached her. Even with the smile on his face, she was worried.

No one had stopped to help for the last hour or so. Was he going to hurt her? He didn't look safe; he looked poor and hungry. He could see that she was frightened, standing out there in the cold. He knew how she felt. It was that chill which only fear can put in you. He said, 'I'm here to help you, ma'am. Why don't you wait in the car where it's warm? By the way, my name is Bryan Anderson.' Well, all she had was a flat tire,but for an old lady, that was bad enough.

Bryan crawled under the car looking for a place to put the jack, skinning his knuckles a time or two. Soon he was able to change the tire. But he had to get dirty and his hands hurt. As he was tightening up the lug nuts, she rolled down the window and began to talk to him. She told him that she was from St. Louis and was only just passing through.

She couldn't thank him enough for coming to her aid. Bryan just smiled as he closed her trunk. The lady asked how much she owed him. Any amount would have been all right with her. She already imagined all the awful things that could have happened had he not stopped. Bryan never thought twice about being paid. This was not a job to him. This was helping someone in need, and God knows there were plenty, who had given him a hand in the past. He had lived his whole life that way, and it never occurred to him to act any other way.

He told her that if she really wanted to pay him back, the next time she saw someone who needed help, she could give that person the assistance they needed, and Bryan added, 'And think of me.' He waited until she started her car and drove off. It had been a cold and depressing day, but he felt good as he headed for home, disappearing into the twilight.

A few miles down the road the lady saw a small cafe. She went in to grab a bite to eat, and take the chill off before she made the last leg of her trip home. It was a dingy looking restaurant. Outside were two old gas pumps. The whole scene was unfamiliar to her. The waitress came over and brought a clean towel to wipe her wet hair. She had a sweet smile, one that even being on her feet for the whole day couldn't erase. The lady noticed the waitress was nearly eight months pregnant, but she never let the strain and aches change her attitude.

The old lady wondered how someone who had so little could be so giving to a stranger. Then she remembered Bryan ... After the lady finished her meal, she paid with a hundred dollar bill. The waitress quickly went to get change for her hundred dollar bill, but the old lady had slipped right out the door. She was gone by the time the waitress came back.

The waitress wondered where the lady could be. Then she noticed something written on the napkin. There were tears in her eyes when she read what the lady wrote: 'You don't owe me anything. I have been there too. Somebody once helped me out, the way I'm helping you. If you really want to pay me back, here is what you do: Do not let this chain of love end with you.' Under the napkin were four more $100 bills. Well, there were tables to clear, sugar bowls to fill, and people to serve, but the waitress made it through another day.

That night when she got home from work and climbed into bed, she was thinking about the money and what the lady had written. How could the lady have known how much she and her husband needed it? With the baby due next month, it was going to be hard.... She knew how worried her husband was, and as he lay sleeping next to her, she gave him a soft kiss and whispered soft and low, 'Everything's going to be all right. I love you, Bryan Anderson.'

There is an old saying 'What goes around comes around.' Today I share you this story, and I'm asking you to pass it on. Let this light shine. Simply, pass this on to a friend. Good friends are like stars....You don't always see them, but you know they are always there.

A good story emailed to me.... and I would like to share with you!

Sunday, June 7, 2009

Perkelahan SMARTS Pangkor... Training

Training di Pangkor mengingatkan aku tahun 1992 dimana aku mula2 join Persatuan Taekwondo UTMKL setelah "malas berTKD" selepas pindah dari UTM Skudai. Sharifudin (la ni Sir) mula2 datang dan approach aku suruh start semula Taekwondo disebabkan Tournament dan hampir kesemua budak2 bujang rumah masuk Tournament tersebut (pasal rumah bujang aku dulu hampir semua main martial arts).

Selepas tournament tu ...aktiviti cuti semester adalah Perkhemahan di Pulau Pangkor ...gabungan UTMKL dan UTM Skudai... ramai siul!! Kami berkhemah di Teluk Gedung (hampir 2km berjalan kedalam hutan)... dimana aku dan Agus (Sir...mana ntah hilang) pergi cari budah hilang! Hampehh h ...habis satu badan aku luka2 termasuk lubuk ular sawa. Lain kali citer....

Berbalik kepada SMARTS Pangkor ... lihat gambar2 kami training di pantai Teluk Nipah ... ibu-ibu SMARTS juga tidak ketinggalan mengikuti training ... agak syok dapat main lambung2 dan berguling dipasir ... tak gitu?! Kami memfokuskan latihan 'throwing technique' ... syok la pulak main kat pasirkan... he he he

Mulanya adik2 SMARTS begitu semangat dalam latihan ... selepas 1/2 jam mata sudah mula melihat ombak laut yang memanggil2 ... sebenornya bukan adik2 aje yang nak mandi laut ... sir2 pun tak tahan jugak. Nanti kita citer depa mandi kat Pulau Giam (kira Giligan Island la)
Syoknya 'John Taliban' bermain pasir .... semua volunteer nak dijatuhkan ... best!
Habis training, sir2 juga mengambil kesempatan untuk bergambar ... aku dimaklumkan oleh pengarah, kita ada extra budget untuk sewa bot 'round island' dan mandi di Pulau Giam ...jernih beb ... habis training semua lari balik..tukar baju mandi ...kita enjoy!!
Entry lain tentang SMARTS Pangkor dapat dilayari di


PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...