Wednesday, July 15, 2009

Kejohanan TKD Tertutup SMARTS?!

Aku dapat sms dari pelatih dewasa aku, "boleh tak kita buat TKD tournament sempena Majlis Kemerdekaan anjuran Belia Bukit Sentosa?"

Petang itu, kami berbincang ... Sdr Anwar telah dilantik menjadi Pengerusi bagi program itu... dan sebagai pelatih TKD yang begitu bersemangat pastinya program utamanya ialah Taekwondo. Tempatnya bukanlah di dewan tetapi di padang atau "Dataran Bukit Sentosa". (Jika ingat tempat SMARTS buat demonstrasi Taekwondo sempena Hari Belia). Tengok ni... http://sirnoordin.blogspot.com/2009/05/demo-di-karnival-belia-daerah.html

Jadi setelah dibincang2 ...rasanya tak salah jika kita anjurkan secara kecil-kecilan atau tertutup untuk adik2 SMARTS dan jemputan bagi DTA, PERTAMA etc. Kami memerlukan 3 khemah besar yang dapat membuat satu gelanggang dan acara cuma untuk Individu sahaja. Pastinya ianya tidak sehebat 'tournament' lain ... yang pasti makan/minum disediakan oleh pihak penganjur.

Kami juga mempertimbangkan bahawa ini adalah peluang bagi pelatih2 SMARTS mendapat pendedahan tentang perjalanan kejohanan kerana pada bulan Nov/Dec 2009, kami telah diberi kepercayaan oleh Sir Sharifuddin untuk menganjurkan DINS Invitation Tournament (DIT) di Bukit Sentosa.

Sumbangan ide dan pendapat amatlah dialu2kan...

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...