p/s: Bikerz dilarang melihat lama2 ... nanti tak tidur malam!!Sebuah Himpunan Kenangan dan Bekalan Jiwa Untuk Pengembaraan Mereka Nanti. Dari dasar lautan biru hingga ke puncak tertinggi setiap langkah dalam kembara ini mengajar aku satu hakikat — bahawa hidup ini jauh lebih indah apabila dipandu oleh hati mendekati-Nya.
Berkat kerjasama ahli-ahli SMARTS... pameran dapat juga diadakan dalam keadaan serba tak cukup. Tetapi bila tengok "jiran-jiran sebelah" yang juga terlibat dengan pameran... rasa2nya SMARTS yang terbaik dari segi bahan-bahan, alatan latihan, flat screen, laptop dan tak lupa patung orang ... he he he Gambar diatas bro Bob dan bro Rozman sedang bertumus menyiapkan gerai pameran dipagi karnival...
akhirnya berebutlah pelatih2 SMARTS dan pengunjung2 bergambar di gerai SMARTS ...
Gerai SMARTS mendapat kunjungan dari YB Mat Isa (Dun Batang Kali) ...
Dan inilah 3 bros yang hebat... bertumpus lumus untuk menyiapkan gerai SMARTS serta berusaha agar SMARTS mendapat sambutan di daerah Hulu Selangor. Tahniah!!
Minggu depan kita gie bercuti di Pulau Pangkor ... yahoooo!!
SMARTS telah dijemput pada saat-saat akhir untuk menyertai Karnival Belia Daerah Hulu Selangor. Dengan persiapan 2 hari untuk menyediakan pelatih2 untuk demonstrasi dan bahan-bahan pameran sememangnya memenatkan. Tambahan pula aku baru pulang dari Brunei ... kelam kabut juga! Lebih memeritkan lagi aku terpaksa berkerja Sabtu dan Ahad menyiapkan tender.
Dalam gambar adik Wan Syam dan Wan Wahid sedang "free-sparring" dan gambar dibawah adik Faris dan adik Syahmi dalam "one step sparring.
Disudahi dengan acara bergambar beramai2 SMARTS dan PERTAMA ...
Sekali lagi diucapkan berbanyak2 terimakasih kepada pasukan PERTAMA yang turut serta dalam memeriahkan acara demonstrasi ini.
Tetiba terjumpa gambar2 ni masa ambil grading test tahun lepas... almaklumlah dah berumur nak ambik grading test ...so 4-5 bulan prepare stamina dan "hafazan pattern".
Malam tu ... "hafazan pattern" aku memang bagus... tak lupa cuma stamina ... meletakkan sedikit harapan agar tak tumbang masa tu... alhamdulillah penat yang amat! Aku rasa 1 steps, self defense ...punya la byk smpi tak terbilang kot... sparring ntah berapa round ...
"Sdr Noordin sila dtg ke pejabat MGTF untuk ambil sijil 4. Sila sms untuk temujanji. Dato Sabree", ... sms aku terima dari Grandmaster Dato.
Pelatih2 dewasa aku juga mengambil kesempatan untuk bergambar bersama beliau. Kami juga mengambil gambar2 didalam dojang ... curi ide untuk dojang Smarts. 
Aku agak terharu dengan keinginan mereka dan kesungguhan mereka untuk menaikkan Smarts walaupun baru mengenali aku 4 bulan yang lalu. Aku nyatakan ide itu memang bagus. Telah aku fikirkan sejak awal lagi bahawa kelas akan mengikut sekurang2nya 2 kategori (Begineer & Junior, Senior), cuma buat masa ini kita belum cukup "crowd' lagi ...nanti sunyi dan boring la pulak.
Tentang carta organisasi, insyallah kita akan mulakan untuk Persatuan Taekwondo (MGTF) Hulu Selangor cuma persoalan sejauh mana persediaan kita.
Usul ke-3, he he he Sir belum ada budget la.... akhirnya mereka telah sepakat untuk mengecat Dojang and menyusun-atur kembali Dojang (maklumlah bro Bob ni berniaga Interior Design... byk ide dia)...
Baik kata korang baik la kata Sir....
Last week and coming week, I got back to back training assignment for ITIL v3 Foundation Training. Alhamdulillah its shown a positive indication for Quint Wellington Redwood (QWR) - the company that I attached with. Aku, pengembara di jalan yang panjang, menyusuri benua, laut, dan gunung, menyulam mimpi di hela nafas bumi. Di dasar lautan, aku menyelam m...