Monday, April 20, 2009

Grading Test 19th April...

19hb April, SMARTS telah mengadakan Ujian Kenaikan Talipinggang Taekwondo. Untuk kali ini, seramai 12 pelatih pemegang t/pinggang putih telah menduduki ujian tersebut dimana 7 orang kanak2, 2 remaja dan 3 dewasa.

Kehadiran Sir Ali, 4th Dan memulakan dengan mengambil sessi "warming-up" serta latihan-latihan ringan. Setelah habis "warming-up", Sir Ali meneruskan latihan kepada pelatih2 yang tidak menduduki ujian dan Sir Noordin memberi penerangan tentang tatacara menduduki ujian kepada pelatih2 serta meniupkan semangat.

Kesungguhan pelatih2 dapat dilihat dengan memberikan yang terbaik semasa ujian tersebut. Antaranya adik Bryan Yap (gambar dibawah) telah membuktikan bahawa dia layak mendapat "double promotion".
Masa yang dinanti2kan telah tiba, Sir Sharifuddin mengumumkan keputusan ujian dimana standard yang ditunjukkan oleh pelatih2 SMARTS agak tinggi. Tahniah diucapkan! Kesemua pelatih2 telah lulus ujian dan mendapat Double @ Triple Promotion.

Setelah keputusan diumumkan, Sir Sharifuddin telah mengambil kesempatan untuk menerangkan tentang teknik2 serta menunjukkan sedikit demontrasi teknik. Sir Shaifudin juga akan cuba untuk melapangkan masa untuk hadir pada sessi kelas dewasa dalam masa yang terdekat ini. Insyallah.

Setelah selesai ujian dan penerangan, pelatih2 SMARTS mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Sir Sharifuddin dan Sir Ali. Ramai juga dikalangan parents mengambil kesempatan untuk mengambil gambar2 dari pelbagai sudut.
Tahniah diucapkan kepada pelatih2 dan ujian ini hanya satu titik permulaan untuk terus berlatih dalam seni Taekwondo ini. Senarai nama2 pelatih:-
Kids Development Program
1. Adik Iman Taqiuddin (Double Promotion)
2. Adik Nurin Irdina (Lulus)
3. Adik Adib Haikal (Lulus)
4. Adik Zafran (Lulus)
5. Adik Bryan Yap (Double Promotion)
6. Adik Syahmie Sobri (Lulus)
7. Adik Izzaty Razak (Double Promotion)
Remaja
8. Shanthen (Triple Promotion)
9. Mahendra (Double Promotion)
Executive Program
10. Anwar Ridhawi (Triple Promotion)
11. Razman (Double Promotion)
12. Asri Mat Arif (Double Promotion)

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...