Monday, February 4, 2013

Abang Redha

As Salam

Suatu ketika semasa bermain golf dengan seorang kawan lama ... yang ternyata tiada tumpuan dalam permainan.Senyuman pahit dilontarkan andainya ada scene yang melucukan ...pahit!!

"Nape bro?!"

Kawan, "nak citer salah tak citer salah ... rumahtangga aku retak menanti belah walaupun dah puas naik turun jambatan agama memohon nasihat. Rasanya dah tiada jalan penyelamat .... aku fikirkan anak2 ...argh entahlah macamana ..puas dah dipujuk tak makan jalan..."



 "Apa puncanya?"

Kawan, "biasalah Sir ..lelaki ... " Boleh baca disini: Kawin Kuasa Dua

"Maaf bertanya ...engkau sayang kat dia lagi ke?"

Kawan, "Tentulah .. kalau tak aku tak stress macam ni .... tolonglah Sir, apa yang patut aku buat untuk selamatkan nya"

"Beginilah .... nasihat Sir simple aje, teruslah mohon pada Allah swt untuk selamat perkawinan engkau ...caranya engkau sendiri kena yakin dengan pertolongan Allah dan berserah kepadanya. Engkau berdoalah dengan apa cara sekali pun cuma Sir nak engkau tambah ayat ini dalam doa' dan bila berpeluang cakap dengan wife engkau sendiri ...."

"Andainya jodoh kita sampai disini sahaja ..ketahuilah bahawa selama engkau menjadi isteri abang ... abang telah redha dengan engkau ...redha seorang suami bermakna Syurga untukmu... "

Alhamdulillah kawan tersebut telah mengamalkannya di dalam doa serta berjaya bercakap langsung dengan isterinya ... pasangan tersebut telah berbaik semula setelah retak menanti belah hampir 6 bulan.

Moga menjadi iktibar kepada yang lain juga ....

"Bro, dah kalah golf ...tak reti2 nak belanja makan ....."

Saturday, February 2, 2013

Logik Zina

As Salam ...

Seberapa ketika dulu, seorang kawan bertanya, "Sir, bila terbang jauh2 dan lama2 ...tak rasa bosan ke? Lagi2 kat oversea macam2 dugaan dan godaan..."

"Sunyi dan bosan tu biasalah tapi ambil lah kesempatan untuk diri sendiri...macam berlatih silat ke Taekwondo ke ...belajar masak kat apartment... masaklah ikut selera kita.. itu cara Sir habiskan masa"

Kawan, "ooo... tapi bukan itu maksud aku ... bila aku gi outstation ..huru-hara jadinya terutamanya kat Manila dengan godaan 'perempuan' yang lebih kurang macam orang kita tapi putih gebu .... biasanya aku gagal! Sir tak rasa apa2 ke?! "

"Rasa seperti tu ada cuma kita kena hindar la...apa yang perlu buat balik kerja, pack dinner dan makan dlm bilik hotel pastu layan UFC - Ultimate Fighting Champion ke movie ke... layan TV sampai tidur la... senang aje! Tak perlulah ronda2 ..lagipun tak sure selamat"

Kawan, "tak pe lah Sir iman kuat ....."

"Ha ha ha iman kita lebih kurang je ...nipis lagi dari kulit bawang cuma ...Jangan Hampiri Zina ... kalau rasa tak kuat juga ingat aje hukuman hudud ni ...camni ..apa kesalahan zina jika belum kawin dan jika dah kawin mengikut hukum hudud?"

Kawan, "kalau bujang ..80 sebatan ... dan kalau dah kawin ...rejam sampai mati ... tahu Sir tapi tak berkesan pasal godaannya sampai ketar tubuh badan ... "

"Macam ni logik Sir selama ini ....ni logik aje untuk kefahaman dan kesedaran agar dapat jadi benteng ... kalau belum kawin bermakna sebatan 80 kali ....bermakna ada kemaafan utk terus hidup di dunia ...tetapi jika sudah berkawin macam engkau ni ... kemaafannya ada juga tapi dengan kematian ...bermakna jika tak nak mati ..tiada kemaafan ...tiada kemaafan ..kira dah booking tempat dalam neraka la... jika nak kemaafan, maka pakat2 kena rejam lah dan rejam sampai mati ..fikir2 kan ...itu yang pertama dan yang kedua ...bagaimana penyakit seperti AIDS atau HIV tetiba terjangkit pulak kat isteri dan anak2 dan lebih teruk lagi keturunan engkau dapat penyakit baru ..suka berzina ... itu aje LOGIK ZINA sir ... ada brani?!"



Penyakit sosial seperti ini biasanya pada mereka yang memegang prinsip "if just want a milk why bring cow home...". Bagi orang Islam, nak kawin lebih dari satu - tak berani, tak mampu dan tak nak terbeban dengan tanggungjawap menanggung keluarga yang baru disamping bebanan keluarga sedia da  ...bagi yang bukan Islam - undang2 tidak membenarkan lebih dari satu ... kadang2 berlakulah "relationship by interest" dimana lelaki dan wanita mempunyai keinginan yang sama tetapi tidak mahu terjalin apa2 ikatan serta tanggungjawap.

Apa2 pun yang dah terlanjak ...balik2 lah kepangkal jalan ...yang belum cuba, tak payah lah nak cuba2 kot2 jadi ketagih .. maklumlah benda haram selalunya best! Tak gitu ...

Thursday, January 31, 2013

Kawin kuasa dua ...

Sembang2 orang lelaki ... bila 'sekopi' atau 'teh tarik' ada ketika terjadi perubualan tentang 'Kawin Kuasa Dua' ...kalau mulanya sunyi sesuatu perjumpaan pasti rancak bila masuk bab ini .... persoalannya berani kah?

Dan jawapan yang biasanya kedengaran adalah 'Bini aku tak takut aku....'

Terjadi sebuah persoalan tentang seorang yang mula memasang hati untuk itu melalui seorang sahabat ....

Sahabat, "Sir, kawan saya ni nak kawin tapi berserabut dengan bermacam2 masalah ...sir bagi nasihat la ..."

MASALAH-1

'Biasalah jika nak kawin kuasa dua je yang ada masalah .... ha ha ha ...nasihat aku jika serius nak kawin mesti inform isteri pertama..."

Sahabat, "nak mampuih .... "

"Berani buat berani lah tanggung ... ini kerana jangka panjang silap2 dia mati ..anak isteri pertama kawin dengan anak isteri kedua ... dah jadi huruhara keturunan!!"

MASALAH-2

"Jika dia berani cakap selesai lah masalah... tak gitu?!"

Sahabat, "apa maksud Sir, selesai masalah?"

" ....dah cakap bermakna bukan masalah dia tapi masalah wife dia lah ...setuju ke tidak!! Dan setuju ke tidak ...bukan persoalannya  .... atas hak dia la nak proceed ke tidak"

Sahabat, "Jika wife dia tak setuju dan mintak cerai ?!"

MASALAH-3

"Jika itu berlaku, itu masalah mereka berdua ... terutamanya yang dah ada anak ..."

Sahabat, "So ..."

TIADA MASALAH

"Bukan masalah Sir, lantak dia la .... ha ha ha ...jawapannya senang ...jangan mula dengan masalah pertama tadi"

Secara logiknya, ini formula math untuk masalah dalam sesuatu perkawinan adalah ...



"JIka X= 1 maka 1 la kot?! Jika X = 3  maka 27 dok gitu ...may be betul may be salah tapi yang pasti X=1 pun dah cukup dengan masalah .... nak tambah masalah?!"


"Mamak, kopi tongkat Ali ....wonee ..... "

Sunday, January 27, 2013

White Water Rafting untuk Halal Industries

As Salam ...

Meneruskan perjuangan dalam membentuk keberanian dan keyakinan diri .. bermula perjalanan seawal pagi namun beberapa kejadian kemalangan di highway PLUS agak membantutkan perjalanan namun ada sebab atas segala kejadian. Redha aje lah ....

Terasa amat girang bertemu dengan kumpulan dari Halal Industries seramai 19 orang yang kebanyakkannya kali pertama mengharungi Water Rafting ini ... barangkali juga air agak tinggi disebabkan hujan berturut2 selama 3-4 hari ini. Pasti menarik bagi yang pernah mengharungi ..dan agak senak perut bagi yang pertama kali.

Sampai di Adeline Resort ...berkenalan2 serta makan tengahari ...sungguh berselera selepas mengharungi 'macit' di highway PLUS. Selepas solat Zohor terus berkumpul untuk bersiap2 ke lokasi pelepasan .. ha ha ha wajah berani takut sudah mula kelihatan... barangkali hampir hijau!! Yakin Boleh ...


Sekali lagi taklimat keselamatan diberikan dan kali ini berserta lataihan praktikal ... 'Water Confident'. Tujuannya untuk menambah keyakinan diri andaikata semasa rafting nanti ada yang tercampak keluar dari bot ... biasalah tu kan ..kalau tak tercampak ..tak challenge la!!

Segala teruji dan terbukti ...anda semua memang berani ... dan aku tumpang gumbira melihat wajah2 yang asal hijau kembali merah! Selesai sudah perjalanan yang sejauh hampir 7.5 km selama hampir 2 1/2 jam merentai ranjau serta jeram yang berbahaya. Dan yang lebih menarik terpaksa pula menaiki lori untuk kembali ke markas ... dan satu lagi cabaran yang tak diduga oleh peserta ...

Membuktikan kejayaan sijil "1 AM A RAFTER'  dianugerahkan kepada semua peserta2 yang sememangnya membukti bahawa kami memang berani ... terima kasih teristimewa kepada wanita2 serta anak2 yang juga membuktikan kami tidak takut. Insyallah SirN memang percaya ...kerana wajah hijau diawal program telah kembali merah berseri2. Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Diakhir cerita ... melepas lelah sambil menunggu gambar2 perjalanan siap di transfer ke external hardisk aku ... semoga bertemu lagi di lain ketika di lain program ...

SirN-

Friday, January 25, 2013

Only busy man got time

As salam.

Minggu ini teramat sibuk sekali dengan bermacam2 program antaranya mengajar Project Management - Prince2 di Universiti Malaya, pelancaran GADIS - Girls' Awareness Development Inspirational Series bersama Dr Fadzilah Kamsah, Consulting's meeting, White Water Rafting di Gopeng dan mesyuarat persediaan Smarts Defensive System ....

Tetiba teringat kata2 hikmah ini, "Only busy man got time...."

Apalah sangat aku ini berbanding dengan orang lain... Perjuangan perlu diteruskan ... Meneruskan penulisan untuk membukukan Smarts Defensive System aku agar suatu hari nanti ianya menjadi manafaat untuk mereka yang memerlukan terutamanya wanita dan anak2.

Masih ada ruang masa untuk terus berkerja.... Kerana aku belum cukup sibuk utk tidak mempunyai masa!


SirNoordin

Thursday, January 24, 2013

2013 Suatu permulaan ...

As Salam
Setelah sekian lama memencilkan diri atas faktor kesibukan dengan tugasan harian .. tiba masa untuk kembali berkongsi cerita dan kisah. Selamat Tahun Baru 2013 serta Selawat dan Salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.

2013 ... membuka lembaran dan cerita baru Smarts Coach.

Perjuangan selama hampir 10 tahun untuk berkongsi setitis ilmu yang barangkali bermakna bagi setengah2 orang ... Smarts Self Defense REBRAND kepada Smarts Defensive System (SDS) - sistem yang dibina untuk memudahkan mereka yang berminat mempelajari seni beladiri peringkat asas dan keutamaan diberikan kepada wanita dan kanak2. Walau bagaimanapun, lelaki juga amat digalakkan.

SDS terbuka kepada mereka yang tidak mempunyai fizikal yang kuat, faktor umur bukan persoalan  kerana sistem ini memberikan ilmu pencegahan jenayah dan juga teknik serta taktik mudah dalam melepaskan diri anda.

Pada tarikh 23 Jan 2013, pelancaran program GADIS - Girls' Awareness Development Inspirational Series anjuran Fadzilah Kamsah Academy (FKA) menaikkan kembali semangat untuk terus berbakti dan berkongsi ilmu kepada yang memerlukan. Terharu bila mengenang diri yang kerdil ini berada diantara Dato' Dr Fadzilah Kamsah, pakar motivasi yang terkenal seantero Malaysia dan juga Datuk Dr Mustapha, usahawan yang berjaya ...dan aku hanyalah dikenali dengan SirN dikalangan murid-murid aku! Tidak lebih dari itu ...

Perjuangan tetap aku teruskan agar generasi akan datang mampu berdepan dengan situasi yang lebih mencabar ...

Sir N

Thursday, December 9, 2010

Jadual Program Smarts Coach Tahun 2011

Salam Hormat! Salam Smarts!

Jadual program-program Smarts Coach untuk Tahun 2011 (hingga March). Tarikh-tarikh tersebut merupakan tentatif program kami dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.  

December 2011
26 December 2011 - Ujian Kenaikan Talipinggang Taekwon-do (ahli-ahli Smarts)



January 2011

15 January 2011 - Kursus Asas Beladiri (Self Defense)
Bengkel selama 4 jam akan diadakan di Smarts Coach (HQ) di Rawang, Selangor. Penyertaan hanya terbuka kepada 30 peserta sahaja lelaki dan perempuan berumur dari 10 tahun keatas. Kursus akan memberi tunjuk ajar serta berkongsi ilmu dalam mempelajari asas-asas beladiri dan taklimat kesedaran jenayah. Amat sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai asas beladiri.
Yuran RM50.00

22 January 2011 - Kursus Smarts IMPIAN
Bengkel selama 4 jam akan diadakan di Smarts Coach (HQ) di Rawang, Selangor. Penyertaan hanya terbuka kepada 30 peserta sahaja lelaki dan perempuan berumur dari 10 - 17 tahun terutamanya untuk adik-adik yang akan menduduki peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM. Melalui kaedah Smarts Impian, kami akan membantuk adik-adik menetap matlamat dan impian serta teknik belajar berkesan. Teknik Terapi Minda juga digunakan disepanjang program ini. 
Yuran RM50.00

March 2011

5 March 2011 Kursus Asas Beladiri (Self Defense)

Bengkel selama 4 jam akan diadakan di Smarts Coach (HQ) di Rawang, Selangor. Penyertaan hanya terbuka kepada 30 peserta sahaja lelaki dan perempuan berumur dari 10 tahun keatas. Kursus akan memberi tunjuk ajar serta berkongsi ilmu dalam mempelajari asas-asas beladiri dan taklimat kesedaran jenayah. Amat sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai asas beladiri.
Yuran RM50.00

12 - 14 March 2011 Kem Jati Diri dan KECEMERLANGAN
Kem Jati Diri dan Kecemerlangan yang amat dinantikan oleh adik-adik. Sila daftar diri secepat mungkin bagi memastikan tidak terlepas peluang bersama fasilitator Smarts Coach yang penyayang, kelakar tetapi tegas. Penerapan jati diri serta terapi minda akan terus dilaksanakan disamping kaedah Smarts IMPIAN menjadi asas pada kem ini.
Yuran: RM 250 dan pendaftaran sebelum 15 Feb 2011 RM220 sahaja!

Maklumat lanjut sila hubungi
Pn Linie 019-6159876 
atau
layari http://www.smartscoach.com/  atau di Facebook kami, Smarts Coach

Wassalam

Wednesday, December 8, 2010

Kem Jati Diri dan Ikhtiar Hidup Smarts Coach 26 Nov 2010


Salam Smarts! 

Alhamdulillah program Kem Jati Diri pada 26 - 28 Nov 2010 di Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor telah selamat dijalankan seperti yang dirancang dengan kehadiran yang menggalakkan dari serata Malaysia.

Beberapa program baru telah diperkenalkan bagi menambahbaik program yang sediakan serta memberi ruang dan peluang bagi peserta membentuk jati diri, kepimpinan, kerjasama berpasukan, menguruskan masa dan pasukan dan lain2 lagi.


Gambar dibawah menunjukkan peserta sedang menyediakan khemah masing2 dengan dibantu oleh fasi-fasi yang bertugas. Ini merupakan pengalaman pertama bagi kebanyakkan peserta kem. 
G

Tidak dilupakan juga pembentukkan 'kerohanian' dimana pada setiap waktu Subuh dan Maghrib, peserta2 kem wajib untuk bersolat secara berjamaah serta mendengar kuliah yang disampaikan.  

Smarts Amazing Race telah diolah untuk menguji sifat2 kepimpinan, komunikasi, kerjasama berpasukan, ketabahan dan perancangan mereka dalam mengharungi ujian ini selama 2 jam. 'Race;' ini bukan untuk menguji kepantasan dan kebijaksaan tetapi elemen2 dalam diri yang telah diterapkan sejak mula pendaftaran.

 Diantara tugasan dalam Smarts Amazing Race adalah:

1. Kerjasama Berpasukan - Tanjak dan Bendera Pasukan - menjaga Amanah
2. Musang Berjanggut - Mengharungi tasik untuk mendapatkan uncang Sang Nila Utama
3. Mahligai Syahdu - Mendirikan mahligai
4. Penembak Tepat - Ketepatan dalam koordinasi
5. Santapan diRaja - Memasak dengan menggunakan bahan yang disediakan
6. Jeritan Kemenangan - Kejayaan dalam melihat 'teka teki' dalam tugasan diatas.
7. Perancangan dan Komunikasi - Kesinambungan peta permainan dan perancangan kumpulan

Pada setiap tugasan disediakan Tiugasan Pembuka Halangan .... semua pasukan menunjukkan kemahiran dan kesatuan hati dalam mengharungi cabaran tersebut... yang pasti SAYA BIJAK SAYA BOLEH!

Pada setiap malam, Terapi Minda (Alpha Relaxation) diterapkan bagi memberi keyakinan kepada adik2 peserta yang mereka adalah orang yang BIJAK dan sentiasa BOLEH.

Di majlis penutup, sekali lagi kami menguji adik2 peserta serta menzahirkan keinsafan pada diri ....  sungguh menghayatkan hati apabila  ibu/bapa dan adik2 peserta mengalirkan airmata dan kami di pihak fasi juga tidak dapat menahan kesedihan kerana disepanjang 3 hari 2 malam ..kamu semua adalah anak2 kami.

Semoga dengan izin Allah, apa yang dilalui dan dipelajari disepanjang kem ini akan terus diingati dan semoga kita berjumpa lagi di kem-kem akan datang.

Layari kami di www.smartscoach.com dan Facebook kami - Smarts Coach
Gambar2 juga terdapat dalam bentuk CD, jika berminat sila emailkan ke nk1970@yahoo.com

Friday, October 29, 2010

SmartsCoach goes International ...

 Salam Smarts!!

SmartsCoach mengorak langkah setapak lagi ke peringkat antarabangsa dengan berpeluang melatih warga Sudan di Khartoum.

Kursus Self Defense mula dirancang diminit-minit akhir dengan bantuan warga Sudan, Mr. Ayman Adam Ballouh mendapat sambutan agak menggalakkan.

Dengan warga Sudan yang agak tinggi lampai dan kudrat yang kuat agak mencabar juga dalam memberi tunjuk ajar selain dari bahasa yang menjadi faktor utama.
Walaupun pada mulanya agak kaku dan kurang meyakinkan namun setelah ditunjukkan teknik-teknik tanpa menggunakan kudrat yang kuat tetapi mampu menumbangkan seorang yang bersaiz besar, peserta-peserta mula tertarik. Yang pasti warga Sudan agak kasar dalam 'gurauan' yang memaksa SirNoordin menggunakan 'gurauan' sebegitu juga.
Setelah hampir 3 jam berlatih tanpa rehat (depa ni tak reti rehat ..syok agaknya!) berakhirlah latihan ini dan mula nampak rasa hormat mereka. Yang pasti malam ini ada yang berurut tangan dan antaranya SirNoordin sendiri ... (masuk 4 jam ..boleh patah tangan ni... depa tak reti gurau pelan-pelan).

Rasa puas tak terhingga kerana dapat berkongsi ilmu bersama warga Sudan ini disamping menjawap soalan ini ... "When would be your next course?" Insyallah ...I will be back with my SmartsCoach team.

Wassalam...

Saturday, October 23, 2010

Testimonial from Philippines

This testimonial from Dominic Anthony N. Tan, Philippines


Subject: Feedback on ITIL v3 Foundations Training


The training which I have had the opportunity to attend was great learning experience for me. The instructor/trainer, Noordin Khalid, brought valuable insight from his years of experience working in various industries. His tips and examples helped me understand ITIL from a practical, real-world point of view which greatly supplemented the slides and the training material. The discussions were very informative and questions raised were answered and explained clearly.

I did not think 2.5 days was enough to learn content from over 400 pages. I was surprised that at the end of 3 days, I really did learn a lot. I find the method of instruction very engaging. Open discussion and teaching ITIL from real experience was definitely an added value to the course. The training did not end up to be a memorization marathon which we needed to beat into our heads before taking the exam. Instead, I simply read the manual and found it easier to understand because of how the trainer presented the material.

ITIL isn't about memorizing terminology and jargon. It was about understanding the concepts which make it an international standard and taking those concepts being able to see it from a practical standpoint.

Being able to apply what I've learned was always my goal. I was very fortunate to have learned under Noordin Khalid and have a very informative and well-structured knowledge supplement in form of Quint's ITIL training manual.

If given the chance to train under Noordin Khalid in future advanced classes, I would definitely take the opportunity.

Thank you!


Regards,
Dominic Anthony N. Tan

Monday, June 14, 2010

Women Self Defense (WSD) 13 Jun 2010

Salam SMARTS!

Kursus Women Self Defense (WSD) telah diadakan pada 13 Jun 2010 bermula jam 9am - 1pm di Sentosa Martial Arts School, Rawang, Selangor. Seramai 25 peserta telah menghadiri kursus lelaki dan wanita berumur diantara 13 tahun  - 45 tahun yang kebanyakkannya dari Lembah Klang.

Majlis dimulakan dengan memperkenalkan SmartsCoach serta program-program dan kursus di SmartsCoach. Seterusnya kursus bermula dengan Senaman Tua iaitu senaman yang berasaskan petua-petua Melayu. Latihan ini dikendalikan oleh saudara Elan Zain yang juga merupakan salah seorang fasilitator di SmartsCoach.sekama hampir 1 jam bagi merenggangkan otot-otot perserta.

Latihan Senaman Tua telah membuka minda peserta kerana tidak ramai yang mengetahui terdapat senaman yang berasaskan petua2 orang Melayu. Maklum balas yang kami terima amat menggalakkan.

Setelah selesai Senaman Tua, maka bermula kursus WSD dimana taklimat kesederan jenayah, senjata-senjata yang boleh digunakan, bahagian tubuh badan manusia yang mudah diserang dan teknik-teknik yang simple but effective bagi yang tidak mereka yang tidak mempunyai asas-asas seni beladiri.

Antara teknik yang digunakan adalah serangan dibahagian tekak sambil memegang jari musuh tanpa memerlukan kudrat yang kuat terutamanya wanita. Disamping itu, teknik-teknik yang terpaksa digunakan apabila musuh menyerang dikala kita terbaring bagi menunjukkan 'tidak mengenal kalah' bagi wanita jika perlu juga dikongsi bersama.

Begitu khusyuk mendengar penerangan SirNoordin bagaimana untuk menghadapi jenayah dengan tenang dan tidak panik. Pelbagai pertanyaan tentang situasi jenayah membuatkan kursus ini begitu menarik sekali.

Terimakasih SmartsCoach ucapan kepada peserta-peserta yang hadir dan terimakasih sekali lagi kerana terus mempromosi SmartsCoach untuk kursus-kursus akan datang. Harapan kami agar apa yang dipelajari dapat dipraktiskan jika perlu. Walau bagaimanapun latihan berterusan amatlah penting bagi memantapkan skill yang ada dan jangan lupa petua kita, "SENTIASA TERSENYUM" iye...
Kepada jurulatih dan fasilitator yang terlibat, ribuan terimakasih diucapkan diatas semangat yang tinggi dan profesional yang ditunjukan sebelum, semasa dan sesudah kursus.

Bertemu kita di kursus WSD seterusnya di Wangsa Maju pada 26hb Jun 2010.

Sebarang pertanyaan untuk kursus Women Self Defense (WSD) dan kami juga menerima jemputan untuk mengadakan kursus WSD ini ditempat tuan.

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...