Monday, October 12, 2020

Hanyut Ketika Diving Doplhin88

Salam hormat 


11.10.2020 Dive#1 Doplhin88

Seperti biasa sir turun scuba diving hari Ahad yang lalu. Cuaca diramalkan berangin kuat dan laut berombak agak besar. Namun bagi kami ini adalah sebahagian dari cabaran menjadi scuba diver. Kali ini kami #CekLiDiveCrew bertolak dengan 3 buah bot. Bahtera Perak. Semasa berehat sebentar di Pelong Rock sambil menyiapkan peralatan scuba, kelihatan juga dive center lain seperti Oceanic Quest and Poni Dive berhampiran. Mungkin juga sedang menyiapkan peralatan scuba sebelum meredah kembali lautan yang agak bergelora ini.

#CekLiDiveCrew

Setelah 30 - 40 minit berehat, kami memulakan pelayaran ke dive site iaitu Doplhin88 Ship Wreck - sebuah kapal yang tenggelam beberapa tahun yang lalu. Ombak begitu tinggi. Seram juga terasa melihat ombak yang bergelora. Bot belayar agak pelahan. Sesekali terasa bagai akan terbalik namun jurumudi begitu berpengalaman. 

Bersama Tomtom

Sesampai di Dolphin88, sir menyangkut tali pada tali boya yang bersambung terus ke ship wreck. Bersiap2 utk terjun. Bot kecil berbuai2 ke kiri dan kanan dipukul ombak besar. Bagi diver, ombak masih boleh bertahan, risau jika current juga sekuat ombaknya. Tidak pula kelihatan bot2 dari dive center lain berdekatan. Barangkali mereka tidak ke sini akibat dari ombak kuat. 

Alhamdulillah surface current tidak sekuat biasa. Ini berita gembira bila current tidak kuat. Agak mudah untuk berenang menuju ke anchor line sebelum turun ke ship wreckSepanjang masa kami turun tidak kelihatan ship wreck tanda kabut begitu teruk sekali. Hanya setelah menjejak kaki di ship wreck baru kelihatan. Visibility sekadar 2-3 meter, cukup memadai bagi kam untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan di dasar lautan. Kelihatan banyak ikan warna kekuningan serta sotong berenang berhampiran. Kami turun sehingga ke 23 meter hampir ke dasar lautan. Agak gelap dan berkabut. 

Dive gear ready


Setelah 15 minit kami dive, terasa bagai ada suatu menghampiri. Tiba2 ship wreck tidak lagi kelihatan. Kabut semakin kuat. Kami terpisah dengan kumpulan utama. Kelihatan ada 3 diver berdekatan sir. Terus sir bagi arahan untuk bersama 'stay together' .Kami masih berusaha mencari ship wreck tersebut namun semuanya kelihatan putih berkabut. Bagai berjalan dipuncak gunung yang berkabus teruk. Hilang arah. Naik sedikit keparas 15 meter sambil melihat di bawah untuk mencari anchor line yang bersambung ke bot kami juga tidak kelihatan. Kami terpusing2 mencari namun tanpa sedar kami telah dibawah jauh dari tempat asal. 

Pelong Rock


Setelah cukup 'safety stop" selama 3 minit kami semua timbul secara serentak. Terus dipukul ombak tinggi. Cuma mencari arah bot di sebalik ombak yang bergelora. Sir berterusan memberi arahan untuk semua saling memegang tangan agar tidak terpisah jauh. Kelihatan bot berada sayup2 di hujung sana arah barat. Kami cuba melambai2 tangan namun tidak kelihatan. Kami berpegang tangan sambil cuba berenang mengundur ke arah bot. Nazim memberitahu, orang bot dah nampak kita. Lega sangat. Oleh kerana ombak agak tinggi, bot tidak boleh menghampiri kami hanya sekadar membaling boya kepada kami berpaut seketika. Barangkali juga takut kami dihantuk bot yang berbuai2 juga. Pelahan2 kami bergilir2 untuk menaiki bot. Tomtom dan James kelihatan begitu penat sekali. Nazim aka Mr. Grey kelihatan 'steady'. 

Alhamdulilah semua diver mengikut prosedur dengan baik. Arahan dipatuhi. Yang paling penting tidak ada seorang pun kelilhatan panik ketika menempuhi situasi tersebut. Kebetulan dalam semua, sir yang paling senior, jadi sir mengambil tugas untuk memastikan kami sentiasa bersama2 dan mengikut arahan2 yang sir berikan. 

Dive Log Sir


Terimakasih untuk semua. Terimakasih pada CekLi Dive Master yang memberi tunjukajar dalam menghadapi suasana tersebut. Dari CekLi, otai berbisa dalam bab2 scuba, banyak pengalaman yang dipelajari. Benarlah kata orang, lautan di Brunei ini, bukan calang2 diver boleh bertahan. Berkabut, berangin, berombak dan pasang surut serta current yang begitu kuat sekali. Namun ilmu dan pengalaman memberi kami kekuatan untuk menyelam di sini dengan izinNya jua. 


SirNoordin
Hanyut dilautan

#CekLiDiveCrew
#EFRcourse

Monday, October 5, 2020

Scuba di Brunei Bersama CekLi

Salam hormat


Yang menariknya kali berkenalan dengan Dive Master freelance bernama CheLi atau nama sebenar beliau Noor Azli bin Adnan. Beliau telah lama bermastautin di negara Brunei selama hampir 27 tahun. Otai berbisalah kira ini. Selain dari kerja profesional beliau sebagai pensyarah, beliau begitu "asyik" dengan sukan scuba ini. Segala sijil pengiktirafan dari PADI telah beliau perolehi. Penuh lah dinding rumah dengan sijil PADI ini.

#CekLiDiveCrew


Sir dan juga isteri terus mendaftar untuk kursus Advanced Open Water Diver (AOWD) sementara Hakim (anak sir) mendaftar untuk kursus Open Water Diver (OWD).. Sambil2 itu terus meracun rakan2 lain untuk turut serta. The more the merrier. Ha ha ha 

Dive dgn Oceanic Quest


Alhamdulillah sir dan isteri sudah dapat lesen AOWD dan Hakim sudah dapat lesen OWD. Sejak 3 bulan kebelakangan ini sir dah 'dive lebih dari 15 dive. Hampir setiap minggu turun diving. Enjoy betul walaupun laut China Selatan  begitu kuat ombak serta current nya. 

Kami dah AOWD


Hampir setiap hari minggu sir turun scuba di sekitar perairan Brunei. Tak sangka langsung, banyak scuba site yang boleh diselami samada coral mahupun kapal2 karam dari zaman Perang Dunia ke-2 (WW2)

Rakan sir, Nazim juga turut serta


Setakat nii sudah beberapa scuba site kami selami diantaranya adalah - 
  • Doplhin88 - Kapal karam sedalam 25 meter (my favoret)
  • American Wreck - Kapal karam perang dunia ke 2 (WW2) sedalam 30 meter 
  • Australian Ship Wreck - Kapal karam perang dunia ke-2 (WW2) sedalam 35 meter
  • Blue Water Wreck - Kapal karam perang dunia ke 2 (WW2) sedalam 35 meter 
  • Porter Patch - kawasan Coral sejauh 29 km di tengah2 laut China Selatan sedalam 15 meter
  • Telisai Patch - kawasan agak unik di tengah2 laut China Selatan sedalam 13 meter 
  • Pelong Rock - kawasan coral sedalam 12 - 16 meter
  • Abana Reef - kawasan coral sedalam 12 - 16 meter 
Kata CekLi, "Dah duk Brunei kalau tak scuba, rugi sebab 20 minit je dah sampai pinggir pantai... naik bot terus boleh scuba". 

Bot Bahtera Perak


Jadual mingguan baru - Sabtu hiking di bukit Sarang Helang dan hari Ahad pula turun ke dasar lautan. Agaknya dah "sangap" tidak boleh ke mana2 akibat dari pandemik Covid19 maka aktiviti berscuba pulak jadi mainan mingguan. 

Scuba buddies



Logik juga kata CekLi di Kuala Lumpur, jika ingin scuba terpaksa pergi ke pantai Timur seperti Tioman, Redang dll baru 'enjoy' scuba. Sekurang2 sebulan sebelum scuba dah kena booking scuba time, hotel & transport. Dan perjalanan sekurang2nya 12 jam ke pantai Timur. Dahulu hendak scuba, sir akan terbang ke Phuket sambil layan tomyam lobster.... tapi sekarang 20 minit sahaja sudah boleh scuba. Enjoy while you can... hihi

CekLi

Selain dari itu sir juga scuba dengan Oceanic Quest jika bot CekLi penuh. Ketagih jugak dah ini. Mungkin juga darah daging dari ayah sir Captain Khalid yang menjadikan laut sebagai kehidupannya. Rasa tenang melihat kebesaran ciptaan Allah di dasar lautan. Cubalah...

Video Scuba boleh dilayari di sini



Terima kasih CekLi. 


SirNoordin

AOWD
#CheLiDiveCrew


PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...