Tanggal 20 December kami pulang ke Malaysia. Sempatlah melepas rindu tidur di rumah sendiri setelah sekian lama tidak pulang. Setelah mendarat di KLIA2, kami langsung menuju ke Bukit Beruntung. Hafiz dan Haziq juga pulang dari UTHM sempena cuti belajar (study week). Tok Wan dan Uwan dijangka tiba malam ini juga. Maklumlah saling merindui setelah sekian lama berpisah. Pasti meriah!
![]() |
KTMB ERL 9202 |
![]() |
Disambut oleh sdr Azhar dan Angah di sempadan |
Tanggal 22 December, kami bergerak menuju KL Sentral. Terimakasih kepada bro Jamsari kerana sudi menghantar kami sekeluarga ke KL Sentral. Kami menaiki KTMB ERL Train 9202 menuju Padang Besar, Perlis dan perjalanan memakan masa 5.5 jam dengan kelajuan maksimum 141 km/jam seperti yang terpapar di kaca TV. Bila terasa lapar boleh membeli makanan di gerabak C. Belanja tiket KTM ERL ialah MYR 720 bagi 5 dewasa 2 kanak-kanak dan kanak2 bawah 2 tahun tidak dikenakan bayaran.
![]() |
Sempadan Malaysia-Thailand Wang Kelian |
Perjalanan menuju utara begitu lancar sekali. Sesekali kelihatan highway PLUS yang sibuk dengan kenderaan menuju arah utara juga. Tepat jam 4.30 pm. kami tiba di stesen Padang Besar dan disambut oleh saudara Azhar. Kami terus bergerak ke Wang Kelian untuk memasuki sempadan negara Thailand. Jarak perjalanan sekitar 30 minit dari stesen keretapi. Borang immigration telah siap diisi oleh saudara Azhar melancarkan perjalanan melintasi sempadan. Agak terkejar-kejar juga kerana immigration Wang Kelian tutup jam 6.00 petang. Alhamdulillah tidak ramai orang dan kurang dari 30 minit kami sudah melintasi sempadan.
![]() |
Makan malam di Pak Bara |
![]() |
Sedap makanan ala Thai - Langit begitu ungu sekali |
Kami bermalam di Green Resort Pak Bara. Tel: 081-3881883. Belanja hotel THB3000 untuk 3 bilik.
![]() |
Sarapan ala kampung begitu enak sekali |
![]() |
Speed boat |
![]() |
Ka Tarutao National Marine Park |
Ko Tarutao island (Thai: เกาะตะรุเตา) is the largest island of Tarutao National Marine Park in Satun Province of Thailand, close to Malaysia border. The island is 26 km (16 mi) long and 11 km (7 mi) wide. It is one of the most unspoiled islands in Andaman Sea and in all of Thailand. The Malay word tertua or tarutao means old and primitive.
![]() |
Pantai Sunset |
![]() |
Teksi roda tiga |
![]() |
Gaya mutu dan keunggulan |
![]() |
Teka siapa? |
Wikipedia:
Ko Lipe is on the border of the Tarutao National Marine Park and is directly south of the larger islands Ko Adang and Ko Rawi, and about 50 km from the island of Ko Tarutao.[1] It was originally settled by a group of sea gypsies (chao leh in Thai), originally from Malaysia, known as the Urak Lawoi’ people.
![]() |
Koh Lipe Walking Street |
![]() |
Restoran Thai-Thai Pantai Sunrise |
![]() |
Chalet Oasis Lipe Resort |
![]() |
Bangga dapat lepas ikan Kerapu tersangkut mata kail |
![]() |
Van Thai ke Pulau Pinang |
![]() |
Layan Mee Rebus di Amran Teh Tarik & Li Mee Rebus |
![]() |
Mee Rebus |
Esok harinya kami pulang dengan menaiki pesawat Malindo Air jam 5.50 petang menuju ke Lapangan Terbang Subang. Sempatlah Hafiz & Haziq berehat semalam di rumah sebelum bergerak ke UTHM Pagoh untuk menduduki peperiksaan akhir semester.
![]() |
Sahabat |
Yang paling penting jaga agama sebaik2nya walau di mana bumi berada, eratkan silahturahim sesama adik beradik dan saudara mara serta carilah pengalaman sebanyak mungkin untuk dijadikan antara asas dalam kehidupan.
Jauh berjalan luas pengalaman terbuka akal dan minda.
SirNoordin
Koh Lipe, Satun Thailand
Dec2018
Salam tuan...boleh kongsi kaunter tiket feri ke koh lipe di pak bara tu taK? terima kasih tuan
ReplyDeleteSalam.
DeleteTiket dewasa ThB1,000 dan kanak2 Thb800 pergi balik.
Terimakasih
Salam, beli dari agent mana ya dengan harga tu?
Delete