Tuesday, January 19, 2016

MHI 2015 - Madrasatul Hayah IKRAM

Assalamualaikum 

Alhamdulillah sekali lagi sir dijemput untuk berkongsi sedikit ilmu seni beladiri berasaskan Smarts Defensive System (SDS) dan ceramah motivasi bertajuk "Bina Impian Pakar Dunia" - sebagai tanggungjawap sosial kepada adik-adik IKRAM yang kebanyakkannya baru lepas menduduki peperiksaan SPM.



Seperti mana tahun lepas, tarikh yang sama dipilih iaitu 24 Dec yang juga kebetulan adalah"hari jadi" sir dan Maulid Nabi saw. 
Cikgu Abu Barzah 


Seramai 100 pelajar hadir pada program ini - 62 pelajar lelaki dan 38 pelajar perempuan yang mempelajari tentang "ilmu kehidupan di kem IKRAM".



Sistem Defensive Smarts©’ atau SDS merupakan sistem asas pencegahan jenayah serta taktik dalam menghadapi situasi jenayah dan teknik mudah dan praktikal yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Sistem ini melibatkan kelas teori dan praktikal. Terbuka kepada semua anggota masyarakat terutamanya wanita dan kanak – kanak. Tiada pra-syarat – tidak perlu ada asas seni beladiri.

Untuk slot ceramah motivasi pada 25/12, sir hanya berkongsi cerita dan teknik bagaimana Membina Impian Pakar Dunia di mana sir berkongsi pengalaman sendiri dalam membentuk nilai-nilai motivasi dan inspirasi. Semoga manfaat! 

Hebat adik-adik MHI!  Semoga langkah-langkah seterusnya meninggalkan jejak langkah luarbiasa dalam kehidupan. Syabas! 


SirNoordin Khalid
Hulu Tamu

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...