Sunday, May 11, 2014

Rancangan CELIK HATI TV9 - Bijak Urus Stress

Salam

Pada 8hb Mei yang lalu, sir telah dijemput dalam rancangan CELIK HATI terbitan TV9 yang diadakan secara langsung. Hos program adalah Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK). Rancangan ini ditayangkan pada setiap hari Khamis jam 9.30 malam di TV9.


Bersiaran Langsung di TV9

Tajuk bicara malam itu adalah Bijak Urus Stress dimana kami berbincang tentang pengalaman dalam menangani stress. Selain dari sir, tetamu undangan adalah Puan Mary Ann, perunding image dan ustaz  Razi,


Berposing sebelum ke udara

Tetamu istimewa pula ialah Zizan Maharaja Lawak dan Puan Rozita, pengasas Sendayu Tinggi.


Bersama Zizan

Pengalaman menarik apabila berpeluang berbicara secara 'live'. Apa yang sir bicarakan adalah bagaimana stress yang seringkali dikatakan bersifat negatif dapat di positifkan. Jika kita mengambil stress sebagai sesuatu yang negatif pasti akan mengundang pelbagai penyakit antaranya mighrain, sakit belakang, deman dan lain-lain lagi. Tetapi seandainya stress diambil dari sudut positif maka ianya akan menjadi suatu cabaran untuk berjaya dimana stress akan mampu mempertingkatkan lagi kekuatan dalaman kita. 


Bersemangat dalam "Bijak Urus Stress"

Selain dari itu sir juga berkongsi teknik "segitiga Tension" iaitu keseimbangan antara Kehidupan, Masa dan Kewengan. Seringkali kita akan mengambil suatu elemen sahaja menyebabkan elemen lain akan jadi halangan kepada kita. Maka sebaiknya kita mengambil semua elemen mengikut pelan tindakan yang betul. 


Disebalik tabir...

Selepas habis dari 'shooting' tersebut, sempat pula berborak-borak dengan Zizan Maharaja Lawak yang menceritakan kisahnya yang kurang berjaya dalam SPM. Maka sir sarankan kepadanya agar memiliki buku R100I. Seterusnya penerbit TV9 Celik Hati, Puan Azizah Ariffin, pengasas Sendayu Tinggi Puan Rozita Ibrahim, Ustaz PU Razi dan DMFK juga mendapat sebuah seorang...

Melangkah kearah Jejak Langkah Luar Biasa ....doakan iye!

SirNoordin
Sri Pentas

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...