Salam
Agak lama sir tak menulis disebabkan kesibukan kerja yang memerlukan sir terbang dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Disamping itu juga sedang menyediakan diri untuk membentangkan kertas kerja pada CITSM Bali October 2013 akan datang.
Kali nak berceloteh tentang 'Gelaran Anugerah Atau Gelaran Hormat' ...
Ada yang membawa gelaran Datuk, Dato, Tan Sri, Tun dan pelbagai lagi ... kebanyakkan mereka ini anugerahkan gelaran tersebut atas sumbangan cemerlang kepada negara. Walau bagaimanapun ada yang mendapat gelaran tersebut dengan membeli gelaran tersebut - kebanyakkannya ahli perniagaan bergelar Datuk Business.
Ada juga mendapat gelaran Datuk ...kerana rasa hormat pada mereka antaranya Datuk yang dianugerahkan oleh Hukum Alam kerana menimbang cucu. Ada juga gelaran Datuk kepada anggota keselamatan terutamanya Polis kerana rasa hormat yang diselubungi rasa takut disaman juga kita panggil 'Datuk' dan sampai ada lirik lagu ...'Tok tolong jangan saman tok' ... ini dinamakan Gelaran atas rasa Hormat!
Panggilan Ustaz di Malaysia secara umumnya merujuk kepada guru guru agama tetapi di negara - negara Arab mahupun Afrika Utara, sir juga dipanggil Ustaz bukan merujuk kepada guru agama tetapi guru yang mengajar!! Sir mengajar ilmu menurut kepada kepakaran sir... seringkali sir dipanggil Ustaz Nur ...
Tak ketinggalan juga kepada bakal - bakal Haji apabila selesai menunaikan rukun Islam ke-5 secara automatiknya mereka akan membawa gelaran Haji. Ini menunjukkan mereka telah selesai menunaikan ibadah Haji dan dianugerakan gelaran Haji. Setiap kali sir mendapat kad jemputan kahwin dari kawasan perumahan sir, tertulis nama Haji Noordin walhal sir belum lagi menunaikan Haji. Barangkali sir sering berulang-alik ke Tanah Arab ...juga mendapat mendapat panggilan Haji ...huhuhu!
Bagaimana sir mendapat panggilan Sir?
Ini adalah gelaran panggilan bukan gelaran yang dianugerahkan oleh Queen Elizabeth dari England seperti Sir Alex Fergusan.
Ini bermula bila sir mula mengajar Taekwondo dan sebagai rasa hormat kepada jurulatih mereka, pelatih - pelatih akan memanggil Sir atau Master. Guru - guru English juga dipanggil sir sebagai menunjukkan mereka mengajar subjek bahasa English...
Selain dari itu juga, sir mengajar di seluruh dunia dalam kepakaran sir antarannya ITIL, COBIT, Prince2 dan lain - lain, mereka juga memanggil Sir! Akhirnya, panggilan itu menjadi sinonim hingga hari ini.... kalau sir call orang dan memperkenalkan diri sebagai Noordin, agak lama juga orang nak memikirkannya tetapi jika di kenalkan sebagai SirNoordin terus sir dikenali. Ha ha ha...
Oppss
Gelaran Anugerah atau Gelaran Hormat ... tepuk dada tanya selera! Ada yang mendapat Gelaran Anugerah juga tidak gemar di panggil Datuk atau Haji atau Ustaz. Ada yang tidak mendapat Gelaran Anugerah tetapi dipanggil dengan pelbagai gelaran kerana rasa hormat yang selayaknya untuknya.
Apa jua gelaran kita, sentiasalah berpijak di bumi yang nyata kerana bila kita mati nanti kita akan hanya dipanggil dengan nama kita! Ketika itu apa jua gelaran tidak memberi makna... hanya iman yang mampu bersuara...
Eistin
Penang

at first when i got ur call and u intro urself as SirNordin, i make a wild guess that you are teaching english whatsoever..hahaha
ReplyDelete