Wednesday, June 26, 2013

Makan Oh Makan

Salam


Hari ni citer bab makan ...dah lama nak citer tapi tak sempat tertulis... bukan niat nak mengata tapi memberi sedikit teguran...



Sir sering perhatikan orang makan.. tak kisahlah pakai tangan ke, pakai sudu dan garpu atau chopstik tetapi yang sir nak tegur tangan yang menyuap ke mulut biarlah tangan kanan. Kenapa nak ikut Nasrani yang ditipu hidup-hidup oleh Yahudi...  mentang-mentang Mat Saleh dan Minah Saleh pegang pisau dengan tangan kanan dan garpu tangan kiri... kita pun ikut sama... tak kisahlah nak ikut pun tetapi bila menyuap ke mulut biarlah tangan kanan! 

Kalau tak biasa, pegang pisau tangan kanan.. potong kecil-kecil pastu pegang garpu dengan tangan kanan.... suaplah! Apa masalahnya...  jika tak biasa juga.... pakai tangan aje lah makan, tak perlu pakai pisau dan garpu.... silap-silap ayam goreng tetiba hidup dan lompat pinggan sebelah! 

Sir pernah kena tegur dengan Mat Saleh British (kununnya set-set beradab ni)...,dalam alih bahasa, "bro, lu pegang pisau dan garpu terbalik... ". Sir jawap dalam alih bahasa, "Well, I am a Muslim and this is my style....


Sir tegur pasal ada hadis dalam bab-bab makan ni...

“Apabila kamu ingin makan , maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila ingin minum , maka minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya, syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.”

(HR Imam Muslim : 2020)

Begitu juga dengan hadis daripada Jabir bin Abdullah ra :

“Jangan kamu makan dengan tangan kiri , kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri” 


(HR Imam Muslim : 2019)



Amacam, terus ubah iye! 


Satu lagi, Mat Saleh dan Minah Salleh makan buah lepas makan .... err itu ternyata salah... lagi sekali depa ni kena kencing dengan Yahudi. Yahudi sendiri mula dengan makan buah-buahan...sebelum makan yang lain. Itu Yahudi! 

Sedangkan kita di bulan Ramadhan setelah berpuasa sepanjang hari... kita mulakan iftar dengan menjamah buah-buahan dahulu sebelum menjamah makanan yang lebih berat. Kita ikut sunnah Nabi saw kita! 



Dari sudut kesihatan, khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat meningkatkan kadar insulin dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum makan nasi dapat mengelakkan pankreas dalam badan kita berkerja terlalu kuat untuk menghasilkan insulin. 

Nak maklumat lanjut ...google aje!! 

Mari kita berubah ke arah kebaikan... walaupun kebaikan itu sedikit yang penting berterusan ... moga sukses! 

Dan sorry kalau terasa...


SirNoordin @2013
Khartoum

Tuesday, June 25, 2013

Kembara Sudan (bahagian 2)

Salam

Masyallah sungguh panasnya hari ini suhu mencecah 43 darjah Celcius bagai tinggal dalam ketuhar! Tengok orang-orang Sudan steady aje... terfikir camno la menjalani ibadah puasa iye. Sepanjang 8 tahun ke Sudan, belum lagi berpeluang menjalani ibadah Ramadhan di sini. Kalaulah ada di sini, jenuh qada' la...



Di Sudan ni, makanan memang superb... masakan Arab Syria, Lubnan,Turki, Afrika dan Eropah memang merata-rata. Sekali termakan Karuff, Kawarejj, Laham Mandy dan Ful Sudan... confirm leleh air liur bila teringat! Kebanyakkannya makanan di sini konsep 'grill bbq' dan agak kering serta tak berkuah... kalau orang Malaysia makan pasti terlekat kalau tak biasa! Secara umumnya, makanan memang sedap!

Sambil-sambil makan, Sir amat suka memerhati karenah orang... tang bab makan memang tak boleh 'challenge' orang Arab... kalau tengok minah Arab makan setalam berserta ayam sebelah mahu fikir 1,000 kali kot nak buat bini...  silap2 makan hempuk dengan kudrat yang dia ada pulak! 

Macam-macam terfikir sehingga teringat filem Godzilla "Size does matter". Maklumlah puak-puak Arab-Afrika ni saiz besar, tersenyum sorang-sorang bila mengenangkan ungkapan. Ini kerana setiap kali Sir terbang dari Dubai ke Khartoum atau sebaliknya... Sir sentiasa berharap agar penumpang sebelah Sir bukan perempuan Arab-Afrika yang extra saiznya. Jika ini berlaku pastinya Sir terpaksa menahan sesak nafas dihenyak ketepi maklum tempat duduk kita suku kena sedekah kat dia...  setakat ini baru kena sekali, mimpi ngeri ...



Bab-bab saiz besar, teringat satu cerita agak menarik melibatkan Puak Nuer yang tinggal di sebelah selatan Sudan... puak ini semua tingginya melebihi 7 kaki. Di sini, ketinggian melambangkan kebijaksaan!! Maka andai kita datang sini jangan haraplah nak dapat 'respect' pasal kita ni pendek! Pendek pula melambangkan kebodohan bagi puak Nuer ni! Kalau depa ni marah, depa akan kata, "@#$#$#% ^$# ...." alih bahasa "Hoii pendek...". Kalau tak cukup tinggi melebihi mereka... tidak perlulah datang membantu sebab anda dan sir bodoh pada pandangan mereka!! Err ..kebanyakan puak ini masih tidak berpakaian baik lelaki mahupun perempuan  ... (ada hati kata orang lain bodoh.... cih!). Gambar di atas adalah gambar puak Nuer.

Terkadang terfikir kenapa negara seperti Sudan perlu dikenakan sekatan ekonomi sedangkan tiada apa-apa di sini. Dikatakan sebab Osama Ben Laden pernah tinggal di sini maka sekatan antarabangsa adalah wajar. Dan beberapa sebab dikaitkan dengan 'keganasan antarabangsa'. 

Sir sempat berbual dengan seorang Prof di sini yang mempunyai pandangan agak berbeza iaitu Sudan merupakan negara yang berpotensi maju hingga mampu menyebabkan negara2 di Teluk dan Afrika lain tergugat. 


Mengikut Prof tersebut, walaupun sudah lebih 20 tahun dikenakan dengan pelbagai sekatan namun Sudan masih mampu bertahan. Tambahan pula, bumi Sudan mempunyai tanah yang amat subur yang di naungi oleh 2 batang Sungai Nile iaitu Blue Nile and White Nile. Apa yang mereka perlukan adalah seorang ketua yang betul-betul mampu membawa negara keluar dari scenario politik yang tidak menentu. Semoga ianya menjadi kenyataan!

Gambar di atas menunjukkan pertemuan dua sungai Nile - Blue Nile and White Nile yang membentuk Sungai Nile terus ke Mesir. Kebanyakkan sungai-sungai di dunia akan mengalir dari Utara ke Selatan tetapi Sungai Nile mengalir sebaliknya kerana itu sungai ini dikenali sungai yang mengalir ke Syurga. 




Alhamdulillah sejak tahun 2010 datang kembali ke Sudan sebagai 'trainer', sir telah mengajar dan mengiktiraf lebih dari 400 eksekutif dalam pelbagai bidang mengikut kepakaran sir. Inilah sebahagian dari tanggungjawap dan jihad untuk membantu saudara seislam kita dalam meningkatkan nilai tambah ilmu mereka. Di sini Sir dikenali dengan "Ustaz Nur"... hihihi

Semoga terus diberi ketabahan dalam melaksanakan tanggungjawap ini walau jauh di sudut hati sudah mula terasa 'penat' terbang ke sana-sini. Hingga ada ketika terasa tempat tidur dan rehat sir adalah kapalterbang yang sentiasa terbang membawa sir menyampai ilmu setitis ini. 

Yang paling terasa di hati semasa sir pulang ke rumah setelah lama merantau, anak sir yang berumur 5 tahun berkata dengan penuh gembira, "Yeahhhhh, abah datang ..yeah....abah datang..... " 


"Err... Abah baliklah bukan abah datang ..... "



SirNoordin@2013
Khartoum Sudan



Kembara Sudan bahagian 3

Thursday, June 20, 2013

Kembara Sudan (bahagian 1)

Salam 

Diam tak diam sudah 8 tahun setengah Sir berulang-alik ke bumi Khartoum, Sudan Afrika Utara. Betul kata orang Arab, "jika kita terminum atau termandi air Sungai Nile kita akan sering kembali ke bumi ini". Terfikir-fikir juga bila masa tertelan air Sungai Nile samada di Khartoum atau Cairo. 




Perjalanan pertama bermula pada Feb 2005 atas tugasan untuk membina sistem pengangkutan trailer untuk menghantar sumbangan makanan dunia ke bumi Daffur. Masih jelas terasa apabila pintu pesawat Emirates terbuka di Khartoum hawa panas menerjah ke muka bagaikan terkena hawa panas ketuhar. Ada di antara kami tetiba 'black-out' dan tidak mahu berkerja disini. Sir pula tak sabar-sabar maklumlah kali pertama menjejak kaki di bumi Afrika. 




Oleh kerana ini pertama kali bertugas di negara orang kulit hitam yang purata ketinggian separas alang pintu dan perwatakan agak keras - terasa hati nak menyepak terajang aje puak-puak ini! Namun semakin kita mengenali disebalilk perwatakan kasar tersebut, hati mereka baik-baik - ahlan wasahlan! Walaupun begitu secara tidak sengaja ada juga seorang Arab-Afrika 6' 2" yang dilambung oleh Sir akibat terkejut... haiya kung-fu lol! 




Setelah bertugas beberapa hari di bandar Khartoum, kami mula bergerak ke Port of Sudan  dengan kapalterbang yang sungguh mengerikan. Maklumlah negara yang di bawah sekatan antarabangsa 'Embargo' pastinya kapalterbang Sudan Air tidak diselenggara dengan baik malahan tiada 'spare-part'. Mulanya tidaklah takut sangat tetapi bila melihat orang Sudan membaca Al-Quran disepanjang penerbangan tetiba seram sejuk dan sesak nafas... apa lagi baca ajelah apa yang telah dihafal. Seram oii!! 


Kat sini kapalterbang jatuh macam kereta eksiden aje... 

Di Port of Sudan, sempat juga menjejak kaki di Laut Merah yang diseberang sana adalah bumi kelahiran Nabi Muhammad saw. Yang paling menarik adalah banyak 'lobster' yang ditangkap tetapi pada mahzab orang sini haram dimakan ..ha ha ha lantak korang la ... hari-hari Sir makan lobster masak kari, masak cili, masak apa2 aje lah ..sampai main buang2 aje... murah kalau kat Malaysia paling kurang Rm150 seekor!


Perjalanan diteruskan melalui jalan darat yang jaraknya beribu-ribu kilometer menuju El-Obeit menyusuri sempadan Etopia dan Erithia. Keluar air mata melihat kemiskinan orang2 disini tanpa keperluan asas seperti air dan letrik. Barangkali sudah biasa dengan kehidupan begini. Sir selalu terfikir kenapalah tok-tok orang Sudan ni datang ke bumi gersang ni yang panasnya hingga mencecah 48 Celcius... pergilah ke utara macam Cairo ke, London ke, Italy ke .. bukankah nyaman?! Tetapi orang sini jawap, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain - kununnya begitulah dalam bahasa Malaysia. 



Perjalanan memakan masa 3 hari - Sir tengok 'driver' Sir namanya William steady aje memandu,  rupanya kantoi pekena ganja sebelum bawa kereta...patutlah steady aje ..err sir pun pakai tali pinggang kalendar demi keselamatan kot2 la terbalik ke! Dalam perjalanan dari Kassala ke El-Obeit secara tiba-tiba terdengar letupan yang kuat ....astagfirullah... bunyi tembakan ke err seramnya... bila jip kami dah berhenti William kata, "tayar pancit dah......"

Orang Sudan ni kalau bab kerja memang ada falsafah iaitu IBM - Insyallah + Bukhura + Mafimuskilla (Insyallah - Esok - No Problem). Bila kita hendak sesuatu dari mereka, jawapan pertama mesti Insyallah. Bila tanya lagi, depa jawap Bukhura (esok). Oklah, esok tanya lagi, jawap depa "Mafimuskilla (no problem)'. Baguslah No Problem...dah siap ke belum? Depa jawap, "Insyallah" dan begitulah seterusnya untuk tempoh yang tak sudah-sudah. Sabar aje lah! 




Suatu hari bos Sir dari Malaysia tanya, "Noordin, mana report you?". Sir jawap, "Insyallah" dan seterusnya "Bukhura" dan "Mafimuskilla" .... sorry bos, kena balik Malaysia - kepala sudah fening.... 



Bersambung....


Kembara Sudan bahagian 2
Kembara Sudan bahagian 3

Wednesday, June 12, 2013

Kem MMSS Saya Bijak Saya Boleh!

Salam



Alhamdulillah dengan dengan izin dan rahmat Allah swt, kita telah menganjurkan Kem Motivasi Minda SuperSmarts (MMSS) 3 hari 2 malam di Nur Laman Bestari pada 3hb Jun dengan kehadiran seramai 112 peserta.



Pelbagai aktiviti yang membentuk jatidiri yang cemerlang, komunikasi berpasukan, teknik belajar melalui pola diri, Smarts Impian, Smarts Amazing Race dan Kembara Hutan telah dijalankan dengan sokongan yang baik dari peserta program.


Melatih minda memberi tumpuan dan keberanian menonjolkan kepimpinan diri


Melepas lelah dari serangan pacat bertubi-tubi... (hihihi)



Kesungguhan dalam perjuangan...  lumpur busuk dan basah kuyup, pasti ada yang menang dan kalah. Itu adat! Tetapi kesungguhan yang ditunjukkan... itu adalah kemenangan!

Ini kerana ANDA BIJAK ANDA BOLEH! 
Kerana anda cemerlanglah maka kem ini adalah kem yang terbaik yang pernah sir tempuhi.



Tidak lupa juga fasi-fasi yang bertugas siang dan malam demi memastikan keselamatan semua peserta... terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cik Bro, Mualim Adzeem, Tuan Abu, Kak Dell Teknologi, Kak Long Kawasan, Kak Ain, Kak Ika, Kak Mariam dan Kak Anise. Juga kepada pasukan belakang tabir yang diketuai oleh En Zurairi, Kak Ezah dan Kak Linei.

Err... kepada fasi-fasi baru yang meneropong bunian di atas pentas, menjaga penunggu pokok, tangan bersilang (rabun mata), santau meja dan lain2 lagi... maaf dipohon! Memang niat nak pekena agar kelak tinggi Emotional Intelligence (EIQ) selain menambah kemesraan...

Sampai jumpa lagi... "lukislah impian mu di canvas alam..... agar alam mendoakan kejayaanmu".

SirNoordin2013-
Smarts Coach

Monday, June 3, 2013

Rezeki Secupak Mungkinkah Segantang?

Salam

Ramai manusia bercita-cita untuk menjadi orang berjaya dalam pelbagai definasi antaranya menjadi orang kaya, jutawan, hartawan, cemerlang dunia & akhirat, beriman dan berbagai-bagai lagi impian yang superb...



Persoalannya?

Sanggupkah berusaha dengan berkorban masa dan tenaga malahan wang ringgit?  Akhirnya impian tersebut menjadi mimpi di siang hari... atau melafazkan kata-kata hikmat, "aku bersyukur dengan rezeki yang ada ini" ...


  • syukur dengan apa yang ada dan hutang keliling pinggang
  • syukur dengan kebolehan diri dan bodoh bertingkat-ttingkat
  • syukur dapat hafaz Surah An-Nas dari baligh sampai tua itu aje yang dihafaz
  • syukur dalam pelbagai bentuk ...

Benarlah pada kesyukuran tersebut... tiadalah pula salahlah... 
  • kita bersyukur kerana ramai orang lagi miskin dari kita
  • kita bersyukur kerana ramai lagi bodoh dari kita 
  • kita bersyukur kerana ramai lagi tak boleh baca Al Quran dari kita
  • kita bersyukur pada segalanya


Tetapi lupakah kita bahawa "Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu jika kaum tidak mahu berubah... " dan mahukah kita selamanya bersyukur dengan apa yang kita ada tanpa berusaha mempertingkat diri untuk kehidupan dunia dan akhirat. Bersyukur agar kita tidak lari dari landasan kebenaran dan mempertingkat diri kerana itu juga dituntut...

Sudah ramai sir jumpa dan kebanyakkannya hanya tahu bersyukur tanpa sedikit memikirkan untuk mengubah kepada yang lebih baik!! Jadi di mana salahnya maksud hadis di bawah...

"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam" - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim



Tepuk Dada Tanya Selera.... 

Niat hati ingin membantu rakan-rakan untuk terus berjuang dalam kehidupan yang lebih baik dan kebanyakkan setuju untuk sama-sama berjaya tetapi hanya sedikit sangat ingin berkorban untuk memajukan diri. Yang lain, masih ditakuk lama hanya bersyukur dengan apa yang ada dan bermimpi di siang hari untuk berjaya... "keep on with your sweet dream" 

Ramai juga yang berkata, "maaf aku tak punya masa ...err minggu depan boleh..." Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan, bulan pun dah gerhana... Sorry bro, falsafah aku menyatakan, "Hanya orang sibuk ada masa...."


SirNoordin2013-

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...