Sunday, August 9, 2009

Majlis Doa Selamat di SMARTS

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana berkat limpah kurnia rahmatNya jua majlis doa selamat dapat dijalankan walaupun dirancang disaaat2 akhir. Mulanya dijangkakan kehadiran hanyalah sekitar 20-30 orang sahaja namun kehadiran mencecah sekitar 70 orang termasuk ibubapa, anak2 kecil serta bibik2nya sekali.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Sir Noordin serta menjelaskan kepada ibubapa tentang matlamat SMARTS dalam membentuk anak2, aktiviti2 yang telah dijalankan dan yang akan dijalan sehingga December 2009. Dan majlis doa selamat ini sempena pembukaan Dojang SMARTS (majlis doa selamat yang telah tertangguh hingga kini), sempena kejayaan Nazurah dan Nabilla dalam ujian kenaikan t/pinggang hitam TKD dan juga sempena menyambut bulan Ramadhan.

Majlis doa selamat di bawa oleh Ustaz Saiful Khazimi (Azim) .... setelah selesai, kita makan dulu... makanan disediakan oleh beberapa keluarga ku jangkakan tidak mencukupi dengan jumlah kehadiran namun dengan rahmatNya jua pelbagai lagi juadah dibawa oleh keluarga pelatih lain. Alhamdulillah mencukupi hingga dapat diulang2.

Sedapnya makan .... termasuklah yang hadir pelatih2 aku yang berbangsa Cina dan India hingga ada yang tertanya jumlah pelatih2 ini. Bukan itu sahaja, pelatih2 dewasa aku juga mempromosi konsep latihan di SMARTS kepada keluarga pelatih2 lain...
Aku nyatakan... di 'SMARTS aku tidak mengajar untuk menjadi juara seni bela diri Malaysia mahupun dunia ...yang paling penting adalah kesihatan diri dan nilai2 murni. Itulah sebaik2 juara...
Bermula jam 12.30 tengahari diakhiri jam 2.30 petang ... dan yang begitu mengharukan hati apabila tanpa disuruh pelatih2 mula membersihkan dojang sehinggakan ibubapa pelatih juga membantu. Terima kasih tidak terhingga aku ucapkan kerana bersama2 aku dalam membentuk anak2 serta masyarakat setempat. Terima kasih juga kerana percaya dan terus percaya kepada SMARTS.

"Allah lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirehat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar2 memnpunyai kurnia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakkan manusia tidak bersyukur." - Al Mu'min: 61

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...