Tuesday, June 2, 2009

Perkelahan SMARTS Pangkor... day 1

Alhamdulillah, program perkelahan SMARTS yang julung2 kalinya diadakan telah berjaya dijalankan dengan lancar. Seramai 44 peserta telah mengikuti rombongan ini iaitu 24 dewasa (termasuk warga tua), adik2 remaja dan kanak2 seramai 15 orang serta adik2 dan baby seramai 5 orang. Kelancaran program serta keselamatan amatlah dititikberatkan ... kesemua peserta SMARTS telah menunjukkan disipilin yang amat tinggi.


Pengarah program yang pemalu ..iskk Bro Anwar dibantu oleh aku selaku penasihat serta Sir Sharifudin dan Sir Adam



Walaupun malam Jumaat itu, latihan TKD dijalankan seperti biasa ... semangat ke Pangkor mengatasi kepenatan pagi tersebut. Tepat jam 7.30 pagi, kesemua peserta termasuk Sir Sharifudin dan Sir Adam sefamili telah berkumpul di Restoran Salam Sentosa sambil b'fast. Di pagi tersebut adik Fatin dan ayahnya telah datang untuk membeli T-shirt SMARTS ...untuk dipakai semasa mereka balik kampung. SMARTS sprit!!

Kami telah menguasai restoran tersebut dengan baju hitam SMARTS... untung Mamak tu! Dimulakan dengan Bismillah, aku memberikan 'briefing' perjalanan serta keselamatan kepada semua peserta. Konvoi akan diketuai oleh Bro Anwar dan last man....aku la!! Laluan h/way hingga ke Tol Bidor dan berhenti rehat di RR Teluk Intan (Simpang Ampat). Teh tarik dan kopi untuk penghilang letih. Sekali kali 'briefing' diberikan untuk memastikan 'off-load' bag2 di Jeti Lumut berjalan lancar serta 'parking' kenderaan di pekan Lumut.


Di pekan Lumut, peserta menjamu selera masakan kampung yang begitu mengiurkan sekali ...maklumlah perjalanan 3 jam lebih... Setelah itu aku dan bro Anwar membeli tiket ferry ...alhamdulillah kami mendapat diskaun yang 'baik' sekali. Dapatlah duit tersebut digunakan untuk ke Giam island dengan bot esok ..ha ha ha sebenornya kalau depa tak bagi diskaun... belasah aje!! he he he


Lihatlah betapa meriahnya peserta di atas ferry sambil menyanyi lagu ..arghh apa ntah! Tapi yang pasti lagu gumbira. Peace bro!!

Kugiran pancaSMARTS dari adik2 menyanyi lagu SMARTS yang GEMILANG...

Kami selamat sampai di Jeti Pangkor jam 1.15 petang... dan meneruskan perjalanan dengan van teksi Pangkor ke Palma Beach Teluk Nipah. Check In di chalet ...pastu Free and Easy!!

Bagi adik2 SMARTS, "apa barang tidur kat chalet kan?! Kalau nak tidur kat chalet baik tidur kat rumah aje..."


Adik2 SMARTS tidak dapat mengawal diri telah terjun kelaut dengan seluar jean.... jam masih menunjukkan 3.15 petang. Terpaksa aku mengarahkan 'bay watch SMARTS' bertugas ... dan seperti yang dijangkakan 'bay watch SMARTS' telah menjalan tugas di air laut ...hampehhh berenang la juga...
He he he by 4.30 ptg hampir kesemua peserta SMARTS telah berada di laut hingga jam 7 petang... perghh puas..
Dinner bermula jam 8 malam dihidang dengan ayam masak merah amat mengiurkan... maklumlah lapar yang teramat ... setelah menghabiskan tenaga berenang kuak dada ....
Program suai kenal diadakan dipantai dimulakan dengan ucapan pengarah program ... program suaikenal oleh SirN dan program2 seterusnya oleh Sir Sharifudin... penuh dengan kegembiraan dari setiap peserta termasuk adik2 yang telah hilang fokus melihat dentuman air laut ....
Yang pasti malam itu begitu meriah hinggakan ada yang "menggosok badan dengan tong gas ... rice cooker ..." hanya yang pergi sahaja memahaminya ....
To be continued.

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...