Salam
Sambil menyelam minum air!
Aku dan keluarga menghadiri kenduri kahwin sepupu org rumah di Kemaman sambil2 merancang melawat Kemaman Dojang dibawah seliaan Ayasu Koru-Obi.
Dojang yang menarik, penuh dengan peralatan latihan dan yang lebih menarik (menjadi satu persamaan) adalah Ayasu buat Dojang sebagai 'social obligation' membantu anak2 tempatan membina jatidiri melalui latihan Taekwondo. Melihat dari tempat latihan pastinya 'investment' yang besar tetapi tidak mengharap keuntungan dari sudut material.
Syabas!
Dan anak2 aku pula mengambil kesempatan 'terbang' sana sini ... habis teknik2 Taekwondo, Silat, Tomoi 'Ong Bak' dipertontonkan... hu hu hu
Gambar2 boleh didapati di sini.
Sebuah Himpunan Kenangan dan Bekalan Jiwa Untuk Pengembaraan Mereka Nanti. Dari dasar lautan biru hingga ke puncak tertinggi setiap langkah dalam kembara ini mengajar aku satu hakikat — bahawa hidup ini jauh lebih indah apabila dipandu oleh hati mendekati-Nya.
Tuesday, March 16, 2010
Thursday, March 11, 2010
Tahun 2010 jumpa kawan2 lama ...
Salam Ukhuwah
Tahun 2010 ini bermula dengan gelombang bertemu dengan kawan2 lama samada di sekolah mahupun di universiti. Semuanya melalui FaceBook...
Gambar diatas ...gambar masa tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn tahun 1987. Selepas 23 tahun tetiba dapat panggilan dari kawan2 lama dan terus bersambung melalui FB. Aku tak pernah menyangka ini akan terjadi kerana aku hanya setahun di SMKDO Butterworth kerana sebelumnya aku di Sekolah Menengah Datuk Jaafar, Johor Bahru.
Terharu .... kerana selepas 23 tahun ada yang masih mengenali diri ini. Selepas Form 5 yang masih 'in-touch' dengan aku hanya Rasid, itupun menghilang lebih dari 10 tahun di US.
Maaf aku tak dapat join 'pertemuan 23 tahun 5 Sains 2' yang akan diadakan pada 14 March 2010 jam 3 petang di Butterworth. Salam buat semua ...insyallah dilain ketika aku akan hadir.
Air dicincang tidak akan putus ...
SiRN yang terharu ....
Saturday, February 27, 2010
Latihan Taekwondo bersama PNB
Alhamdulillah latihan bersama yang tidak dirancang mendapat kehadiran yang ramai2 sehingga penuh 'dojang' dengan ibubapa yang turut serta bersama2 melihat anak2 berlatih.
Terasa begitu gembira dengan semangat 'belajar bersama' diantara kedua2 kelab dimana tujuan asal Sir Ibrahim untuk mendapatkan sedikit kelainan bagi pelatih2nya dalam mengikuti latihan Taekwondo.
Oleh kerana terlalu seronok berlatih sehingga lupa untuk mengambil gambar semasa latihan. Setelah tamat latihan baru teringat dan ramai telah mula pulang ... so yang tinggal aje la yang sempat bergambar.
Semoga kunjungi ini berterusan dimasa akan datang ...dan nantikanlah kami ketempat tuan.
Tuesday, February 16, 2010
Laporan KEM KECEMERLANGAN DIRI - Minda, Jiwa & Jatidiri
Syukur alhamdulillah dengan limpah kurnia dan rahmatNya jua Kem Kecemerlangan Diri - Minda, Jiwa dan Jatidiri telah berjaya dilaksanakan dengan begitu berkesan sekali. Untuk pertama kalinya gabungan SmartsCoach dan Annabella House of Therapy menjadi kenyataan. Kepakaran SmartsCoach dalam merangka aktiviti2 luar dan Annabella aktiviti dalaman serta minda telah berjaya digarapkan memberi kesan yang amat positif sekali.
Seramai hampir 50 peserta telah mengikuti kem ini dimana peserta2 akan tinggal di khemah2 yang disediakan. Untuk kali ini, SmartsCoach dan Annabella telah menaja seramai 20 orang peserta dari Persatuan Pesara Tentera, Anak2 Yatim dan SMK Dato' Abd Rahman Yaakub (Bota) yang kebanyakkan berumur diantara 10-17 tahun.
Kem kali ini agak berlainan berbanding dengan kem2 sebelum ini dimana aktiviti2 luar dan dalaman digarapkan untuk memberi kesan yang lebih lama diminda peserta2. Antara permainan baru yang di perkenalkan adalah SmartsAmazingRace yang begitu menguji minda dan fizikal peserta yang berlangsung selama 2 1/2 jam.
Merendah lumpur yang busuk dan hanyir antara halangan terpaksa ditempuh oleh peserta untuk mendapatkan bungkusan Tengku Nila Utama. Setiap kumpulan yang berjaya menjawap terpaksa pula menyanyikan lagu Nenek dari filem "Musang Berjanggut"
"Nenek nenek sibongkok tiga
Siang malam asyik berjaga
Mencari cucu dimana ada
Nenek ku kahwin dengan raja"
Terpaksa adik2 Puspawangi mengasingkan barangan dalam bungkusan Tengku Nila. Aduihh penat SiRN! Segala kepenatan ternyata ada hasilnya. Setelah penat, dimalamnya Terapi Minda telah dijalankan sehingga kesemua peserta tidur didewan sambil berdengkur. Dalam tidur itulah diterapkan nilai2 positif dalam hidup mereka. Dimalam pertama, Pencerahan dijalankan untuk membiarkan peserta menzahirkan apa2 yang dendam kesumat yang terbuku dihati sekelian lama hinggakan tangisan demi tangisan mengisi kesunyian malam. Moga keinsafan begini berkekalan!
Siapa Kamu?!
Saya Bijak Saya Boleh
Diakhir kem, "Ujian Minda" dijalankan bagi membuktikan bahawa peserta2 telah berjaya mengawal minda mereka .... ujian yang dilaksanakan adalah memecahkan 'tile' menggunakan mentol yang dilepaskan. Ternyata hampir kesemua berjaya membuktikan keyakinan dan kecekalan hati mereka.
Dari 'feedback yang diterima, kesemua peserta ingin mengikuti kem ini lagi ...katanya fasi baik2 .... dari fasi, kami memang TEGAS tapi KELAKAR dan AMAT MENYAYANGI kamu semua. Biarlah tangisan itu kerana kita berpisah sementara ... pastikan dan yakin kita akan bertemu lagi di kem2 anjuran SmartsCoach dan Annabella.
Ucapan terimakasih tidak terhingga untuk fasi yang bertugas siang dan malam selama 3 hari 2 malam
-SiRN-
Saturday, January 23, 2010
LADAP di SK Kalumpang 23/1/2010
Bertepatan dengan tajuk diatas, SirN telah memulakan mukadimah dengan kewajipan belajar kepada ibubapa bersesuai dengan hadis Nabi s.a.w "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat" dimana salah satu dari cabang ilmu adalah ilmu kecemerlangan anak-anak.
Topik utama yang disentuh kepada Persekitaran Anak-Anak, Pembentukan Keperibadian Anak, Kewajipan Ibubapa, Teknik Kecemerlangan dan Peranan Ibubapa.
Selepas dari sessi Ibubapa, SirN diminta untuk memberi sedikit motivasi untuk bakal pelajar yang akan menduduki UPSR seramai 76 orang. Sayangnya masa terlalu singkat bersama-sama kalian semoga SirN berpeluang untuk memberikan tips berguna dalam menghadapi peperiksaan kelak.
Hak Manusia adalah untuk TERUS BERUSAHA dan JANGAN LUPA hak Allah s.w.t MENENTUKAN SEGALANYA.
Tanpa disangka diakhir cerita,bertemu dengan orang sahabat lama iaitu Sir Rahim dan saudara Zakir ..sahabat sepermainan sewaktu di UTM dulu.
Sunday, January 17, 2010
GLC vs MNC
Sebagai seorang 'trainer/consultant' yang mengajar 'corporate company' samada GLC atau
MNC jika di Malaysia, aku sering perhatikan perbezaan ketara diantara kedua2nya. Kebetulan kursus yang dibayar mahal oleh syarikat masing2.
Di MNC,
1. Kehadiran 100%
2, Tepat pada masanya
3. Tiada sebarang gangguan dari luar kelas
4. Banyak bertanya
5. Tumpuan sangat tinggi
6. Majoriti bangsa asing
Di GLC,
1. Kehadiran 50%-60% kdg2 cecah 70% jika digantikan dgn yg tak berkenaan
2. Masa ... menyedihkan
3. Terlalu sibuk dengan kerja harian dibawa kekelas
4. Soalan ... bergantung kpd peserta
5. Tumpuan ...failed
6. Majoriti Melayu
Dimana silapnya?
Bantu;ah aku dalam memahaminya?
Saturday, January 16, 2010
Jemputan LADAP di SK Kg Kuantan
Bermula dengan ceramah motivasi dari CguJinggo yang bertajuk 'Kerjasama Berpasukan dan Komunikasi Berkesan".
Subscribe to:
Posts (Atom)
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2026
Dapatkan buku tulisan NOORDIN KHALID DI PBAKL PWTC DI BOOTH UTAMA- STESEN BUKU TINGKAT 4 DEWAN MERDEKA. juga boleh dapatkan di G...
-
Travelog Kuala Lumpur to Krabi... Part 1 For almost a month, we planned the Krabi’s trip via road with estimated 1,600 km from Buki...
-
Salam ENGLISH VERSION Actually I am looking forward to my first scuba diving experience, however I always wonder if I get claustro...







