Hari Kelima (D5) - 25 Sep 2019
Deuralli 3200m
Walaupun terasa amat sejuk namun kami bangun awal hari ini. Hari ini hari yang penting kerana hari ini kami akan menuju ke destinasi terakhir iaitu Annapurna Basecamap 4130m. Bermakna kami perlu mendaki sejauh 900m altitude untuk sampai ke situ.
![]() |
#KoyokAdventureTeam at Annapurna basecamp |
Selepas breakfast, Keshab memberi sedikit briefing tentang perjalanan hari ini. Katanya pada setengah pertama lebih banyak mendaki selepas itu agak mendatar ke atas. (Flat up) dan kami dijangka melalui satu kawasan lapang yang menjanji suatu pemandangan yang lebih menakjubkan. Seperti biasa berhati-hati apabila melintas anak2 sungai dan apabila menuruni curam.
![]() |
Ready for "#ABC attack" |
Tepat jam 730 pagi kami bergerak menuju ke destinasi terakhir kami. #ABC here we come... perasaan macam "summit attack" semoga dipermudahkan. Kami akan mencapai altitude 4000m sebentar lagi. Selain dari cuaca sejuk dan berangin, cabaran terbaru adalah udara nipis. Kami sudah mulai merasakannya semasa tiba di Deuralli. Agak sukar untuk bernafas penuh...
Selepas bergerak dalam 10 minit, kami bertemu dengan pendaki wanita berumur 70 tahun bersama guidenya. Sambil membawa 2 trekking poles, pelahan2 berjalan menuju #ABC. Suatu kekaguman melihat kesungguhannya dalam memenuhi 'bucket list' beliau. Sudah 8 hari beliau trekking (kami baru hari ke-4)... seorang itu mampu sampai ke puncak selama mana dia masih terus melangkah. Semoga berjaya!
![]() |
Stunning view |
Seperti yang dijangkakan, kami sampai di kawasan lapang yang agak mendatar di kelilingi oleh puncak2 gunung dengan air terjun yang jatuh dari puncak gunung serta sungai yang mengalir deras. Seolah2 berada di kayangan... entahlah tak tahu hendak digambarkan cantiknya kawasan ini. Kami berehat seketika menikmati keindahan alam buana ini.
Kelihatan pendaki2 lain sedang turun dari #ABC, heyy orang Malaysia lagi. Indahnya Malaysia berbilang kaum bersama bangga menjadi Malaysia di sini. Mereka berterusan berkata, "sikit2 lagi.. dah nak sampai... we pray for you brothers". Kami bergambar bersama jalur gemilang.
Selepas dari kawasan lapang ini, kmai mellihat gua ice yang terbentuk yang masih belum mencair. Cuaca sejuk melambatkan kecairannya. Kembali mendaki menuju ke #MBC untuk perhentian seterusnya. Kami sampai di MBC - Shankar Guesthouse (3700m) jam 1030 pagi. Seperti biasa, secawan kopi panas berserta biskut dan kali ini..energy gel diperlukan bagi menambah kekuatan. Ha ha ha...
![]() |
Coffee break at MBC |
Jam 11.00 pagi kami bersedia bergerak untuk "summit attack - #ABC attack"... mengikut Keshab jarak perjalanan sekitar 2.5 jam. Permulaan perjalanan sedikit pendakian tetapi selepas 30 minit sekadar mendatar 'flat up'. Cabaran baru adalah udara terasa amat nipis. Kawasan lebih terbuka dengan kabus yang tebal dan angin kuat begitu sejuk menjamah tubuh badan. Diulang, sangat sejuk sekali. Jarak pandangan sekadar 10 meter. Nafas tercungap2 mendapatkan kekurangan oksigen. Semua tidak berkata2, hanya sekadar fokus kepada jalan dan jalan pelahan2 sambil mengawal penafasan.
![]() |
Kabus, angin kencang dan udara nipis |
Ini adalah cabaran yang paling hebat yang kami tempuhi...angin kencang yang sejuk, kabus tebal dan udara tipis mengoyahkan semangat. Kami hanya terus melangkah dan melangkah... dalam hati terus berdoa tidak putus2 memohon diberi kekuatan dan kecekalan agar sampai hajat yang dituju. Dah sejauh ini kami sampai, jangan pula terpaksa berpatah balik dari sebab2 yang mungkin tidak dapat dielakkan.
![]() |
Fokus - Nampak jalan aje |
Err tak de gambar kira tak sampai - motto #KoyokAdventureTeam
Apa jadipun kena bagi sampai... patah sayap bertongkap paruh...gunung tetap kudaki. ha ha ha nak bagi semangat bimbang jika tak sampai kena "bahan" setahun.
Didepan sir ialah Nazim, dibelakang Amir.... terus melangkah...sehingga tetiba ternampak papan tanda "Namaste Annapurna Basecamp" 4130m. dalam samar2 kabus. Rasa macam tidak percaya... jalan kedepan lagi untuk memastikannya.
"Hey... kami dah sampai la... ", tetiba semangat kembali berkobar2. Langkah kami semakin laju sehingga yang memisahkan antara kami dan Signage itu adalah anak sungai kecil. Baru sir sedar betapa penatnya perjalanan apabila ingin melangkah anak sungai bagai tak lepas walhal kecil sahaja.
Annapurna Basecamp @ABC 4130m
Alhamdulillah tepat 1.45 petang, detik bersejarah terakam dalam hidup ini. Kami berjaya sampai ke #AnnapurnaBaseCamp - #ABC. Kami bergambar merakam bukti -#TakdeGambarTakSampai sepuas2nya namun kabus tebal menghalang keindahan dirakam dengan sempurna.
![]() |
Detik bersejarah 1.45 pm kami sampai di #ABC |
Kami bergerak ke Tea House di #ABC Santuary dan kami sedar kami masih perlu menaiki anak2 tangga yang ketika itu terasa begitu kejam sekali. Nafas keluar bagai asap rokok menanda sejuknya suasana. Alhamdulilah kami di sirami hujan selama 3 hari namun hari #ABC attack", tiada hujan memberi sedikit kelegaan. Andainya terjadi hujan tadi... walahualam.
![]() |
Wajah2 bangga dan ceria |
![]() |
Annapurna Sanctuary Lounge |
Dari Wikipedia - Annapurna is a massif in the Himalayas in north-central Nepal that includes one peak over 8,000 metres, thirteen peaks over 7,000 metres, and sixteen more over 6,000 metres. Annapurna is only the tenth tallest mountain in the world, but it ranks as one of the most dangerous
Kami disarankan untuk bangun seawal 5 pagi untuk melihat matahari naik memancar cahaya kepada gunung2 ini yang akan bertukar menjadi warna kuning keemasan. Sejuk dah nie... esok pagi2 kita bergambar lagi.
Dinner jam 6.15 petang- menu sama. Dah tak lalu nak cerita. Wifi tidak ada maka rancaklah kami berbual2 sesama kami berserta pendaki2 lain. Meriah sekali. Dalam kemeriahan rupanya ada diantara kami sudah terkena Attitude Mountain Sickness - AMS. Antara symptoms adalah tak lalu makan dan pening-pening. Risau juga kami dibuatnya, namun dia kembali normal setelah berehat malam itu juga. Alhamdulillah.
Hari Keenam (D6) - 26 Sep 2019
#ABC 4130m - Deuralli - Himalaya - Upper Dovan - Bamboo - Sinuwa 2340m
Misi sudah berjaya. Hari ini agak santai namun seawal 630 pagi kami sudah berada di lereng2 bukit melihat keajaiban suasana pagi. Ramai juga pendaki berkumpul di sini untuk sama2 melihat keindahan ciptaan Tuhan. Wajah masing2 tersenyum girang tanda kejayaan. Bergambar bagai tak sudah2... puashati. Entah berapa ratus keping gambar dari 8 kamera hp, 3 unit Go-Pro, 1 unit 360 dan 2 camera DSLR. Iyelahkan nak sampai bukan senang, bila lagi nak rakam keindahan ini. Takut pula nanti dikatakan #TakdeGambarKiraTakSampai... ha ha ha... ambik kau!
![]() |
Jalur Gemilang berkibar bangga |
Kami kembali keruang makan untuk breakfast. Briefing pagi ini adalah kami akan turun terus ke Sinuwa tempat kami lunch pada hari ke-2 trekking. Dalam ertikata lain kami akan jalan hari ini pada jarak sejauh 2.5 hari naik. Wow... kami akan skip Dueralli dan Bamboo... tempat kami bermalam 2 hari lepas. Agaknya turun agak mudah sikit berbanding pendakian. .
![]() |
Sayu melihat keindahan alam |
![]() |
Penulis Blog |
Tepat jam 8 pagi kami memulakan langkah meninggalkan #ABC. Rasa tidak puas melihat keindahan pergunungan di sini tapi apakan daya sekadar itu sahaja yang direzekikan untuk kami. Sekali lagi kami mengambil kesempatan untuk bergambar di Signage #ABC dalam suasana pagi dan berharap dapat mengambil gambar berlatar belakangkan Annapurna mountain yang pemalu itu. Malangnya Annapurna Mountain masih diliputi kabus ...setakat itu sahaja rezeki kami atau barangkali ingin menjemput datang lagi. Walahulam.
Target hari ini target lunch di Upper Dovan dan bermalam di Sinuwa.. let's do it.
![]() |
Insyallah ada rezeki kami sampai lagi |
Hari ini kami berpeluang melihat pemandangan denai2 di perjalanan ke ABC yang kemarinnya berkabus tebal. Sayup mata memandang kehijauan rumput di sini berserta anak sungai mengalir turun pelaha. Kami berselisih dengan pendaki wanita tua kemarin dan beliau sudah menghampiri #ABC. Kami berkumpul mengucap tahniah buatnya. Hebat kesungguhannya dalam mengejar impiannya.
![]() |
Pendaki tua yang akhirnya sampai di #ABC |
![]() |
Sebelum kabus sampai |
Deuralli - Coffee break
Hujan tidak menunjukkan tanda2 berhenti. Selepas secawan kopi, kami membuka langkah untuk kembali mengejar yang lain dalam kesejukan. Langkah dipanjang semoga terasa hangat tubuh badan untuk mengelakkan kesejukkan. Oleh langkah semakin laju, penat cepat terasa namun perjalanan masih jauh. Yang tinggal hanya kami berempat iaitu Nazim, Singa, Keshab dan sir. Tetapi kami tahu mereka hanya sejauh 15-20 minit dihadapan dan pasti akan berkumpul kembali dengan rakan2 lain di pit-stop seterusnya. Seperti yang dijangkakan kami bertemu di Himalaya dan mereka semua baru selesai rehat dan minum kopi panas.
![]() |
Faiz @ Penakluk Gunung |
Upper Dovan - Lunch break
Meneruskan perjalanan menuju ke Upper Dovan. Trek masih menurun membantu kami untuk bergerak agak laju. Akhirnya kami sampai di Upper Dovan jam 1.30 petang selepas 5.5 jam trekking dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan. Lunch pun sekadar untuk mengalas perut. Selera agak kurang akibat dari kepenatan. Selesai lunch, kami terus bergerak melepasi Bamboo menuju ke Sinuwa. Rasanya sudah tidak berapa jauh, barangkali 2.5 jam kot!!
![]() |
Kak Nona dari Brunei |
Sinuwa
Menuju ke Sinuwa memberi cabaran baru buat kami - kembali mendaki. Ini merupakan saat yang paling menyeksakan. Tak teringat langsung bahawa dari Sinuwa dahulu menuruni bukit ke Bamboo (ketika itu hujan lebat, cuma bergerak sepantas mungkin ke Bamboo). Dan kali ini juga hujan lebat tetapi terpaksa pula mendaki kembali ke Sinuwa. Terasa cabarannya setelah berjalan dalam jarak yang lebih jauh dari biasa, terpaksa mendaki dalam hujan dan kesejukkan. Selangkah demi selangkah begitu menyeksakan.
Akhirnya kami sampai ke Sinuwa jam 5.15 petang dalam keadaan basah kuyup. Syukur alhamdulillah. Jumlah jam trekking hari ini ialah 9 jam 15 min. Kami turun dari 4130m ke 2340m bersamaan 1790m. Terasa oksigen kembali kepada 100%... puas bernafas walaupun kepenatan.
![]() |
Rye dari Philippines |
Selesai berehat, kami berkumpul di ruang makan. Terdapat ramai pendaki2 - ada yang menuju ke #ABC dan sebaliknya. Ada pendaki2 dari Germany, USA, Taiwan dan lain2 lagi. Ada juga yang solo trekking tanpa guide. Kami berbual-bual berkongsi cerita. Ada suatu kepuasaan kerana telah berjaya mencapai misi kami. Masa untuk memberi sokongan kepada yang lain pula. Walaupun letih, kami masih berbual2 hingga jam 9 malam.
Hari Ketujuh (D7) - 27 Sep 2019
Sinuwa - Chomrong - Jhinu Danda (Hotsprings) - Gandruk - Pokhara
Hari ini kami agak kelewatan. Plan breakfast jam 7 pagi tapi kami start 745 pagi. Keletihan. Semasa breakfast kami berbincang sekiranya kami boleh terus habiskan trekking hari ini juga dan terus balik ke Pokhara. Setelah berbincang, sebulat suara bersetuju untuk habiskan trekking hari ini juga tetapi tetap singgah sebentar di Jhinu Danda. Bermakna kami akan bergerak hingga ke Matque Dada - checkpoint untuk pick-up ke Pokhara.
#KoyokAdventureTeam Boleh... tampal koyok banyak kat kaki, boleh tambah laju.
![]() |
Bro Nazim Macho |
Chomrong - Coffee break
Jam 830 pagi kami mula bergerak. Cuaca agak baik tetapi berkabus. Cabaran hari ini kami akan mendaki kembali ke Chomrong - 2200 anak tangga yang kami turuni pada hari ke-dua trekking. Jam 1050 pagi kami sudah berada di Fishtail Guesthouse, Chomrong untuk berhenti rehat sebentar. Fishtail Guesthouse Chomrong adalah tempat tidur kami pada hari pertama trekking. Hujan kembali turun renyai-renyai.
![]() |
Bro Amir @Penjejak Badai |
Jhinu Danda - Lunch break
Perjalanan turun di teruskan ke Jhinu Danda - berhenti lunch. Kami sampai jam 12.15 tenghari. Kali ini kami semua mencuba makanan tradisi Nepal iaitu Dal Baht. Wow ternyata nyaman sekali. Semasa makan terbuka suatu cerita yang menjadi "bahan yang dinanti2kan" ha ha ha ... difahamkan salah seorang dari kami telah tersesat semasa menuruni dari Chomrong ke Jhinu Danda. Hampir setengah jam menyusuri jalan sendirian. Nasib baik, "kehilangan" beliau disedari oleh Keshab... yang akhir menunggu di persimpangan jalan. Kata orang sesat dihujung jalan kembali ke pangkal jalan. Berpeluh-peluh mungkin kerana penat ataupun rasa cuak jalan sendirian. Siapakah beliau? Ha ha ha... biarlah menjadi rahsia! Boleh jadi "bahan bako" semasa TTS - Teh Tarik Session.
![]() |
Bro Hady Macho |
Jhinu Danda - Hot springs
Selepas lunch, kami menurun bukit di Jhinu Danda untuk ke hot-springs yang mengambil masa hampir 30 minit. Terdapat banyak pacat di sepanjang trek. Wow dalam kesejukkan berjumpa kolam air panas begitu merehatkan badan. Mandi sebentar. Kembali mendaki ke Jhinu Danda.
![]() |
Bro Yukhairi @ SingaUtara ...dari Perlis |
Jam 2.30 petang kami meneruskan perjalanan untuk ke final check-point iaitu Gandruk - Matque Dada dan akan melalui jambatan gantung 287 meter. Kali ini menuruni bukit sehingga ke jambatan gantung. Tepat jam 4 petang kami sudah berada di checkpoint Matque Dada. Alhamdulilah kami telah berjaya menghabiskan trekking ke #AnnapurnaBaseCamp dalam 6 hari trekking. Syukur semuanya berjaya sampai dan selamat kembali ke check-point.
Matque Dada - Final check point
![]() |
SirNoordin penuils blog |
Tukar pakaian bersih untuk menaiki Landrover untuk kembali ke Pokhara. Perjalanan memakan masa 4 jam. Terasa keletihan dan selelap ketika dalam perjalanan. Seram melihat cerun2 bukit yang curam jauh ke bawah gaung. Bagi kami yang tidak biasa dengan jalan2 seperti ini terasa mengerikan. Tambahan pula melihat mereka memandu di waktu malam berkabus menyukar mata untuk melihat. Namun kami yakin, mereka sudah biasa dengan suasana sebegini.
Pokhara
Kami sampai di Pokhara jam 8 malam dan check-in di City Inn hotel. Setiap orang memberi Myr50 atau 1500Npr sebagai tips buat adik2 porter. Selepas mandi, kami pergi makan mutton briani di Halal restoran di sekitar kawasan tersebut. Setelah bermalam tidur di Tea House, malam ini di hotel memberi ribuan keselesaan.
![]() |
Yeti Airlines |
Kami menginap 2 malam di Pokhara. Pada hari Ahad 29 Sep jam 8 pagi kami sudah bergerak ke Airport Pokhara untuk ke Kathmandu. Sempat berehat2 di Kathamdu sebelum connecting flight jam 1045 mlm Malindo OD181 ke Kuala Lumpur. Pada saat ini terasa keletihan yang amat sangat. Tidur disepanjang penerbangan.
![]() |
Pokhara Airport |
Tahniah diucapkan kepada rakan2 #KoyokAdventureTeam - Nazim, Amir, bro Hady, sis NonaElis, Faiz@PenaklukGunung, Yukhari@Singa Utara and sis Rye. Sesuatu pencapaian yang cemerlang bagi kami yang sudah 'otai' ini. Terimakasih kerana saling membantu dan memberi sokongan moral diantara satu sama lain.
![]() |
Our guide - Keshab |
Thanks to our trusted guide Mr. Keshab from Index Adventure for taking good care of us throughout the journey. He is he owner of Index Adventure. Fully recommended for their Five star services. Here is the link --> IndexAdventure.
Terimakasih kepada semua kaum keluarga & rakan-rakan di mana jua berada yang mendoakan keselamatan dan kejayaan disepanjang pengembaraan kami..
https://sirnoordin.blogspot.com/2019/10/annapurna-basecamp-abc-part-1.html
https://sirnoordin.blogspot.com/2019/10/annapurna-basecamp-abc-part-2.html
SirNoordin
"Mountains are caling and I must go"
Gambar2 dan video2 boleh di akses di FB Koyok AdventureTeam
--> Just Like our FB group.
https://www.facebook.com/309409106411333/posts/397116700973906/
https://www.facebook.com/309409106411333/posts/396226287729614/
Next plan:
Mt. Pulag, Philippines (Mar 20), Mt. Fuji (Jun 20) & EBC - Everest Basecamp (Nov 20)