Saturday, October 25, 2014

SmartsCAMP IKHTIAR HIDUP DAN JATIDIRI 28-30 NOV 2014

Assalamualaikum w.b.t !

Salam Hormat


SMARTS IKHTIAR HIDUP DAN JATIDIRI CAMP

Sukacitanya dimaklumkan, Smarts Coach akan menganjurkan SMARTS Ikhtiar Hidup & Jatidiri.


Ada apa dengan SmartsCAMP?
SmartsCAMP adalah tempat di mana anak-anak ...

  • Belajar bagaimana mengatasi keupayaan diri
  • Latihan praktikal asas kemahiran hidup
  • Penekanan sahsiah seimbang melalui latihan kerohanian
  • Bagaimana menjadi Street Smarts! 

Hanya dengan SEKOLAH KEHIDUPAN ini dapat memberi persediaan yang anda mahukan!


SmartsCAMP adalah tempat belajar dalam usaha mengenal cabaran kehidupan yang sebenar. Kami membentuk KEYAKINAN BARU dari gerak kerja berpasukan, latihan kerohanian & jatidiri serta menjadi orang yang bijak dalam membuat keputusan kehidupan! 


Satu program yang disusun oleh pakar-pakar yang telah melatih ribuan peserta di dalam dan luar negara! Mereka ingin berkongsi bersama anak-anak anda! 


PEMBIMBING UTAMA :

  • SirNoordin Khalid, pakar dengan pelbagai pengiktiran dunia akan berkongsi “Bagaimana mahu menjadi Street Smarts?"
  • Tuan Fadzillah Haris (TokWan), bekas polis hutan memberi tunjuk-ajar skill Ikhtiar hidup secara praktikal 
  • Ustaz Adzeem Mohd, tazkirah kerohanian dan Alpha Empowerment
  • Dibantu oleh TEAM SMARTS COACH! 
Komen Dari Tuan Razin Ong


Bayangkan anda mengalami kejayaan PADA setiap langkah perjalanan.
Itulah SmartsCAMP !
"Orang yang berhenti tidak akan menang dan 
orang yang menang tidak akan berhenti"


TARIKH & TEMPAT
28 – 30 November 2014 (Jumaat – Ahad)
NurLaman Bestari, Ulu Yam Bharu, Gombak
GPS:    N3" 17.889'  E101" 41.762'

KUMPULAN SASARAN
Lelaki dan Perempuan berumur 9 - 17 tahun
TERHAD HANYA 50 PESERTA SAHAJA! 

PELABURAN
Seorang: RM380 (RM360/ untuk lebih dari 2 orang)
(Deposit penyertaan: RM150 seorang)
** PESERTA AKAN BERKHEMAH DAN MAKAN 6X
TARIKH TUTUP: 24 NOVEMBER 2014

CARA PENDAFTARAN 
Sila balas email ini dengan butir-butir yang diperlukan:
1. Nama penuh (peserta) :
2. No. IC @ No sijil kelahiran (peserta) :
3. Umur :
4. Nama penuh (penjaga) :
5. No telefon penjaga :                                         
6. Email penjaga :  

HUBUNGI KAMI
Talian HotLine :
JAMSARI 012-3912 757 / AZLINEI 019-6159 876

Email : impian@smartscoach.com
LIKE! FB: Smarts Coach 

CARA PEMBAYARAN
Maklumat bayaran adalah seperti berikut:

·    Melalui Maybank ( 5620-1210-7992 ) atas nama SMARTS COACH
·    Emailkan salinan SLIP tersebut (disertakan nama ibu/bapa, nama peserta & no IC peserta) ke impian@smartscoach.com atau

·    SMS ke talian di atas (maklumat jumlah bayaran, tarikh, masa & tempat bayaran,  nama ibu/bapa, nama peserta & no IC peserta)

JADUAL PROGRAM
HARI PERTAMA

2.30 pm – 3.30 pm
3.30 pm – 4.15 pm
4.15 pm – 5.00 pm
5.00 pm – 7.00 pm


7.00 pm – 9.00 pm
9.00 pm – 11.00 pm
11.30 pm
Peserta Melapor Diri
Taklimat Program/ Pengenalan dan Undang-undang Kem
SOLAT ASAR BERJEMAAH dan Minum Petang
SESI 1: ICE BREAKING
Konsep Kepimpinan dan Kerjasama Berpasukan
Memasang Khemah
SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH/ KULIAH/ SOLAT ISYAK/ Makan Malam
SESI 2: MEMBENTUK JATIDIRI CEMERLANG
Minum Malam/ Taklimat Esok/ Bersurai

HARI KEDUA

5.30 am – 7.30 am
7.30 am – 8.00 am
8.00 am – 9.30 am
9.30 am – 10.00 am
10.00 am – 1.30 pm
1.30 pm – 2.30 pm
2.30 pm – 6.30 pm

7.00 pm – 9.00 pm
9.00 pm – 11.00 pm
11.30 pm
SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN TAZKIRAH
Sarapan Pagi
LATIHAN BELADIRI – SMARTS DEFENSIVE SYSTEM 1
Minum Pagi
SESI 3: BERSAMA TOKWAN Komando – Latihan Praktikal Ikhtiar Hidup 1
Makan Tengahari/ Solat Zohor/ Rehat
SESI 4: BERSAMA TOKWAN Komando – Latihan Praktikal Ikhtiar Hidup 2
SOLAT ASAR BERJEMAAH dan Minum Petang
SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH/ KULIAH/ SOLAT ISYAK/ Makan Malam
SESI 5: PERSEMBAHAN PESERTA
Minum Malam/ Taklimat Esok/ Bersurai

HARI KETIGA

5.30 am – 7.30 am
7.30 am – 8.00 am
8.00 am – 9.30 am
9.30 am – 10.00 am
10.00 am – 11.30 am
11.30 am – 12.30 pm
12.30 pm – 1.30 pm 
SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN TAZKIRAH
Sarapan Pagi
LATIHAN BELADIRI – SMARTS DEFENSIVE SYSTEM 2
Minum Pagi
SESI 6: BERSAMA SIRNOORDIN – Bagaimana Menjadi Street Smarts?
Menbersihkan tapak khemah dan bersiap untuk pulang
Makan Tengahari dan MAJLIS PENUTUP

PERSIAPAN KEM

MAKLUMAT PENTING:
Peserta dikehendaki melapor diri pada 28/11 jam 2.30 petang. 

Ibubapa dikehendaki hadir pada 30/11 
jam 12.00 tenghari untuk 
Majlis Penutup


PENGINAPAN: BERKHEMAH
MAKAN: 6X SEHARI
KEPERLUAN ASAS PESERTA
1.     Pakaian bersih 4 pasang (Solat/ Tidur/ Pulang)
2.     Pakaian aktiviti 4 – 5 pasang (Trek dll)
3.     Kasut Sukan dan Selipar
4.     Keperluan Asas Diri – Tuala/Berus Gigi/ Sabun dll
5.     Botol Air
6.     Lampu Suluh
7.     Ubat-ubatan (jika perlu)

Insyallah! Anda pasti TERLAJAK HEBAT! JUMPA SAYA DI SANA! 


SirNoordin Khalid 
my.linkedin.com/pub/noordin-khalid/63/4a5/a88/




Tuesday, October 21, 2014

TIPS KEMBARA SOLO

Salam Hormat

Cerita bab kembara ini, ada yang suka mengembara secara berkumpulan dan ada pula yang suka sendirian... terpulang kepada diri masing2. Bila kembara sendirian pastinya lebih mudah untuk membuat keputusan mengikut kehendak sendiri tanpa perlu memikirkan hati orang lain. Walau bagaimanapun, berkumpulan pastinya lebih meriah dan tidak membosankan selagi mana anda boleh bertimbangrasa sesama sendiri. Untuk entri kali ini saya hendak berkongsi tips untuk kembara solo... 
Tips: 
Untuk kembara dalam kumpulan, sebaiknya lantik seorang ketua yang "demokrasi" dan setiap ahli senaraikan 10 destinasi atau aktiviti yang ingin dilakukan mengikut turutan. Pilih dua senarai teratas bagi setiap ahli untuk dilaksanakan. 

Walau bagaimanapun kembara solo juga mempunyai cabaran yang tersendiri. Ianya memberi kebebasan, meningkatkan keyakinan diri, belajar menghargai diri sendiri dan yang penting tidak perlu "compromise" terhadap kehendak orang lain. Ha ha ha Tetapi apa yang lebih penting ianya membantu anda mengenal keupayaan diri sendiri, melihat kehidupan dari perspektif berbeza dan barangkali juga membuka rahsia diri yang anda sendiri tidak tahu selama ini. Saya suka mencadangkan agar setiap orang melakukan kembara solo sekurang2 sekali dalam hidup! Cubalah...

Tips Kembara Sendirian... 
Kajian Destinasi 
Sebelum memulakan perjalanan, sebaiknya anda membuat kajian mengenai destinasi tersebut... tempat2 menarik dan perkara2 yang patut diketahui tentang destinasi tersebut baik positif mahupun negatif, Maklumat ini banyak didapati dari "Travel Forums" malahan anda mungkin dapat berkenalan dengan rakan kembara solo yang kebetulan merancang ke destinasi yang sama pada waktu yang sama...  


Hostel 
Bagi yang tidak pernah tinggal di hostel ... inilah peluang untuk mencuba perkara baru tetapi keadaan hostel ikut tempat dan juga nasib. Mungkin ada yang bersih, kemas atau sebaliknya; juga ada yang menyediakan bilik seorang atau "wanita sahaja" atau "mix group". Jika anda merancang perjalanan, surf saja maklumat hostel di internet. Paling mudah, google semasa anda dalam perjalanan menuju ke sesuatu destinasi.. ini memberi anda membuat pilihan bijak. Selain dari itu, tinggal di hostel membolehkan anda mengenali lebih ramai pengembara solo seperti anda juga.
Semak Agoda Hostel atau http://www.hostelworld.com/



Kenal2 Dengan Orang Tempatan

Berkenalan dengan orang2 tempatan akan memberi lebih peluang untuk mengetahui dan mengalami pelbagai perkara menarik di destinasi tersebut. Sebaiknya cubalah untuk mengenali orang2 tempatan walaupun anda terpaksa bercakap seperti lagak ayam dan itik.  Mana tahu rezeki baik, dijemput pula ke rumah mereka. Setiap orang mengalami pengalaman yang berbeza2 dan membuka pandangan dari perspektif berbeza. "Expensive experience".  



Percaya Kepada Naluri Sendiri 
Di sepanjang perjalanan anda akan menempuhi pelbagai perkara yang memerlukan anda membuat keputusan. Percayalah kepada kata-hati anda! Biasanya keterujaan membuatkan anda hilang pertimbangan dan membuat keputusan yang silap. Saya suka mengambil sikap "rules of thumb" di mana sentiasa berhati2 dalam semua keadaan. 

Contoh: Jika di tempat kita juga tidak berapa selamat di waktu malam atau tempat sunyi - maka sama juga di tempat orang! 

Apa2 pun percaya pada kata-hati... insyallah semua akan selamat! 


Ambil gambar anda
Sehingga hari ini saya masih menyesal kerana suatu ketika dahulu saya tidak gemar mengambil gambar sendiri. Kini saya tidak mempunyai bukti yang pernah sampai ke sesuatu destinasi yang boleh dijadikan cerita malahan mengemaskini blog saya ... yang ada hanyalah kenangan dalam memori. Aduss.... 

Apabila kembara solo, jangan malu2 untuk meminta orang mengambil gambar anda di destinasi tersebut. Terkadang apabila melihat banyak gambar2 dahulu yang saya ambil tetapi tidak ada gambar saya... sungguh mengecewakan! Kalau sekadar ingin melihat gambar destinasi tersebut, semua orang boleh google aje dalam internet. Percayalah orang  lain ingin melihat gambar anda berlatar belakang destinasi tersebut. Sebenarnya anda telah memberikan inspirasi kepada orang lain untuk sampai ke tempat tersebut!

Satu lagi tips, apabila anda kembara dalam kumpulan... jangan hanya mengambil gambar anda dalam kumpulan sahaja. Biarpun anda berada dalam kumpulan,  ini perjalanan anda... ini kembara anda.... pastikan gambar anda lebih banyak iye! 


Tulis travelog anda
Apabila anda kembara solo, seringkali anda lupa sesuatu pengalaman menarik yang anda lalui, orang yang anda temui dan pelbagai lagi. Seharusnya "pengalaman pertama dan terakhir" ini ditulis sepenuhnya agar tidak lupa. Agar boleh membawa buku nota kecil untuk mencatat pengalaman anda. Tuliskan apa perasaan anda ketika itu, siapa yang anda temui, apa yang menarik dan pelbagai lagi journal perjalanan anda. Kalau duhulu saya menggunakan buku nota tetapi kini "Mini Ipad" saya begitu berbakti! Cuma saya kena pastikan ianya sentiasa cukup bateri. 




Percayalah pada tahun2 mendatang, catatan tersebut akan mengembalikan sebuah kenangan yang membuat anda tersenyum sendirian. Ini juga antara sebab menulis blog secara istiqamah agar celoteh saya sekarang mencorakkan senyuman di masa akan datang! 


Mood: Sedang merancang suatu perjalanan...

SirNoordin Khalid
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta-

Saturday, October 11, 2014

Artikel Berita Harian - SEDIA KE PERINGKAT GLOBAL

Salam Hormat


Suatu artikel perjalanan bagi sebuah syarikat dimana sir menyumbang sedikit kepakaran dalam "Service Management" bermula April 2014 yang lalu. Sebahagian dari tanggungjawap yang diamanahkan untuk merangka perjalanan untuk bermain di peringkat antarabangsa. 



Artikel Berita Harian 30 September 2014

Semoga dengan izinNya, diberi kekuatan untuk terus menyumbang serta mezahirkan harapan syarikat ini.


SirNoordin Khalid
Cyberjaya

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...