Tuesday, October 21, 2014

TIPS KEMBARA SOLO

Salam Hormat

Cerita bab kembara ini, ada yang suka mengembara secara berkumpulan dan ada pula yang suka sendirian... terpulang kepada diri masing2. Bila kembara sendirian pastinya lebih mudah untuk membuat keputusan mengikut kehendak sendiri tanpa perlu memikirkan hati orang lain. Walau bagaimanapun, berkumpulan pastinya lebih meriah dan tidak membosankan selagi mana anda boleh bertimbangrasa sesama sendiri. Untuk entri kali ini saya hendak berkongsi tips untuk kembara solo... 
Tips: 
Untuk kembara dalam kumpulan, sebaiknya lantik seorang ketua yang "demokrasi" dan setiap ahli senaraikan 10 destinasi atau aktiviti yang ingin dilakukan mengikut turutan. Pilih dua senarai teratas bagi setiap ahli untuk dilaksanakan. 

Walau bagaimanapun kembara solo juga mempunyai cabaran yang tersendiri. Ianya memberi kebebasan, meningkatkan keyakinan diri, belajar menghargai diri sendiri dan yang penting tidak perlu "compromise" terhadap kehendak orang lain. Ha ha ha Tetapi apa yang lebih penting ianya membantu anda mengenal keupayaan diri sendiri, melihat kehidupan dari perspektif berbeza dan barangkali juga membuka rahsia diri yang anda sendiri tidak tahu selama ini. Saya suka mencadangkan agar setiap orang melakukan kembara solo sekurang2 sekali dalam hidup! Cubalah...

Tips Kembara Sendirian... 
Kajian Destinasi 
Sebelum memulakan perjalanan, sebaiknya anda membuat kajian mengenai destinasi tersebut... tempat2 menarik dan perkara2 yang patut diketahui tentang destinasi tersebut baik positif mahupun negatif, Maklumat ini banyak didapati dari "Travel Forums" malahan anda mungkin dapat berkenalan dengan rakan kembara solo yang kebetulan merancang ke destinasi yang sama pada waktu yang sama...  


Hostel 
Bagi yang tidak pernah tinggal di hostel ... inilah peluang untuk mencuba perkara baru tetapi keadaan hostel ikut tempat dan juga nasib. Mungkin ada yang bersih, kemas atau sebaliknya; juga ada yang menyediakan bilik seorang atau "wanita sahaja" atau "mix group". Jika anda merancang perjalanan, surf saja maklumat hostel di internet. Paling mudah, google semasa anda dalam perjalanan menuju ke sesuatu destinasi.. ini memberi anda membuat pilihan bijak. Selain dari itu, tinggal di hostel membolehkan anda mengenali lebih ramai pengembara solo seperti anda juga.
Semak Agoda Hostel atau http://www.hostelworld.com/



Kenal2 Dengan Orang Tempatan

Berkenalan dengan orang2 tempatan akan memberi lebih peluang untuk mengetahui dan mengalami pelbagai perkara menarik di destinasi tersebut. Sebaiknya cubalah untuk mengenali orang2 tempatan walaupun anda terpaksa bercakap seperti lagak ayam dan itik.  Mana tahu rezeki baik, dijemput pula ke rumah mereka. Setiap orang mengalami pengalaman yang berbeza2 dan membuka pandangan dari perspektif berbeza. "Expensive experience".  



Percaya Kepada Naluri Sendiri 
Di sepanjang perjalanan anda akan menempuhi pelbagai perkara yang memerlukan anda membuat keputusan. Percayalah kepada kata-hati anda! Biasanya keterujaan membuatkan anda hilang pertimbangan dan membuat keputusan yang silap. Saya suka mengambil sikap "rules of thumb" di mana sentiasa berhati2 dalam semua keadaan. 

Contoh: Jika di tempat kita juga tidak berapa selamat di waktu malam atau tempat sunyi - maka sama juga di tempat orang! 

Apa2 pun percaya pada kata-hati... insyallah semua akan selamat! 


Ambil gambar anda
Sehingga hari ini saya masih menyesal kerana suatu ketika dahulu saya tidak gemar mengambil gambar sendiri. Kini saya tidak mempunyai bukti yang pernah sampai ke sesuatu destinasi yang boleh dijadikan cerita malahan mengemaskini blog saya ... yang ada hanyalah kenangan dalam memori. Aduss.... 

Apabila kembara solo, jangan malu2 untuk meminta orang mengambil gambar anda di destinasi tersebut. Terkadang apabila melihat banyak gambar2 dahulu yang saya ambil tetapi tidak ada gambar saya... sungguh mengecewakan! Kalau sekadar ingin melihat gambar destinasi tersebut, semua orang boleh google aje dalam internet. Percayalah orang  lain ingin melihat gambar anda berlatar belakang destinasi tersebut. Sebenarnya anda telah memberikan inspirasi kepada orang lain untuk sampai ke tempat tersebut!

Satu lagi tips, apabila anda kembara dalam kumpulan... jangan hanya mengambil gambar anda dalam kumpulan sahaja. Biarpun anda berada dalam kumpulan,  ini perjalanan anda... ini kembara anda.... pastikan gambar anda lebih banyak iye! 


Tulis travelog anda
Apabila anda kembara solo, seringkali anda lupa sesuatu pengalaman menarik yang anda lalui, orang yang anda temui dan pelbagai lagi. Seharusnya "pengalaman pertama dan terakhir" ini ditulis sepenuhnya agar tidak lupa. Agar boleh membawa buku nota kecil untuk mencatat pengalaman anda. Tuliskan apa perasaan anda ketika itu, siapa yang anda temui, apa yang menarik dan pelbagai lagi journal perjalanan anda. Kalau duhulu saya menggunakan buku nota tetapi kini "Mini Ipad" saya begitu berbakti! Cuma saya kena pastikan ianya sentiasa cukup bateri. 




Percayalah pada tahun2 mendatang, catatan tersebut akan mengembalikan sebuah kenangan yang membuat anda tersenyum sendirian. Ini juga antara sebab menulis blog secara istiqamah agar celoteh saya sekarang mencorakkan senyuman di masa akan datang! 


Mood: Sedang merancang suatu perjalanan...

SirNoordin Khalid
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta-

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...