As Salam
Sekadar pandangan, kalau salah maafkan dan khabarkan jalan yang lebih baik moga bersama mendapat rahmatNya.
Baru2 sir bertemu dengan seorang kawan lama, hampir 15 tahun tidak pernah berjumpa ..dan kebiasaan orang kita akan bertanya status perkahwinan, anak berapa, dah besar mana dan lain2.
Tersenyum kelat sambil menjawap, "Sir, saya belum kahwin lagi ...dah takdir tak ada jodoh, nak buat macamana?!"
Teringat kisahnya 20 tahun yang lalu, dia berkasih dengan gadis Melaka - cinta maut tahap dewa dengan harapan kekal abadi. Pernah diceritakan kepada sir masalahnya ialah keluarganya tidak bersetuju ... apakan daya keluarga lebih utama maka ditinggalkan kekasih merana jiwa hilang entah kemana.
Menurutnya, ibunya tidak membenarkannya mencari pasangan dari Utara (Kedah, Perlis, Penang la kot) juga tidak dari Timur (Kelantan, Trengganu, Pahang), bukan orang Minang bukan orang Melaka dan NO KL atau Selangor .... juga tidak sekali2 Malaysia Timur ... la tinggal negeri mana aje ...Johor la kot gamaknya!
Kini masa telah berlalu entah iya entah kan tidak punya harapan untuk berumahtangga, tak sanggup pula sir nak tanyakan cuma persoalan di minda sir ..kenapa takdir yang disalahkan sedang rintangan sendiri yang bina?!
Agaknya hampir sama dengan cerita yang sering didengar Mr and Mrs Perfect .... terus mencari gadis untuk calon Mrs Perfect nya ...akhirnya bertemu. Hati girang bukan kepalang apa yang dicari bakal menjadi isteri tetapi kenapa tetap juga tidak sampai ke jinjang pelamin .... malangnya dia pula bukan Mr. Perfect kepada si gadis!! Ha ha ha ..padan muka!
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan ....
Cerita seorang sahabat bercinta serata ceruk mencari idaman hati ...akhirnya bertemu jodoh selang dua rumah dari rumahnya sendiri. Bayi perempuan yang dia dukung dahulu sekarang jadi isterinya pula ...
Pastinya semua manusia mahukan pasangan baik atau terbaik untuk dirinya ...jadi kenapa tidak yakin pada janjiNya bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya. Atau barangkali kita lebih hebat dan perfect dalam menentukan hidup dan kehidupan dariNya?!
Juga tiada bezanya yang telah berumahtangga ... ada seorang kawan, semasa berkahwin si isteri minta dia berjanji tidak akan dimadukan!! Janji tinggal janji ... dah tiga isterinya ...
Jodoh ketentuan hak Dia ...tiba masa saat dan waktu ..bertemu di depan tok kadi!
Cinta remaja ... jodoh belum tentu pasti tetapi sudah tergadai 'body' ... boyot kesana kemari akhirnya ke longkang juga bayi sendiri!!
Cinta Hakiki
Kenapa digusarkan? Cintailah kepada yang kekal abadi ... hairan pula bila cinta 'maut' diberi kepada yang bakal tiada ...
Pesan Jibrail a.s kepada Rasulullah saw,
"Hiduplah kamu sesukamu tapi sesungguhnya engkau pasti akan mati.
Berbuatlah sesukamu sesungguhnya engkau pasti dibalas menurut perbuatanmu.
Cintailah siapa sahaja yang engkau kehendaki tapi sesungguhnya engkau pasti berpisah dengannya.
Ketahuilah bahawa... kemuliaan seorang mukmin itu kerana solat malamnya dan kehebatannya kerana tidak bergantung kepada sesama manusia"
(Hadith Riwayat al-hakim dan abu na'im)
Siapa jua pasangan kita, dia adalah peneman kita berjalan di alam ini untuk kembali kepada Pencipta.
Kita ini dicipta berpasang - pasangan .... siapa juga jodoh kita, terimalah hakikat Qada dan Qadar dan kalau jodoh itu bukan milikNya, mana mungkin Datuk 75 tahun berkawin dengan anak dara 17 tahun ...
SirNoordin
Royal Brunei Air BI874
Awan biru yang amat gelap serta angin monsun yg kuat
Senak perut menahan gegaran.... semoga selamat sampai.