Sunday, April 19, 2009

Selamat berjaya ...

Seramai 12 pelatih talipinggang putih akan menduduki ujian kenaikan talipinggang Taekwondo pada hari Ahad 19th April 2009.

Semoga berjaya...

Thursday, April 16, 2009

Sumbangan ide dari parents...

Memperkenalkan logo SMARTS yang disumbangkan oleh pelatih2 merangkap ibubapa kepada pelatih2. Aku agak terharu juga dengan 'commitments' mereka dalam membantu aku di Bukit Sentosa ini.

Sebulan yang lalu, beberapa rekaan logo dan T-shirt ditunjukkan untuk aku membuat pilihan ... tujuan utama mereka agar pelatih2 dapat mempromosi Sentosa Martial Arts School dengan T-shirt yang dipakai.

Yang menariknya sudah 4 - 5 keluarga membuat tempahan untuk mereka dan anak2 mereka. Sokongan anda semua amat dihargai.

Wednesday, April 15, 2009

Teruskanlah perjuanganmu...

Alhamdulillah, aku mendapat seorang lagi pelatih dewasa baru untuk 'Executive Program' aku. Ini kerana untuk seorang pelatih dewasa mendaftar kelas Seni Beladiri amatlah kurang berbanding dengan pelatih kanak2.

Setakat ini 3 orang pelatih dewasa mengikuti program aku dan 10 kali ganda iaitu 30 pelatih kannak2/remaja mendaftar dalam tempoh yang sama dari January hingga April 2009. Mungkin kerana kesibukan kerja, keluarga dan aktiviti harian yang agak membataskan keinginan walaupun ramai diantara mereka melahirkan keinginnan untuk belajar.

Yang menariknya kali ini, pelatih tersebut juga seorang jurulatih dari Seni Silat Gayung Maarifat dan juga pemegang t/pinggang Brown WTF. Aku sering melihat dia mengajar di surau berdekatan hingga akhir2 ini dia telah mengambil keputusan untuk 'pencen'...

Pada hari Isnin lalu kebetulan aku diperkenalkan dengannya dan kami berbual2 tentang seni beladiri dan aku nyatakan padanya teruskanlah perjuangan untuk mendidik anakbangsa tak kiralah apa cara sekalipun. Akhirnya aku mengajaknya untuk berkongsi ilmu di Dojang aku dan sama2 berjuang untuk anak2 kita terutamanya di Bukit Sentosa ini.

Alhamdulillah dia telah hadir, mendaftar dan belajar ... semoga ilmu masing2 dapat dimanafaatkan bersama!

Sirnoordin

Saturday, April 11, 2009

Sekadar luahan rasa...

Dua minggu ini begitu memenatkan aku bermula dengan pemergian sdr Ariff menunaikan Umrah, program motivasi Al-Amin, perancangan ke Pangkor, Buletin etc terasa seolah2 diri keseorangan... dan kesihatan tak begitu mengizinkan sejak2 akhir ini!

Mujurlah salah satu dari kelas dapat dibantu oleh Sir Sharifuddin dan kelas dewasa oleh Sir Ariffin ... terasa legalah juga. Ada kala terlintas juga nak contact Sir Adam untuk membantu ... (segan la pulak). Hinggakan pelatih dewasa aku yang masih Putih ku suruh mengajar pelatih2 baru.

Alhamdulillah Sentosa Martial Arts School (SMARTS) menerima pelatih2 baru hampir setiap minggu. Hingga kini telah mencecah keangka 50 bermakna sejak 4 bulan lalu pelatih baru sahaja hampir 30 orang termasuklah program Women Self Defense telah mula mendapat sambutan. Terpaksa aku mengerahkan isteri aku menbantu.

Hingga kini aku cuma ada Arif 1st Dan yang bila2 akan menyambung pelajaran ke 'U', Ustaz Azim "struggle membahagikan masa dengan Al-Amin) dan Sdr Anwar (walaupun masih Putih tetap membantu bila perlu).

Yang mampu ku harapkan sekarang semoga dalam tempoh setahun dua ini aku akan dapat mengeluarkan jurulatih2 yang berkaliber dan mampu mengambil alih kelas bila2 masa. Sementara menunggu terpaksalah bantuan dari rakan2 jurulatih ... he he he (tunggu la call aku or bila2 senang datang ajelah).

Aku juga bersyukur program Perkelahan Pangkor mendapat sambutan yang memberangsangkan dari keluarga pelatih dan telah mencecah jumlah 30 orang. Aku terpaksa limitkan ke angka 40 kurang lebih ... semoga program ini akan berjalan dengan lancar. Insyallah.

sirnoordin

Sunday, April 5, 2009

Motivasi Luarbiasa Cemerlang Al Amin 3~4hb Apr

Alhamdulillah program motivasi "Luarbiasa Cemerlang" telah selamat dilaksanakan pada 3hb dan 4hb April 2009 (2 hari 1 malam). Program motivasi ini adalah program bersama Smarts dan AhadanCoach - En. Kamarul (CikBro), Kak Izan serta Sir Noordin. Program motivasi ini mendapat penyertaan seramai 61 orang pelajar2 Al-Amin. Program ini dimulakan pada jam 2:30 petang di Dewan Sri Integrasi Al-Amin.
Program motivasi ini bertujuan untuk membentuk sikap2 pelajar cemerlang, teknik2 pembelajaran effektif serta kerohanian. Gambar2 di bawah adalah antara aktiviti2 yang dijalan.
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga dilaksanakan bagi memantapkan persefahaman diantara pelajar2 serta menguji sikap kepimpinan pelajar2. Aku telah diamanahkan oleh gurubesar, Ustazah Norliza untuk mengendalikan forum bagi ibubapa pelajar2 tahun 6.
Sebenarnya agak berat bagi aku untuk mengendalikan forum ini yang bertujuan untuk meletakkan "expectation" pada tempatnya bagi ibubapa dan guru2 al-amin. Agak gugup diawal bicara namun dengan izin Allah segalanya berjalan dengan lancar.
Di akhir program, sentuhan terakhir CikBro telah membuatkan kesemua pelajar2 tidak dapat menahan airmata terus menangis tanpa henti2. Di ketika ini, ibubapa dijemput masuk ke dewan tanpa disedari oleh pelajar2 dimana pelajar2 begitu sebak menulis "akujanji" buat diri sendiri, ibubapa dan guru2. Tangisan begitu memilukan hati2 yang mendengar betapa ikhlasnya pelajar2 ini menulisnya... juga tanpa disedari ada ibubapa yang juga tidak mampu menahan airmata bercucuran.


Begitu syahdunya wajah2 pelajar penuh keikhlasan dan keinsafan untuk berubah kepada lebih cemerlang. Terus berjanji untuk mentaati ibubapa dan guru2 dan moga berkekalan dalam janji. Insyallah.

Selepas itu, aku terus ke kelas Taekwondo aku dan 3 pelajar dari Al-Amin juga menghadiri kelas aku petang itu nampaknya masih merah mata dan kesyahduan.
------------------------------------------sekian--------------------------------------

Insyallah Smarts bersama AhadanCoach akan menganjurkan Program Motivasi (public program) dalam masa terdekat ini. Jika ada yang berminat, boleh hubungi SirNoordin.

Thursday, April 2, 2009

Rekod Kesihatan Pelatih?!

Semalam aku terdengar berita tentang budak meninggal selepas dirotan guru ditangan mengadu sakit kepala dan meninggal. Ini kerana budak tersebut sememangnya menghadapi masalah saraf pertengahan .

Aku tak nak ulas apa yang berlaku cuma aku ingin mengaitkan dengan kelas2 seni beladiri yang kita jalankan.

Sebulan yang lalu aku bertemu dengan guru karate aku dan kami bersembang2 tentang dojang aku (atau dojo dlm bahasanya). Aku berciter tentang kelas aku yang mendapat sambutan dari pelbagai golongan umur kanak2, remaja dan dewasa. Iyelah gembira berkongsi cerita!!

Persoalan yang ditimbulkan olehnya membuatkan aku berfikir juga.
  1. Adakah rekod kesihatan pelatih di kemukakan (terutamanya dewasa)? Adalah pelatih tersebut pernah mengalami keadaan seperti patah, darah tinggi, jantung etc?
  2. Adakah langkah2 keselamatan seperti no talipon klinik, hospital etc dipamirkan? Andainya jurulatih tiada, maka pelatih atau senior lain mampu mengawal keadaan?

Secara tak langsung kita sememangnya menyediakan "Peti Pertolongan Cemas", cuma adakah kita mengambil satu langkah lanjut dengan memastikan pelatih2 kita mampu menggunakannya. Ahh??

Seminggu sebelum perjumpaan aku dengan guru karate aku, kejadian pertama telah berlaku akibat kecuaian aku dimana aku tidak bertanyakan latar belakang kesihatan pelatih dewasa aku. Kenapa? Pelatih ini merupakan salah seorang bekas wakil silat olahraga peringat negeri dan tidak terlintas untuk bertanya tentang itu sehinggalah pada latihan kedua ketika dia melakukan tendangan tetiba terjatuh. Cara dia jatuh dapat aku rasakan bahawa lututnya pernah "disallocate" dan ternyata benar.

Sejak aku kenal TKD dari tahun 1987 hingga kini, kejadian ini merupakan yang pertama di atas kecuaian aku tentang rekod kesihatan pelatih. Memang benar pelatih telah 'sign' borang pelepasan tanggungan tetapi adalah menjadi asas kepada jurulatih untuk mengetahui latar belakang kesihatan pelatih. Harap sahabat2 jurulatih tidak lupa tentang ini.

Mungkin saudara Ayasu Koru Obi dapat menerangkan dari sudut undang2 kiranya kejadian tersebut terjadi di dojang kita dan apakah langkah2 yang patut diambil.

Wednesday, April 1, 2009

"Situation Assessment"


Membaca akhbar tentang "gadis koma akibat kejar peragut" di Trengganu... mengingatkan aku tentang "final presentation" aku sewaktu mengikuti kursus Train the Trainer di bawah kelolaan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).
"Final Presentation" aku berkenaan dengan "Executive Self Defense Program" dan salah satu topiknya ialah "Situation Assessment" atau Penilaian Situasi.


Seingat aku seminggu sebelum "presentation" aku, kisah pemuda terbunuh akibat cuba mengejar peragut dan beliau ditendang dari motor oleh geng peragut itu. Cerita ini hampir sama dengan kisah gadis di atas. Menyedihkan!!


Bukanlah niat aku untuk mengaitkan kisah2 di atas dalam entri aku ini cuma untuk kita belajar menilai situasi. Ini kerana apa jua keputusan yang kita buat akan memberikan 2 keputusan yang amat berbeza iaitu HERO atau ZERO!


Beberapa faktor patut kita fikirkan (dalam sesaat iye!) untuk kita fikirkan tindakan yang akan kita ambil dan kesudahan tindakan kita. Bagaimana harus kita fikirkannya dalam kurang dari sesaat?! Betul ke tindakan kita itu?
Sebagai contoh, katakan anda dirompak oleh 3 orang dan ketika itu anda bersama anak2 yang masih kecil. Jadi apakah tindakan anda? Anda hanya mempunyai sedikit atau banyak pilihan.. melawan atau berikan saja apa yang anda ada atau lari tinggalkan anak2 anda atau suruh anak2 anda lari atau .. atau ... atau ... dan ingat anda hanya ada 1 saat untuk membuat keputusan!!


Situasi yang sama tetapi penyelesaian amat subjektif ... saya mungkin memberikan satu keputusan disini tetapi keputusan itu juga berubah mengikut faktor2 lain pula. Dari ratusan (ribuan?!) faktor yang anda pertimbangkan ... hanya dengan satu perbezaan faktor, keputusan anda juga berubah!


Tanyalah jurulatih anda, pastinya mereka juga mempunyai jawapan! Jawapan tak semestinya sama tetapi hasilnya tetap sama iaitu "anda (keluarga) terselamat"


Insyallah sama2 kita bincangkan faktor2 tersebut ...

Sirnoordin

Friday, March 27, 2009

Cikgu tak ajar anak saya

"Sir, tadi ada parent complain kata saya tak ajar anak dia", kata ustaz Azim.

"Iskk camno lak jadi camtu?" ... seingat saya Al-Amin baru 2 kelas. Kerana 1st kelas aku ada dan kelas kedua ada 2 instructor aku mengajar kat situ.

Jadi aku decide petang ni aku pergi ke Al-Amin sambil mengambil kesempatan berjumpa dengan gurubesar. Perkara yang dibincangkan tentang Program Motivasi dan juga kelab Taekwondo. Persoalan di atas aku bangkitkan untuk mendengar cerita dari sudut berbeza. Dari reaksi gurubesar, dia amat memahami dan menghadapi perkara yang sama.

Sambil berbincang aku katakan dalam pembelajaran Taekwondo ... kita lebih mengutamakan mendidik. Apabila kita mendenda (macam push-up), itu juga sebahagian dari teknik pembelajaran. Lagi banyak denda yang diterima lagi cepat dia belajar berbanding dengan yang tidak didenda. Persoalan yang kedua samada dapat atau tidak ... itu bergantung kepada kebolehan seseorang. Ada yang dapat cepat ada pula yang dapat lambat.

Teringat aku kisah 2 tahun lepas ... apabila borang keahlian aku diubah oleh salah seorang parent ... menambahkan ayat pada pelepasan tanggungjawap seperti ini ... " kecuali dengan kecuaian jurulatih".

Aku cuma bertanya pada parent tersebut jika aku tak terima anaknya ...dia boleh buat pilihan untuk belajar tempat lain atau tidak belajar langsung. Dan jika pilihannya untuk tidak belajar ... maka jika terjadi sesuatu pada si anak disuatu hari nanti ... janganlah pula si anak mengatakan ... "apa yang terjadi ini kerana kecuaian ayah aku"

Jadi pesan aku pada ustaz Azim... response dari parent tadi menunjukkan dia prihatin berbanding dengan apa yang aku alami dulu.

Teruslah mendidik anak bangsa kita kerana kejayaan mereka bermula dari kita.

Thursday, March 26, 2009

Tak tahu sir pun tak tahu...


Cuti sekolah baru2 ini aku rancang nak bercuti ke Rantau Abang, Trengganu... malangnya tak kesampaian lagi. Sambil2 ke pantai timur, sempatlah aku melawat sahabat2 Taekwondo aku ... Ayasu, Mang Ganu, sedara mara kat Kemaman dan abang aku kat Kerteh. Insyallah aku akan sampai ...

La ni dok simpan pitis kot2 ada rezeki nak cari tanah kat belah Kemaman ke Dungun ke Rantau Abang ke ... untuk aku 'settle down' kat sana nanti2. Doa2kan la... cantikkan negeri Trengganu?! Tengok ni..

Semalam bikerz fren aku ajak gi Kuala Trengganu minggu depan ...dok timbang2 lagi ni (harap2 tak de assignment untuk aku la minggu depan ... leh ride East Coast!) Tapi kalau jadi maka aku target nak singgah kat tempat Ayasu dan Mang Ganu! Insyallah.

Teringatlah pulak allahyarham Sudirman Hj Arshad dengan lagu ni... satu2nya penyanyi yang aku minati hingga kini. Tiada pengganti!

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu

Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)

Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu

Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang pun tak tahu)

Dapat ke aku gi Trengganu minggu depan ni... macam tak dapat pasal motivasi kat Al-Amin jumaat tu la pulak. Nak gi ke tidak ni?!
tak tahu Sir pun tak tahu

Wednesday, March 25, 2009

Biarlah siluncai terjun dengan labu2nya ... biarkan!


Menarik membaca posting dari Eizam tentang TKD dan agama satu cabaran , dari Adam tentang TKD ada unsur2 keagamaan, Dins tentang Silat Cekak dan Ayasu tentang Cekur-cekur ah cekak-cekak ih


Teringat apa yang aku tulis dulu tentang
seni bawah tempurung.

Aku memulakan penglibatan aku dalam seni beladiri di bawah tunjukajar bapa sendiri. Beberapa gabungan seni diajarkan secara tidak langsung. Dalam aku bergerak aktif dalam Taekwondo, aku juga belajar silat dari guru2 (pakcik2 aku sendiri) dari Indonesia. Ini kerana aku terlalu minat pada seni beladiri tak kira apa saje dan aku juga pernah megikuti kelas Cekak. Ha ha ha
Banyak2 seni yang aku belajar .. inilah satu2 seni yang aku belajar dan menggelikan hati aku tapi sabar ajelah kerana minat nak tahu dimana indahnya seni ini. Hebatnya hanyalah pada kata2 ...segala ibu dari segala jenis depa ada. Ada ketika aku pernah diminta menunjukkan Tendangan Tomoi ... aku katakan aku tak penah belajar, manalah aku tahu. So depa sama2 depa mula menunjukkan Tendangan Tomoi yang aku sendiri rasakan Tomoi tak tendang macam tu. Maka aku katakan itu tendangan Tomoi ala Cekak ... kalau begitulah tendangannya pasti sapa2 pun boleh tangkap.


Aku respect seni2 silat lain ...memang bagus antaranya Silat Gayung, Silat Lincah, Lian Padukan, Sendeng ...dan banyak lagi. Memang bagus kecuali yang satu ini yang jenis merendah2kan seni lain. Dan seperti yang aku nyatakan, aku pernah 'bersenda' bersama 3 dari mereka ...dan tidak menjadi satu masalah langsung.

Dan biarlah siluncai terjun dengan labu2nya ..biarkan ...biarkan ...

Sunday, March 22, 2009

Timakasih kawan2...

Seminggu ini aku tidak berapa sihat... agaknya teruk study pasal nak ambik exam. Aku ada 2 paper minggu depan dan setiap paper 3 jam. Perghh ... makin aku study makin aku tak ingat. Sudahnya deman la pulak...

Nasib aku agak baik minggu lepas ... kelas aku pada hari Sabtu pagi dan petang diambilalih oleh Arifin 3rd Dan dan Adam 4th Dan. Dapat la rehat sikit!!

Dalam masa yang sama aku agak gembira dengan corak latihan yang agak berlainan dari jurulatih berlainan akan memberi sedikit kesan yang baru. Aku perhatikan walau penat sekalipun pada kedua2 sessi latihan tiada siapa berkata penat. Tetapi dalam kelas aku terlebih sikit ..."sir penat la". Agaknya kebanyakkan dari mereka sudah dibawah latihan aku selama 5 -7 tahun... agak manja dah!
Aku perasan ada persamaan dalam mendidik anak2 kita dirumah... kekadang kita memerlukan orang luar dalam mendidik anak2 kita. Contohnya tuisyen aje dan mengaji ... (sendiri ajar asyik ngamuk aje ..dak gitu?)
Terimakasih untuk Ayah Pin dan Sir Adam ... dapat lah den rehat sket!

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...