Tuesday, November 3, 2020

Air Terjun Sg Apaan Ulu Temburong

 Salam hormat


MInggu lepas kami #KoyokAdventureTeam berkeluarga merancang untuk Ulu Temburong sempena cuti persekolahan di Brunei. Seperti biasa pilihan kami adalah AZ Back 2 Nature yang dikelolakan oleh rakan kami, Hady Sham menjadi pilihan. 

Ahad 13.09.2020 kami berkumpul di Batang Duri, Ulu Temburong untuk ke AZ Camp dengan menaiki bot sekitar 30 minit menentang arus sungai. Dua minggu kebelakangan ini hujan turun berterusan dimalam hari termasuk malam tadi. Paras air sungai agak tinggi dari biasa. Arus deras juga kelihatan derasnya aliran air dari hulu sungai. Risau juga dengan anak2 kecil bersama sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi namun pasti langkah2 keselamatan juga telah diambil. 

Setelah menentang arus sungai yang deras, akhirnya kami tiba di AZ Back 2 Nature Camp. Ternyata paras air tinggi dari biasa. Pinggiran sungai juga tidak kelihatan. Kami terus menaiki tangga ke atas. Anak2 dilarang untuk bermain dipinggiran sungai. Kami disambut oleh keluarga Hady Sham dan keluarga Faiz yang tiba awal sehari. Terus menjamu selera sarapan sambil berborak2 panjang. 

Tepat jam 10 pagi, deras air sungai semakin berkurang, kami bersiap untuk ke Air Terjun Sungai Apaan sekitar 20 minit dari AZ Camp menentang arus menuju ke hulu sungai. Semakin ke hulu sungai, semakin kelihatan deras aliran air sungai. 

Dari checkpoint Sg. Apaan, kami berjalan menyusuri sungai Apaan menuju ke lokasi air terjaun. Anak2 kelihatan begitu ceria sekali. Setelah treking sekitar 25 minit kami tiba ke Air Terjun tingkat pertama. Begitu mengasyikan. Walaupun sudah basah meredah sungai namun air jatuh lebih kelihatan menarik. 


Setelah berehat sebentar kami meneruskan pendakian untuk ke air terjun tingkat kedua. Sekitar air terjun di tingkat ke dua, ada lokasi yang agak dalam hingga tidak mampu menjejak kaki. Menyelam sebentar. Ada yang berani terjun dari 20 kaki tinggi ke dalam sungai. 


Kami terus mendaki untuk ke air terjun tingkat 3 dan 4 yang berhampiran. Dari air terjun tingkat 3 kelihatan juga tingkat 4. Ada yang mendaki dari lokasi air terjun tingkat 3 terus ke tingkat 4 menentang air jatuh. Hebat. Dalam keempat2 air terjun, air terjun tingkat 4 begitu gah sekali kelihatan. Jatuhan air dari ketinggian begitu mengasyikkan. Malahan angin begitu kuat disekitar tempat tersebut. Kami berada di situ agak lama. 


Setelah puas, kami turun kembali ke air terjun bawah sekali untuk berkumpul kembali. Berehat sebentar. Terus trekking kembali ke checkpoint untuk menaiki bot ke AZ Camp. Terasa kebulur. Lauk kampung telah sedia menanti di camp site. Huan kembali turun dengan lebatnya. Paras air kembali naik pelahan2. 


Nampaknya tiada tanda2 hujan akan berhenti. Sebelum paras semakin ke paras bahaya, elok kami meredah hujan dengan menaiki bot kembali ke Batang Duri. Pakai baju hutan plastik terus meredah derasnya air sungai. Pedih muka terkena lebatnya hujan. Alhamdulillah kami semua selamat sampai di Batang Duri. 


Memulakan perjalanan pulang ke Bandar Seri Begawan. Singgah sebentar di pekan Temburong mencari udang galah masak sambal pedas untuk dijadikan jamuan makan malam nanti. Anak2 sudah terlelap keletihan. 


SirNoordin


Move On Adalah Pilihan Kita

Salam hormat

Kata orang hidup ini sentiasa mempunyai pilihan. Kita yang empunya diri membuat pilihan atas kehendak kita. Secara umumnya pilihan kita ada - Nak ke Tak Nak? Kita perlu buat keputusan samada Nak ke Tak Nak. Jika kita mengambil keputusan untuk tidak membuat pilihan, sebenarnya kita telah mengambil keputusan Tak Nak. Pilihan yang ada seumpama Binary Code - O atau 1. Logik?


Sekadar gambar hias

Kita sering berharap agar dapat diberi pelbagai pilihan bagi memudahkan untuk membuat kepiutusan. Kadang2 plihan yang memberi kelebihan untuk memilih namun kadang2 ianya menjadi beban kerana segala pilihan yang ada merupakan yang terbaik. Ternyata memberi kemudahan juga kepayahan. Pada ketika itu kita harap hanya ada 2 plihan - yang aku suka dan yang aku tak suka. Senang untuk membuat plihankan? 


Seumpamanya kita pergi ke restoran yang menghidangkan pelbagai jenis juadah yang begitu mengiurkan. Sukar untuk membuat keputusan kerana semuanya enak dan dalam masa yang sama kita juga melihat poket kita dan juga berapa banyak yang kita makan dalam satu2 masa. Kita ke hulu hilir melihat pelbagai juadah dan dalam masa yang jenuh berfikir apa yang kita inginkan sebenarnya. Payah juga. Pada ketika ini kita berharap hanya ada sedikit pilihan yang mudah tanpa perlu berfikir panjang. Berharap agar restoran ini hanya menjual satu juadah yang terkenal sedapnya. Tidak perlu untuk ke hulu hilir. Hanya sekadar duduk dan tuan kedai terus menghantar satu2nya pilihan yang ada di situ. Mudahkan! Namun bila dipersimpangan seperti ini kita akan mengambil keputusan dan membuat pilihan yang dirasakan tepa. Dan berkata, "lain kali datang boleh cuba juadah lain pula". Move on! 


Itu kalau diberi pelbagai pilihan dalam satu2 masa. 


Tidak semua keputusan dalam hidup seperti itu. Barangkali kita masih bernasib baik untuk diberikan pelbagai pilihan, namun tidak satupun menjadi pilihan kita. Tidak satu pilihan yang ada mengikut kehendak kita. Kita diberi sepuluh pilihan yang berlain yang tidak satu pun menjadi pilihan hati. Bukan kehendak kita. Bagaimana?


Itu adalah realiti kehidupan! Kita katakan kita tiada pilihan namun dengan apa yang ada, kita perlu membuat keputusan. Samada kita memilih untuk Tak Nak pada semua pilihan yang ada. Atau buat keputusan pada pilihan yang bukan kehendak kita dan Move On! Itu sahaja yang perlu dilakukan. Move On! 


Andainya kita membuat keputusan Tak Nak, kita seumpama masih tersangkut ditakuk lama dan berharap agar suatu hari nanti kita akan dipilihan mengikut kehendak hati kita. Teruslah berharap agar pilihan mengikut kehendak kita akan hadir. Namun realiti kehidupan jika kita tidak Move On, kita tidak akan mendapat 'pilihan mengikut kehendak kita' kerana kita masih tersangkut pada takuk lama. 


Bayangkan pula seandainya kita diberi hanya satu pilihan dan bukan pula pilihan kehendak hati kita. Senang kata tiada pilihan. Take it or leave it. Lihat penduduk kebuluran di negara2 Afrika - apa sahaja makanan yang diberikan, mereka makan tanpa banyak soal kerana mereka faham realiti kehidupan mereka. Pilihan yang ada - makan saja sebab pilihan kedua kalau tidak makan kebulur dan mati!


Lihat sahaja dewasa ini akibat dari Covid19 - pilihan yang ada semakin mengecil dan sempit. Siapa sangka industri penerbangan akan jatuh ketahap yang begitu teruk sekali. Jangankan cabin crew, pilot juga diberhentikan. Siapa sangka perkara ini akan terjadi ketahap yang begitu menyedihkan sekali? Berkerja sebagai pilot dan cabin crew sentiasa menjadi idaman ramai orang namun sekarang ini perkerjaan itu bukan pilihan. Malahan ada pilot sudah membawa Grab untuk meneruskan langsungan hidup. Ada yang sudah move on, ada yang masih mempertahan ego. Itu hak masing2. 


Sama juga seandainya kita bercita2 untuk menjadi pilot dalam 5 tahun akan datang, rasanya buat masa ini pilot bukanlah perkerjaan yang menjamin peluang pekerjaan yang cerah. Ini sekadar contoh. Banyak lagi pekerjaan yang sudah tidak terjamin samada ianya mampu bertahan ataupun tidak. Tergantung kepada berapa cepat ekonomi kita akan pulih dari pandemik Covid19. 


Kita tak suka kerja ini atau itu - itu bukan pilihan lagi. Seandainya kita mendapat peluang untuk berkerja -ambil dan mula kerja. Jangan terlalu memilih hanya kerana kita ada Sarjana maka perlulah mencari kerja yang bersesuaian dengan tingkat ilmu kita. Iyelah dah belajar selama 3-7 tahun, tetiba dapat kerja biasa2 aje. Tak patutkan? Memang tak patutlah namun apa pilihan yang ada untuk meneruskan kelangsungan hidup. 


Baru2 seorang kawan sir melalui satu interview di sebuah syarikat swasta. Dia ni high flyer yang sebelum ini pun berpendapatan 30k ke atas. Diakhir interview, Human Resource mengatakan biasanya jawatan ini pakej adalah 40k ke atas namun dalam situasi sekarang ini, kami boleh offer 20k - take it or leave it! Pilihan yang ada hanyalah terus menganggur sementara mendapat offer yang lebih atau Move On - ambil dan mula berkerja. Sir faham andainya dia terima, untuk next jump agar sukar untuk kembali keparas 30k ke atas namun apa pilihan yang ada ketika ini. Entah2 next jump pun mungkin tidak wujud untuk tempoh 5 tahun ini. 


Mulakan langkah pertama - Move On dengan keputusan yang bukan kehendak kita dahulu. Bila kita sudah mula bergerak, pasti akan hadir pilihan yang memihak kepada kita. Pilihan itu mungkin bukan yang terbaik namun kita jadikan ia sebagai yang terbaik. Make it perfect! Jangan terus berharap untuk mendapat 'perfect life' tetapi terus berusaha untuk menjadi kehidupan kita 'perfect'. Jadikan ianya suatu yang perfect buat diri kita sendiri. Bahagiakan diri dengan pilihan yang ada. 


SirNoordin

https://www.youtube.com/channel/UCuxn6jEpk6726hNuXv6wJXQ/videos?view_as=subscriber

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...