Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam" - Riwayat Bukhari dan Muslim
Persoalannya adalah kita mengikut apa yang pernah disabdakan oleh Rasul saw suatu ketika dahulu?
Hari2 sir membebel dengan kata2 yang hampir sama. Bebel dengan sikap orang yang tak pernah ingin mengubah keadaan diri. Pernah juga rasa kecewa, namun kecewa adalah mainan syaitan. Terus bertabah untuk menyampaikan satu nasihat yang boleh juga diungkap sebagai membebel.
Setiap hari kita harus menambah baik diri. Paling tidak, tambah satu ilmu baru buat diri sendiri agar menjadi suatu yang memberi manafaat di masa akan datang. Jika setiap hari kita hanya melakukan perkara yang sama tanpa penambahbaikan... jika disepadankan dengan hadis di atas - kita adalah golongan yang terpedaya.
Tambahan pula anak2 zaman sekarang, 24 jam sehari hanya bermain 'games'. Handphone tak lekang dari tangan. Sepatutnya handphone jadi alat tapi sebaliknya kita yang menjadi alatan. Dalam bahasa lain, hamba handphone.
Oh iye, level dalam games tidak dikira menambah ilmu, sebaliknya menambah level 'lara' - lalai dalam kehidupan.
Standstill mean declined!
Jika kita tidak berubah, masih ditakuk lama ertinya dunia semakin berubah. Tanpa sedar kita semakin ketinggalan. Setiap hari ada ilmu baru yang dihasilkan oleh manusia lain. Setiap hari corak pemikiran semakin berubah dan berbeza. Setiap hari ada sahaja istilah baru yang digunakan dalam membayangkan kaedah2 baru yang digunakan.
Jika ini pula disepadankan dengan hadis di atas, ini adalah golongan orang2 yang gagal.
Jika kita tidak berubah, masih ditakuk lama ertinya dunia semakin berubah. Tanpa sedar kita semakin ketinggalan. Setiap hari ada ilmu baru yang dihasilkan oleh manusia lain. Setiap hari corak pemikiran semakin berubah dan berbeza. Setiap hari ada sahaja istilah baru yang digunakan dalam membayangkan kaedah2 baru yang digunakan.
Jika ini pula disepadankan dengan hadis di atas, ini adalah golongan orang2 yang gagal.
Berubahlah... berubah kearah yang lebih positif. Kearah yang meningkat daya saing diri dalam kehidupan. Kita bukan bersaing dengan orang lain tetapi kita sentiasa bersaing dengan diri sendiri.
Setiap pagi selepas solat Subuh, fikirkan apa yang baru yang ingin aku lakukan hari ini. Apa yang boleh dilakukan dalam membentuk disiplin diri kearah yang lebih baik.
Letakkan objektif dan target dalam kehidupan harian kita. Setiap hari ada target baru! Ada ketikanya objektif yang sama tetapi target berbeza. Target yang lebih baik dari sebelumnya.
Sekurang2nya tambah satu ilmu - baik ilmu kehidupan mahupun ilmu akhirat. Ilmu dunia mencorak kehidupan yang lebih baik sementara ilmu akhirat menguatkan amalan menghadapi kehidupan abadi.
Teringat kata2 seorang ulamak (maaf tak ingat namanya). Kata beliau, "setiap hari dalam kehidupan sekurang2nya membaca sehelai Al-Quran dan sepotong hadis". Jadikan amalan yang berterusan. Biar amalan sikit tapi berterusan. Konsistan.
Letak target setiap hari satu ilmu sebagai ilmu niaga, ilmu hutan dan macam2 lagi. Percayalah ianya tetap manafaat di saat kita perlu. Jadikan diri sentiasa 'update' dengan perkara2 yang berlaku di sekitar kita. Kerana setiap perkara berlaku pasti memberi kesan langsung mahupun tidak.
Teringat lagi sir pada kisah pada hari selepas kejadian 911. Pagi tersebut sir sedang breakfast di restoran Salam Sentosa. Ramai operator kilang Perodua juga sedang makan. Barangkali juga baru pulang dari shift malam. Di kaca TV berterusan menunjukkan kejadian 911 tapi malangnya tidak ramai yang peduli. Mereka nanya berbual2 tentang sepakbola. Barangkali perkara 911 itu tidak penting bagi mereka tetapi bagi sir ianya satu kejadian yang akan mengubah corak dunia hari ini. Itu adalah sebahagian dari kisah dimana keperluan untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
911 - Photo- Google Image Search |
Setiap malam sebelum tidur, muhasabah diri, nilaikan apa yang kita lakukan hari ini. Apa penambahbaik yang berjaya dilakukan. Syukur sekiranya apa yang dilakukan mengikut apa yang dirancang. Jika gagal, fikirkan apa sebabnya dan apa yang boleh dilakukan oleh memperbaikinya.Cuba lagi keesokan harinya dengan kaedah yang baru.
Setiap pagi memikirkan objektif dan target baru sementara setiap malam memikir pencapaian kita hari ini. Jadikan rutin seharian. Tidak lamapun sekadar 5-10 minit sehari yang memberi kesan yang besar dalam kehidupan. Jika dilakukan dengan penuh dedikasi, kita sudah membentuk disiplin diri yang tegas.
Sentiasa bersedia untuk berdepan dengan dunia moden tanpa batasan dengan ilmu2 baru yang bermanafaat. Terus kukuhkan keimanan diri untuk menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran baru yang serba mencabar. Cabaran yang barangkali tidak pernah wujud sebelum ini. Kerana itu amat perlu untuk sentiasa meningkatkan kadar keupayaan diri pada setiap hari.
Pilihan ditangan anda samada ingin menjadi golongan yang berjaya atau terpedaya atau golongan yang gagal. Tepuk dada tanya selera!
SirNoordin
Penat dah membebel
Pilihan ditangan anda samada ingin menjadi golongan yang berjaya atau terpedaya atau golongan yang gagal. Tepuk dada tanya selera!
SirNoordin
Penat dah membebel