Sunday, March 22, 2015

SEK DATO JAAFAR (SDJ)... KEHEBATAN BERMULA!

Salam Hormat

Baru2 ini tanpa disangka bertemu dengan kawan lama semasa di alam persekolahan... err bertemu di FB iaitu saudara Nasir Hussin. Sir terputus hubungan selepas berpindah ke Butterworth pada tahun Nov 1986 selepas tamat tingkat 4. Yang kekal berhubungan hanyalah seorang sahabat bernama Marie Omar. 

Seingat sir pernah terserempak dengan saudara Nasir semasa di UTM, Skudai tetapi tidak sempat berbual panjang. Itu yang pertama dan terakhir semasa di universiti!


Huhu tak ingat darjah berapa (darjah 2 kot) - Gambar insan dari sdr Jaafar
Cuba teka yang mana sir iye?

Yang menariknya sir dimasukkan ke Whatsapp Group "SDJ" di mana sir bertemu dengan seorang lagi kawan yang sama2 membesar dari sekolah rendah yang sama iaitu Sekolah Temenggung Abdul Rahman (STAR 1)... saudara Jaafar. Lama juga mencari akhirnya bertemu ... yang menariknya bertemu sehari selepas hari lahir beliau. Barangkali juga hadiah dari Allah swt. 

Ramai juga yang ingat dan menyapa dalam group ... "yang kecik2 putih tu..." tetapi sedihnya sir hanya ingat beberapa orang aje ... huhuhu.... yang pasti dalam ingatan Marie, Nasir, Faizul, Nazri, Nirwan, Jaafar, Budin...


Sweet 17'

Iyelah hampir 28 tahun tak pernah berjumpa pasti masing2 sudah mempunyai nilai kehidupan sendiri. Yang pasti nilai persahabatan tidak pernah dilupakan ... sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas hambanya dan di bawah kuasaNya terjadi perpisahan dan pertemuaan. 

Ada cerita masa dulu2 juga di sini.... BICARA TANPA NAMA



Noordin Khalid

Friday, March 20, 2015

SAYA BUKAN PAKAR MOTIVASI...

Salam Hormat 


Agak lama tidak menulis disebabkan kesuntukan masa dalam menguruskan beberapa perkara yang menjadi 'keperluan masa hadapan'. Alhamdulilah sudah selesai... 


Baru-baru ini dijemput untuk pertama kali di SinarFM - Sinar Pagi bersama dengan DJ Krill dan SY. Sememangnya teruja tetapi fikiran masih berserabut dengan persediaan "perancangan masa hadapan". Topik yang akan dibincangkan adalah "Kegagalan SPM bukan segalanya berakhir" sempena dengan keputusan SPM yang diumumkan pada hari tersebut. Hihi tidaklah kekok sangat kerana dah biasa dengan konte Bernama Radio24.

Sememangnya sir amat tidak selesa apabila kerap dipanggil "Pakar Motivasi" kerana pada hakikatnya sir bukan pakar motivasi mahupun seorang yang mendalami pengajian dalam bidang tersebut. Tidak ada asas langsung! Apa yang ada hanyalah pangalaman sendiri, pemerhatian mahupun pembacaan. Tidak selayaknya bergelar pakar!

Sir memang mendapat pengiktirafan pakar dalam bidang "Service Management - ITIL Expert" bukan bidang motivasi. Cuma keinginan, minat serta kesabaran untuk berkongsi cerita dan apabila bercakap dengan penuh semangat bunyinya seakan seorang pakar.... 

Err jauh panggang dari api! 


Bersama DJ Krill & Salleh Yaakob (SY)

Lahir buku Rahsia 100 Impian : Daripada Corot Menjadi Pakar juga tidak melayakkan saya bergelar penulis.... sekali lagi keinginan, minat dan kesabaran membolehkan sir terus menulis. (dan buku seterusnya masih tertangguh lagi)



Kalau mahu melihat pakar motivasi .... inilah mereka yang setia menyumbang masa, tenaga dan ilmu dalam membentuk generasi gemilang. Kedua2nya adalah guru motivasi sir iaitu Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK) dan Tuan Kamarul Azhar Abd Rahman. Mereka ini orang2 hebat dalam membentuk orang jadi baik.

Jika sir ingin dikenali dalam bidang motivasi... sebagai seorang yang ingin mendorong orang jadi hebat.... dan biarlah pakar motivasi yang berwibawa pula mendorong orang jadi baik. 


SirNoordin 
Kuala Lumpur

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...