Saturday, January 23, 2010

LADAP di SK Kalumpang 23/1/2010

Alhamdulillah, SirN telah menghadiri Program Permuafakan Ibubapa dan Guru di SK Kalumpang pada 23 Jan 2010. Untuk program LADAP kali ini bertajuk "PERANAN IBUBAPA MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN ANAK-ANAK" bermula jam 9.15 pagi.

Bertepatan dengan tajuk diatas, SirN telah memulakan mukadimah dengan kewajipan belajar kepada ibubapa bersesuai dengan hadis Nabi s.a.w "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat" dimana salah satu dari cabang ilmu adalah ilmu kecemerlangan anak-anak.

Topik utama yang disentuh kepada Persekitaran Anak-Anak, Pembentukan Keperibadian Anak, Kewajipan Ibubapa, Teknik Kecemerlangan dan Peranan Ibubapa.

SirN telah difahamkan bahawa kehadiran ibubapa begitu menbanggakan dan diagarkan sekitar 200 orang. Sessi soal-jawap yang begitu mencabar dari ibubapa yang ingin melihat anak-anak mereka cemerlang. SirN sekadar berkongsi cerita dan pengalaman ....

Selepas dari sessi Ibubapa, SirN diminta untuk memberi sedikit motivasi untuk bakal pelajar yang akan menduduki UPSR seramai 76 orang. Sayangnya masa terlalu singkat bersama-sama kalian semoga SirN berpeluang untuk memberikan tips berguna dalam menghadapi peperiksaan kelak.
Hak Manusia adalah untuk TERUS BERUSAHA dan JANGAN LUPA hak Allah s.w.t MENENTUKAN SEGALANYA.
P/s:
Tanpa disangka diakhir cerita,bertemu dengan orang sahabat lama iaitu Sir Rahim dan saudara Zakir ..sahabat sepermainan sewaktu di UTM dulu.

Sunday, January 17, 2010

GLC vs MNC

Sebagai seorang 'trainer/consultant' yang mengajar 'corporate company' samada GLC atau
MNC jika di Malaysia, aku sering perhatikan perbezaan ketara diantara kedua2nya. Kebetulan kursus yang dibayar mahal oleh syarikat masing2.

Di MNC,
1. Kehadiran 100%
2, Tepat pada masanya
3. Tiada sebarang gangguan dari luar kelas
4. Banyak bertanya
5. Tumpuan sangat tinggi
6. Majoriti bangsa asing


Di GLC,
1. Kehadiran 50%-60% kdg2 cecah 70% jika digantikan dgn yg tak berkenaan
2. Masa ... menyedihkan
3. Terlalu sibuk dengan kerja harian dibawa kekelas
4. Soalan ... bergantung kpd peserta
5. Tumpuan ...failed
6. Majoriti Melayu

Dimana silapnya?
Bantu;ah aku dalam memahaminya?

Saturday, January 16, 2010

Jemputan LADAP di SK Kg Kuantan

Alhamdulillah, julung2 kalinya SmartsCoach bersama CguJinggo EcoKid telah bergabung dalam program LADAP di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan, Hulu Selangkor. Seramai hampir 20 orang guru telah terlibat di dalam program ini.

Bermula dengan ceramah motivasi dari CguJinggo yang bertajuk 'Kerjasama Berpasukan dan Komunikasi Berkesan".
Diikuti program membuka minda dan aktiviti kerjasama berpasukan yang melibat kesemua guru2 tersebut. Apa yang penting.... KERJASAMA!

Penyusunan strategi kearah satu VISI memerlukan keseimbangan oleh setiap peserta yang terlibat. Carilah persamaan, buanglah perbezaan semoga SK Kg Kuantan akan berjaya kearah VISI 2015.

Kemenangan dan kejayaan ....wajah2 cemerlang dan keiklasan pasti menjadi bekalan para guru kearah matlamat yang satu.

Kami di SmartsCoach mendokan kejayaan para guru dalam mendidik anak bangsa. Terimakasih jua untuk CguJinggo...
Terkini dari blog SK Kg Kuantan

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...