Baru2 ni semasa berhari raya dirumah pak cik, kami bersembang tentang 'mata' ... kerana matanya telah buta sebelah agak sekian lama. Perbincangan itu telah membuat aku teringat akan 'temujanji' aku dengan doktor pada January lalu untuk mengikut pemeriksaan seterusnya tetapi oleh kerana beberapa masalah kesibukan ...aku lupakan aje!! Dalam masa yg sama penglihatan aku semakin kaburrrr ....
Keesokan harinya aku terus membuat temujanji dan terus menjalankan pemeriksaan seterusnya .... dan aku disahkan mengalami 'Keratoconus'.
Maklumat lanjut tentang Keratoconus ...baca sendiri kat sini http://en.wikipedia.org/wiki/Keratoconus
Khamis ni aku akan menjalani 'surgery' or 'minor procedure' (sound better, right!!) yang dipanggil Cornial Cross Linking CCL.
Dari pembacaan di Internet tentangn Keratoconus dan CCL ... ok kot.
Sebuah Himpunan Kenangan dan Bekalan Jiwa Untuk Pengembaraan Mereka Nanti. Dari dasar lautan biru hingga ke puncak tertinggi setiap langkah dalam kembara ini mengajar aku satu hakikat — bahawa hidup ini jauh lebih indah apabila dipandu oleh hati mendekati-Nya.
Wednesday, September 30, 2009
Thursday, September 17, 2009
Salam Eid Fitri
Salam Eid Fitri dan Maaf Zahir Batin diucapkan kepada pembaca2 blog SirN terutama jurulatih2 SMARTSCOACH, sahabat2 jurulatih, pelatih-pelatih, ibubapa pelatih dan juga sekalian yang mengenali SirN dan famili.
Dari kami sekeluarga,
Noordin Khalid
Norezah Mohamad Daud
Muhammad Hafizuddin
Muhammad Haziq
Muhammad Hakim
Muhammad Haikal
p/s: Kelas akan bermula pada 3 October 2009. Harap Maklum.
Dari kami sekeluarga,
Noordin Khalid
Norezah Mohamad Daud
Muhammad Hafizuddin
Muhammad Haziq
Muhammad Hakim
Muhammad Haikal
p/s: Kelas akan bermula pada 3 October 2009. Harap Maklum.
Wednesday, September 9, 2009
Kata- Kata Hikmat
Pada malam Nuzul Quran yang lalu, tetiba aku teringat tentang sebuah kata-kata dari orang bijak pandai yang aku baca beberapa tahun yang lalu. Terasa nak berkongsi la pula...
Kata2 hikmat ini seperti yang dibaca kununya dikaji oleh orang bijak pandai (wallahu'alam) yang telah mengkaji ribuan hadis dan meringkaskan kepada beberapa ratus kepada beberapa puluh dan akhirnya terungkap kalimat ini.
Jaga2lah pemikiran kamu kerna kelak menjadi perkataan kamu
Jaga2lah perkataan kamu kerna kelak menjadi percakapan kamu
Jaga2lah percakapan kamu kerna kelak menjadi perbuatan kamu
Jaga2lah perbuatan kamu kerna kelak menjadi sifat kamu
Moga manafaat!
Wallahu'alam.
Kata2 hikmat ini seperti yang dibaca kununya dikaji oleh orang bijak pandai (wallahu'alam) yang telah mengkaji ribuan hadis dan meringkaskan kepada beberapa ratus kepada beberapa puluh dan akhirnya terungkap kalimat ini.
Jaga2lah pemikiran kamu kerna kelak menjadi perkataan kamu
Jaga2lah perkataan kamu kerna kelak menjadi percakapan kamu
Jaga2lah percakapan kamu kerna kelak menjadi perbuatan kamu
Jaga2lah perbuatan kamu kerna kelak menjadi sifat kamu
Moga manafaat!
Wallahu'alam.
Tuesday, September 1, 2009
Fatwa Inhaler: Membatalkan puasa?

Beberapa tahun lepas aku mendengar tentang fatwa Shaikh Yusuf Al-Qardhawi yang menbolehkan penggunaan Inhaler semasa berpuasa dengan alasan penggunaan Inhaler tidak termasuk dalam hukum makan dan minum kerana yang disedut diumpamakan seperti udara dan ianya tidak sampai keperut.... maklumlah Asthma!!
Dalam masa yang sama aku terfikir tentang asap rokok .... ntah sama ke tidak?! He he he tentu tak sama kerana rokok membahayakan kesihatan dan fatwa atas rokok ...Haram dan ada kata Makruh ... (Makruh berterusan membawa kepada Haram).
Walau bagaimanapun, terdapat 2 fatwa tentang penggunaan Inhaler ini : Fatwa seperti Shaikh Yusuf Al-Qardhawi diatas yang membolehkan dan yang satu lagi tidak dibenarkan penggunaannya dengan alasan memasuki sesuatu ke dalam rongga.
Kebanyakkan ulama mengambil sikap bertawaqquf dalam fatwa yang tidak membatalkan puasa.... diantaranya mengatakan puasa itu batal tetapi tidak berdosa dan boleh diteruskan 'puasa' dan membayar fidyah secupak sehari pada hari yg tidak 'puasa'.
Jadinya, pesakit dapat merasakan nikmat puasa (jika Inhaler dianggap batal dgn meneruskan puasa) dan menbayar fidyah (menjadi sedakah jika Inhaler dianggap tidak membatalkan puasa).
Untuk keterangan lanjut, sila baca penjelasan ini di Bahrus Shofa.
http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/08/inhaler-dr-gibril-haddad.html
http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/08/penggunaan-inhaler.html
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)
PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023 Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...

-
Salam hormat Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Mari kitani belajar bahasa Brunei. Ani = ini Atu = itu Miatu = ...
-
Salam hormat Entah kenapa tetiba ada segelumpit rasa untuk membina susur jalur keturunan sejauh mungkin. Semakin masa berlalu semakin it...