Thursday, July 23, 2009

Side Kick Hafizuddin...

Salam hormat


Teruja aku untuk berkongsi gambar anak aku, Muhammad Hafizuddin 11 tahun ketika menduduki ujian tali pinggang Taekwondo baru2 ini.

Sidekick Hafizuddin

Hafiz sudah mula berlatih seawal 2 tahun lagi dimana tumpuan latihan lebih kepada 'flesibiliti'. Maklumlah anak pertama ketika itu maka salah satu kaedah menurunkan ilmu kepadanya dan nama Hafiz dengan harapan menjadi Al-Hafiz satu ketika nanti ...dan mungkin dengan niat itu, Hafiz sangat kuat dalam hafazan. Alhamdulillah!



Flexible 
Lihatlah sendiri betapa flesibelnya ... he he he anak sapaaaaa la tu?!

Gambar2 diatas merupakan sumbangan dari Sir Adam. Terimakasih banyak2 ...



Monday, July 20, 2009

Congrats... you are promoted to 1st Degree Black belt!

Alhamdulillah, ujian kenaikan talipinggang Taekwondo telah berjalan dengan lancar. Seramai hampir 40 orang pelatih menduduki ujian kali ini dan diantaranya 2 pelatih wanita yang menduduki ujian talipinggang hitam 1 DAN.

Ujian kali ini dibahagikan kepada 2 sessi kerana aku telah menjangkakan selain dari pelatih2, keluarga, sahabat2 handai dan kejiranan juga menyaksikan ujian kali ini. Agaknya aku mewajibkan ibu/bapa menyaksi ujian kenaikan t/pinggang adalah antara syarat2 ujian. Hu hu hu ... Aku yakin ini adalah diantara ribuan cara untuk membolehkan ibubapa menilai kebolehan anak2 mereka. Ternyata berjaya!!

Hampir setiap keluarga datang dengan kamera dan tak kurang juga dengan video kamera ... terutama semasa ujian t/pinggang hitam dijalankan ... terlalu banyak 'flash' kelihatan sana-sini. Aku juga difahamkan terdapat ibu2 yang tidak dapat menahan kesedihan apabila menyaksi kedua2 pelatih wanita itu di'belasah' secukupnya... ala2 Akademi Fantasia menunggu saat beg ditarik keluar oleh peserta yang diundi keluar.

Oleh kerana tidak cukup pelatih wanita untuk free-sparring ... terpaksa free sparring hanya 2 round dengan wanita dan selebih 4 round dengan pelatih2 lelaki (tak kasihan langsung la pulak mereka ni...) termasuk 2 lawan 1 dan kedua2nya lelaki. Pada saat ini dapat dilihat tenaga sudah tiada ...yang tinggal hanyalah sisa semangat dan airmata. Maaf...ini ujian tali pinggang hitam ...no mercy!

Aku amatlah berbangga dengan pelatih2 lain yang terus bertepuk memberi sokogan moral dan semangat ...sementara si bapa yang melihat pada aku ... (terpaksa aku memberi isyarat ..no problem!) dan si ibu terus menunduk. Aku telah melatih mereka hampir 7 tahun dan sangat yakin mereka akan berjaya!

Setiap kali pemecahan papan akan dilakukan ... berebut empunya kemera berkejar ke sana sini untuk mendapat 'shoot' yang baik, ibubapa, tetamu2 terus menghampiri untuk melihat sendiri .... tak lupa menjerit memberi sokongan moral. (Masa aku ambik dulu2 tak sapa yang menjerit memberi sokongan kecuali Sir Sharifudin Mamat ... thanks, bro)

Special thanks untuk Sir Sharifudin, Ariffin, Asmir setta tetamu2 yang hadir dalam ujian kali ini. Tidak lupa juga pada pelatih2 dewasa SMARTS yang terus bersama aku dalam membangunkan SMARTS dan adik2 pelatih serta ibubapa.

And to Natasha Nabilla dan Nazurah Sobri ...congrats you are promoted to 1st Degree Black-belt!

psst ... nanti kita merasa pulut kuning... ada parents nak buat kenduri kat Dojang!
23hb July 2009 - Visit Sir Adam blog to view pictures here.

Friday, July 17, 2009

Kejohanan TKD Tertutup SMARTS... TERKINI!

Alhamdulillah SMARTS akan mengadakan Kejohanan Tertutup pada 16th August 2009 (1 hari) sempena Program Bulan Kemerdekaan anjuran Belia Bukit Sentosa/ Beruntung/ MK.

Kejohanan ini akan berlangsung seiringan dengan program2 lain sepanjang hari dan berlangsung di Dataran Bukit Sentosa. Tempatnya adalah padang, maka beberapa persiapan seperti khemah, papan lapis, audio bunyi dll terpaksa di selesaikan juga. Oleh kerana program ini agak 'last minute' serta tempatnya bukan di dewan, aku tidak meletak harapan yang tinggi dari segi kualiti tempat tetapi mengharapkan kualiti yang tinggi dari segi persembahan peserta2 selain dari makan/minum yang ditaja oleh pihak2 yang berkenaan.

Maka dengan segala hormatnya aku menjemput rakan2 seperjuangan yang tinggal berdekatan untuk berkunjung dengan menghantar peserta2 dan membantu dari segi teknikal kejohanan ... pengadil kejohanan dan apa2 saja yang perlu dibantu.

Kejohanan ini hanya menyediakan acara individu Lelaki (bwh 9 thn, bwh 12 thn dan bwh 16) dan Wanita (bawah 10 thn dan bwh 16 thn).

Oleh kerana kekangan masa dan tempat, aku anggarkan seramai 70 -80 org sahaja penyertaan yang dapat di uruskan. Walau bagaimana penyertaan pelatih2 amatlah dialu2kan.

Harap Maklum!

Wednesday, July 15, 2009

Kejohanan TKD Tertutup SMARTS?!

Aku dapat sms dari pelatih dewasa aku, "boleh tak kita buat TKD tournament sempena Majlis Kemerdekaan anjuran Belia Bukit Sentosa?"

Petang itu, kami berbincang ... Sdr Anwar telah dilantik menjadi Pengerusi bagi program itu... dan sebagai pelatih TKD yang begitu bersemangat pastinya program utamanya ialah Taekwondo. Tempatnya bukanlah di dewan tetapi di padang atau "Dataran Bukit Sentosa". (Jika ingat tempat SMARTS buat demonstrasi Taekwondo sempena Hari Belia). Tengok ni... http://sirnoordin.blogspot.com/2009/05/demo-di-karnival-belia-daerah.html

Jadi setelah dibincang2 ...rasanya tak salah jika kita anjurkan secara kecil-kecilan atau tertutup untuk adik2 SMARTS dan jemputan bagi DTA, PERTAMA etc. Kami memerlukan 3 khemah besar yang dapat membuat satu gelanggang dan acara cuma untuk Individu sahaja. Pastinya ianya tidak sehebat 'tournament' lain ... yang pasti makan/minum disediakan oleh pihak penganjur.

Kami juga mempertimbangkan bahawa ini adalah peluang bagi pelatih2 SMARTS mendapat pendedahan tentang perjalanan kejohanan kerana pada bulan Nov/Dec 2009, kami telah diberi kepercayaan oleh Sir Sharifuddin untuk menganjurkan DINS Invitation Tournament (DIT) di Bukit Sentosa.

Sumbangan ide dan pendapat amatlah dialu2kan...

Saturday, July 11, 2009

Grading Test 19th July 2009... Good Luck!

Insyallah Ujian Kenaikan Talipinggang Taekwondo SMARTS akan diadakan pada 19hb July 2009 10 pagi - 1 tengahari...

Diagarkan seramai 45 - 50 pelatih dari pusat latihan Sentosa Martial Arts School (SMARTS) dan Sekolah Al-Amin Bukit Sentosa akan menduduki ujian kenaikan talipinggang Taekwondo pada kali ini. Seramai 30 pelatih t/pinggang putih (Beginer) dan selebihnya pelatih 'Junior' dan 'Senior'.

Julung2 kalinya SMARTS mengadakan ujian kepada 2 orang bakal 'black-belt' yang telah berlatih bersama Sir Noordin selama hampir 8 tahun. Kedua2nya adalah pelatih wanita iaitu Nazurah bt Sabri dan Noor Natasha Nabilla... dah hampir 3 tahun mereka 'blacktip' dan aku rasakan dah tiba masanya mereka bergelar 'blackbelt'.

Mungkin kerana antara prinsip aku bahawa... sekurang2nya umur mesti 16 tahun ke atas! Tidak menjadi satu tanda-ukur ..sekadar ingin memastikan kualiti 'blackbelt'. Apa2 pun terpulang kepada masing2 ... mcm Taekwondo aliran sekolah, 2 tahun dah black-belt tapi 'lu fikirlah sendiri'.

Hingga hari ini aku cuma ada 4 'black-tip' (sejak 2001 DTA Sentosa), 2 pelatih2 telah aku izinkan sementara 2 orang lagi ... tunggu hingga aku berpuashati dari kesemua segi.

Apa2 pun, semoga BERJAYA!

Thursday, July 2, 2009

Lelaki Sejati?

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…Duit bukan kawan…Dunia hanya pinjaman…Mati tak berteman…

“Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk Dicintai dan dikasihi serta disayangi.”



Lelaki sejatikah anda?

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...