Semalam aku terdengar berita tentang budak meninggal selepas dirotan guru ditangan mengadu sakit kepala dan meninggal. Ini kerana budak tersebut sememangnya menghadapi masalah saraf pertengahan . Aku tak nak ulas apa yang berlaku cuma aku ingin mengaitkan dengan kelas2 seni beladiri yang kita jalankan. Sebulan yang lalu aku bertemu dengan guru karate aku dan kami bersembang2 tentang dojang aku (atau dojo dlm bahasanya). Aku berciter tentang kelas aku yang mendapat sambutan dari pelbagai golongan umur kanak2, remaja dan dewasa. Iyelah gembira berkongsi cerita!! Persoalan yang ditimbulkan olehnya membuatkan aku berfikir juga.- Adakah rekod kesihatan pelatih di kemukakan (terutamanya dewasa)? Adalah pelatih tersebut pernah mengalami keadaan seperti patah, darah tinggi, jantung etc?
- Adakah langkah2 keselamatan seperti no talipon klinik, hospital etc dipamirkan? Andainya jurulatih tiada, maka pelatih atau senior lain mampu mengawal keadaan?
Secara tak langsung kita sememangnya menyediakan "Peti Pertolongan Cemas", cuma adakah kita mengambil satu langkah lanjut dengan memastikan pelatih2 kita mampu menggunakannya. Ahh??
Seminggu sebelum perjumpaan aku dengan guru karate aku, kejadian pertama telah berlaku akibat kecuaian aku dimana aku tidak bertanyakan latar belakang kesihatan pelatih dewasa aku. Kenapa? Pelatih ini merupakan salah seorang bekas wakil silat olahraga peringat negeri dan tidak terlintas untuk bertanya tentang itu sehinggalah pada latihan kedua ketika dia melakukan tendangan tetiba terjatuh. Cara dia jatuh dapat aku rasakan bahawa lututnya pernah "disallocate" dan ternyata benar.
Sejak aku kenal TKD dari tahun 1987 hingga kini, kejadian ini merupakan yang pertama di atas kecuaian aku tentang rekod kesihatan pelatih. Memang benar pelatih telah 'sign' borang pelepasan tanggungan tetapi adalah menjadi asas kepada jurulatih untuk mengetahui latar belakang kesihatan pelatih. Harap sahabat2 jurulatih tidak lupa tentang ini.
Mungkin saudara Ayasu Koru Obi dapat menerangkan dari sudut undang2 kiranya kejadian tersebut terjadi di dojang kita dan apakah langkah2 yang patut diambil.